Post by alghazali on Nov 18, 2010 6:41:16 GMT -5
KEADAAN ORANG ARAB SEBELUM ISLAM
Pakar keturunan membahagikan Arab kepada :
Arab Baaidah (yang telah musnah) ; Mereka yang telah musnah dan keturunan mereka tidak ada lagi walau seorang pun, seperti Ad, Thamud, Thusum dan lain daripada mereka.
Dan Arab Baqiah (Kekal), mereka ini dua bahagain :
Arab Aribah, mereka ialah penduduk Yaman berketurunan Ya’rub bin Qahtan.
Arab Musta’rabah, mereka adalah berketurunan Adnan keturunannya sampai kepada Ismail bin Ibrahim a.s. mereka dinamakan dengan Musta’rabah kerana bapa mereka bukan orang Arab iaitu Ismail a.s. dan emak mereka adalah orang Arab dari kabilah Jurhom.
KEADAAN POLITIK ORANG ARAB
Negeri Arab telah mengenali kehidupan politik yang tersusun sebelum Islam, terutama di Yaman di mana terdapat pertanian dan hidup tidak berpindah. Di Yaman wujud banyak kerajaan yang bertukar ganti seperti : Kerajaan Ma’in, kerajaan Qutban, kerajaan Saba’ yang dinamakan dengannya satu surah dari surah Al - Quranul Karim dan kerajaan Himyar yang masih kekal sehingga dijajah oleh Habsyah diawal kurun ke enam Masihi. Kemudian ditawan oleh Parsi dan masih dalam keadaan begitu sehinggalah dibebaskan oleh Islam dari tawanan Parsi dan penduduknya memeluk Islam.
Di Yaman telah wujud sebuah tamadun yang besar yang termasyhur dengan pembinaan empangan seperti empangan Ma’rib, untuk menyimpan air untuk digunakan dalam pertanian, dalamnya berkembang perniagaan ; dengan sebab kedudukkan gografinya yang teristimewa kepintu masuk ke laut Merah ; menjadikannya sebagai pusat perniagaan yang besar diantara timor jauh dan timor Afrika bahkan Eropah.
Setelah runtuh empangan Ma’rib dan merosot kehidupan ekonomi Orang Arab berhijrah dari Yaman ke bahagian bahagian semenanjung Arab di utara dan mereka mendirikan kerajaan kerajaan Arab yang masih kekal sehingga selepas zahir Islam. Maka muncul kerajan Al Munazirah di Iraq dan bandarnya adalah Hirah dan kerajaan Al Ghasasinah diselatan Syam.
Di sana terdapat kerajaan kerajaan Arab yang lain, di timor semenanjung Arab, di Bahrin, Yaman dan ditenggaranya Oman. Semuanya memeluk Islam pada zaman Rasulullah s.a.w. dan menjadi sebahagian dari kerajaan Islam.
KEHIDUPAN SOSIAL
Berlainan cara kehidupan di negeri Arab dari satu tempat dengan tempat yang lain, dengan berlainan kehidupan maju dan mundur, bahagian bahagian yang maju yang menikmati dengan kehiduapn yang bertempat dan dengan sistem politik yang dapat membahagikan masyarakat di dalamnya kepada beberapa golongan :
Golongan Raja Raja, pemerintah pemerintah dan Umarak Umarak, mereka merupakan kemuncak masyarakat berbentuk piramid. Mereka menikmati kehidupan berpoya poya dan nikmat, diikuti golongan peniaga dan orang orang kaya, kemudian golongan fakir yang berada ditapak piramid masyarakat. Adapun Badwi mereka terdiri daripada dua golongan :
Kehidupan badwi bersifat dengan beberapa adat sebahagiannya cantik dipuji, Islam mengekalkan siat ini dan menggalakkannya, seperti mulia, memberi pertolongan dan menolong orang yang dizalimi dan yang lain pula buruk dan dihina Islam memeranginya sehingga menghapuskannya seperti menanam anak perempuan hidup hidup, kerana bimbangkan dari kehinaan, adat ini sebenarnya terdapat pada kabilah tertentu dan tidaklah mewakili pandangan semua orang Arab kepada wanita.
Golongan hamba dan khadam, mereka ini dimiliki oleh orang orang kaya, diatas bahu golongan ini tertegaknya kehidupan ekonomi dan penghormatan secara umumnya.
Kehidupan badwi bersifat dengan banyak adat, setengahnya indah dan terpuji, Islam mengekalnya dan menggalakkan, seperti pemurah, menolong orang dan menolong orang memerlukan. Setengahnya pula buruk lagi hina dan diperangi oleh Islam sehingga Islam menghapuskannya seperti menanam anak perempuan hidup hidup, adat ini sebenarnya adalah takut ditimpa keaipan. Adat ini sebenarnya terdapat pada kabilah tertentu dan ia tidak melambangkan pandangan orang Arab semuanya kepada wanita. Kerana wanita pada mereka adalah tempat kemuliaan dan penghargaan secar umumnya.
KEHIDUPAN BERAGAMA
Negeri Arab mengenali tauhid sebelum kedatangan Islam lagi begitu lama.Telah turun di negeri Arab segala risalah dari langit, seperti risalah Hud a.s. di tenggara semenanjung Arab, risalah Soleh a.s. di barat daya semenanjung Arab, sebagaimana mereka mengenali tauhid dari risalah Ismail a.s. tetapi dengan berlalunya masa mereka telah lupa segala risalah ini, mereka telah bertukar kepada pemberhalaan dan menyembah patung dan mereka telah mempunyai banyak tuhan seperti Hubal, Al lata dan Uzza.
Sekalipun berkembangnya ibadat menyembah patung berkembang luas di negeri Arab, di sana ada perkara yang menunjukkan bahawa mereka tidak percaya secara hakiki pada ibadat ini. Al Quran Al - Karim menceritakan mengikut kata kata mereka yang bermaksud “ Kami tidak menyembah mereka melainkan untuk mendekatkan kepada kami kedudyukkan disisi Allah”. Surah Al - Zumar ayat 3.
Ada di antara mereka menolak adat menyembah patung sekali kali, mereka dinamakan dengan Hunafa’” seperti Waraqah bin Nofal, Zaid bin Amru bin Nufail, Othman bin Al Huwairith, Ubaidullah bin Jahash dan Qais ibni Saidah Al-Ayadi. Fikiran mereka tidak dapat menerima ibadat menyembah patung, sebahagian daripada mereka menganut kerstian dan sebahagian lain pula menunggu zahirnya agama sebenar.
Apabila agama menyembah berhala mengambil tempat istimewa di negara Arab, maka agama Yahudi dan Keristian telah mengambil tempat di Najran pada ketika itu sebahagian dari bumi Yaman, pada satu ketika agama Yahudi di utara Hijaz, di Yathrib, Khaiber, Wadi Al-Qura dan Taima.
KEHIDUPAN BUDAYA
Sebelum kedatangan Islam orang Arab adalah buta huruf, mereka tidak dapat membaca dan menulis kecuali dalam lengkongan yang sempit, tidak terdapat di Mekah orang yang pandai membaca hanya kira kira dua puloh orang sahaja. Sekalipun begitu mereka memiliki sebahagian besar dari ilmu pengentahuan dan mereka berhubung dengan dunia luar dalam masa perjalanan perniagaan mereka. Mereka telah mengenali kebudayaan Parsi dari perantaraan kerajaan Al Hirah Arab dan kebudayaan Greek dari perantaraan kerajaan kerajaan Arab kecil di Syam.
Orang Arab juga memiliki sebahagian besar dari ilmu pengentahuan dengan cara pengalaman dan percubaan dan juga dorongan keperluan seperti maklumat ilmu falak dan gografi. Mereka berjalan dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain mendorong mereka mengentahui ilmu yang banyak dan mereka perlu untuk mengentahui musim turun hujan dan angin bertiup.
Bangsa Arab mengatasi bangsa lain dalam bidang ilmu Keturunan الانساب , kerana mereka berbangga dengan bersandarkan kepada kabilah mereka. Sehinggakan mereka mengambil berat dengan keturunan kuda tidak cukup dengan keturunan manusia.
Ada pun dalam ilmu pengentahuan mereka bijak dalam ilmu Al Balaghah dan Fasahah. Orang Arab sifat semulajagi mereka adalah fasih dan baligh dalam fitrahnya. Dalilnya mereka memahami Al - Quran Al - karim yang diturunkan dalam bahasa mereka iaitu kemuncak balaghah dan fasahah.
Orang Arab juga amat bijak dalam bidang syair. Syair adalah buku catatan hidup mereka. Bilangan penyaer mereka adalah beratus ratus, syair Arab disamping ia sebagai satu bentuk yang tinggi dalam sastera ia juga dianggap satu sumber ilmu kehidupan orang Arab selepas Al-Quran pada setiap keistimewaan dan kenyataannya.
Sebagaimana mereka bijak dalam syair, mereka juga bijak dalam berpidatu, mereka pernah mengadakan pasar pasar sastera yang sama menyerupai festival pertandingan sastera di masa sekarang ini. Pasar pasasr yang termashyur pada masa itu ialah pasar Ukaz di sanalah diadakan badan pengadilan diantara penyaer dan pemidatu. Penyaer atau pemidato yang berjaya, syair mereka di bawa dari mulut kemulut dan dihafal dan mengagongkan penyaer tersebut, sebahagian dari syaer yang indah digantong di Kaabah yang dikenali sebagai Al Muallaqat المعلقات, seperti muallaqat Imraul Qais dan Zuhair bin Abi Sulma.