|
Post by The Mufakkir on Dec 18, 2010 9:56:40 GMT -5
Assalamu'alaikum ustaz, boleh berikan makna hadith hasan sahih. Adakah ia bermaksud darjat hadith ini ada dua. iaitu yang pertama Hasan dan yang kedua adalah sahih. Harap dapat berikan penjelasannya. Jazakallah
|
|
|
Post by alghazali on Jan 1, 2011 11:25:36 GMT -5
Adapun syarat-syarat atau sifat-sifat penerimaan dalam hadith adalah:
Pertama: Bersambung sanadnya dari satu generasi ke satu generasi (perawi)
Kedua: Perawi-perawi tersebut dhobit (menjaga hadith yang diriwayatkan)
Ketiga: Perawi-perawi tersebut adil
Keempat: Tiada syaz dalam hadith
Kelima: Tiada ‘illah (sebab yang mencacatkan status hadith dan perawi).
Jika lengkap syarat2 ini, maka ia adalah hadis sahih. Hilangnya salah satu daripada syarat-syarat tersebut, maka ia termasuk dalam hadith dho’if atau tidak diterima.
Adapun perbahasan hadis hasan, maka ianya dibincangkan oleh para ulama' secara terperinci.
Sebahagian berpendapat bahawasanya, hadis hasan adalah sebahagian daripada hadis maqbul (yang diterima) tetapi di bawah darjat hadis sahih dan sebahagian yang lain menganggap ianya tidak membawa makna maqbul terutamanya pada penggunaan ulama' terdahulu.
Istilah hadis hasan yang merupakan darjat kedua setelah hadis sahih digunakan secara meluas oleh para ulama' hadis terkemudian di mana ukurannya adalah pada masalah dhobit seseorang perawi yang tidak sekuat dhobit perawi bedarjat sahih. Maksudnya, hadis hasan masih mengandungi:
Pertama: Bersambung sanadnya dari satu generasi ke satu generasi (perawi)
Kedua: Perawi-perawi tersebut dhobit (menjaga hadith yang diriwayatkan)
Ketiga: Perawi-perawi tersebut adil
Keempat: Tiada syaz dalam hadith
Kelima: Tiada ‘illah (sebab yang mencacatkan status hadith dan perawi).
Bezanya dengan hadis sahih adalah pada ciri-ciri Kedua iaitu masalah dhobit (menjaga hadith yang diriwayatkan) yang kuran daripada darjat sahih tetapi tidak sampai ke darjat dhoif.
Wallahu a'lam...
|
|