|
Post by addnina on Nov 23, 2010 10:15:56 GMT -5
Salam ustaz..mohon penjelasannya ....
Bagaimanakah cara pemakaian minyak wangi yang diharuskan untuk wanita.. Adakah seseorang wanita itu tidak dibenarkan terus memakai minyak wangi apabila keluar dari rumah...
Sekian Terima kasih di atas penjelasannya..
|
|
|
Post by abuzulfiqar on Nov 25, 2010 1:05:12 GMT -5
Salam ustaz..mohon penjelasannya .... Bagaimanakah cara pemakaian minyak wangi yang diharuskan untuk wanita.. Adakah seseorang wanita itu tidak dibenarkan terus memakai minyak wangi apabila keluar dari rumah... Sekian Terima kasih di atas penjelasannya.. Wlksm Addnina, Saya sekadar beri pandangan. Wanita boleh memakai wangi-wangian (apa saja jenisnya termasuklah jenis minyak) sekadar untuk menutup bau badan (kerana bau badan yang tidak enak akan mengganggu orang lain dan membuatkan kita jadi bahan bualan orang, serta menjatuhkan imej wanita Islam pada pandangan orang-orang bukan Islam). Cuma bau wangi-wangian itu hendaklah jangan sampai terhidu kepada orang yang MELINTASI kita ataupun jika kita MELINTASI orang. Seandainya BERSELISIH (maksudnya dalam jarak yang rapat/ bersebelahan) dan terbau wangi-wangian kita, hal itu tidak mengapa kerana ia sangat sukar dielakkan dalam situasi-situasi tertentu seperti di sekolah, dalam kenderaan awam, di pasar dan seumpamanya. Secara peribadi, saya sarankan wanita-wanita Islam selalu memakai doedoran (untuk ketiak), selalu bersugi, mensyampu rambut, memakai minyak/ krim rambut dan emmakai pakaian yang baru dibasuh. Kita sedia maklum benda-benda yang disebutkan ini memang sudah berbau wangi. Saya kira bau wangi benda-benda ini sudah cukup sebagai wangian untuk wanita Islam di dalam ataupun di luar rumah untuk menutup bau tidak enak daripada tubuh. Yang jadi kesalahan ialah apabila wanita-wanita Islam masa kini memakai wangian yang memang dia mahu tercium oleh orang lain, bukan sekadar untuk menutup bau badannya. Jika di rumah, bersama suami... lumurlah satu badan dengan wangian pun tidak mengapa, malah dapat pahala. Jangan di luar rumah wangi semerbak, di dalam rumah (bersama suami) berbau masam. WaAllaha'lam.
|
|
|
Post by puanseri on Feb 11, 2012 20:13:06 GMT -5
Alhamdulillah. Jawapan yang sangat menjelaskan. Kerana ada yang tidak mahu berbau wangi langsung hingga menyebabkan kami hampir hampir tidak mahu bersahabat kerana tidak tahan akan bau nya yang tidak menyenangkan. Sukar bagi kami untuk bernafas. Terima kasih sekali lagi.
|
|