Post by Kopiah on Apr 26, 2011 2:27:56 GMT -5
SEMINAR
“AHLUS SUNNAH WALJAMAAH”
Tasawuf & Tariqah Sisi ASWJ
(Oleh Ustaz TM Fouzy Jumat)
Kertas Pertama:
Tasawuf & Tariqah Dalam Islam
الحمد لله الذى أبد الشريعة الأحمدية، بظهور الزمرة التقية النقية أهل الأخلاق الحمدية فأحيا الارواح الطاهرةالزكية، والصلاة والسلام على خير داع إلى توحيده وأ كمل قائم بإرشاد سيدنا وسندنا وشفيعنا محمد إمام الأنبياء والمرسلين وحبيب رب العالمين قامع أهل الافتراء والعدوان وعلى من صحبه وآل اليه ومن تبع هديه وعوّل عليه ما تعاقب الضياء والدجى وتوارد الخوف والرجاء
PENDAHULUAN
Firman Allah S.W.T:
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ، اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
الفاتحة:٦-٥
o Ertinya: Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus.
(Fateha: 5-6)
Firman Allah S.W.T:
فَفِرُّوا اِلَى الله
الذاريات: ٥٠
o Ertinya: “Larilah kamu menuju kepada Allah” (Azzariat:50)
Maka sebelum kita menlanjutkan seminar ini supaya dapat di manfaatkan, maka para pembaca dan peserta hendaklah mempunyai pegangan aliran Ahlus Sunnah wal Jamaah yang asas. Jika tidak akan timbullah berbagai-bagai perselisihan. Asas-asas itu ialah:
1 Bahawa sendi agama ada tiga:
(i) IMAN - yang dikenali dengan pelajaran Aqidah/Tauhid.
(ii) ISLAM - yang dikenali dengan pelajaran Fiqh.
(iii)IHSAN - yang dikenali dengan pelajaran Tasawuf/Tariqah.
Saperti yang telah masyhur dari Hadith Jibril yang bertanya kapada Nabi S.A.W. apa itu Iman, Islam dan Ihsan. Kemudian diakhirnya Baginda menyatakan:-
فَإِنَّهُ جِبْرِيْلُ أَتَاكُمْ يُعَلِمُكُمْ دِيْنَكُمْ،
Sesungguhnya itulah Jibril datang kapadamu mengajar kamu AGAMA KAMU.
2 Mengakui setiap ilmu ada ahlinya, iaitu ulama yang pakar/mujtahid padanya. Saperti firman Allah S.W.T.
فَاسْئَلُوا أَهْلَ الذِّكرِ اِنْ كُنْتُمْ لاَتَعْلَمُوْنَ
Tanyakanlah ‘AHLAZ ZIKRI’ orang yang tahu, jika kamu tidak tahu.
Kerana “alif lam” pada kalimat “AHLAZ ZIKRI” itu ialah ‘ال للعهد’ iaitu yang ‘dimaksudkan’. Maka masaalah:
(a) Aqidah - tanyalah pada ulama/mujtahid Aqidah.
(b) Fiqh - tanyalah pada ulama/mujtahid Fiqh.
(c) Tasawuf/Tariqah - tanyalah pada ulama/mujtahid Tasawuf/Tariqah
3 Menerima ijtihad ulama-ulama mujtahid dalam bidang-bidang mereka dan tidak membantah mereka melainkan orang yang sudah cukup syarat ijtihad. Sebab itulah Imam Syafie berkata, “Aku boleh mengalahkan seribu orang ‘ALIM’ tetapi aku dikalahkan oleh satu orang JAHIL.”
4 Menerima hakikat wujudnya perbezaan cara berijtihad, penafsiran ayat Al-Quran, pemahaman, pentashihan Hadith dan penilaiannya dan lain-lain lagi dalam setiap bidang ilmu yang berbeza. Saperti perkataan ’KALAM’ berbeza maknanya pada ilmu Aqidah, Fiqh dan Tasawuf/Tariqah.
Demikianlah kata-kata ulama yang masyhur:
حَسَنَاتُ اْلاَبْرَار سَيِّئَاتُ الْمُقَرَّبِيْنَ
Kebaikan orang-orang yang ABRAR (yang berbuat baik - orang awam) masih dianggap kejahatan disisi MUQARRABIN (orang-orang yang hampir kapada Allah S.W.T. ).
Dengan itu jika masaalah Tasawuf/Tariqah dihuraikan oleh yang bukan ahlinya, saperti penghuraian ulama Fiqh atau Aqidah, nescaya akan berlakulah banyak kekeliruan dan kesalahan.
Saperti mana Nabi S.A.W. pernah ditanya, “Bilakah Qiamat?” Baginda menjawab:
إِذَا وُسِّدَ اْلاَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرِ السَّاعَةَ،
“Apabila disandarkan (diserahkan) sesuatu urusan kapada yang bukan ahlinya, maka tunggulah Qiamat (kehancuran).”
5 Tidak dikatakan sesuatu perkara itu bid’ah, syirik, sesat, haram dan sebagainya melainkan ianya telah disepakati oleh ulama. Jika perkara itu masih di khilafkan, maka yang bertentangan hendaklah berlapang dada.
6 Mempunyai sangka baik kapada sekelian kaum muslimin, lebih lebih lagi terhadap mereka yang telah diangkat darajatnya oleh Allah S.W.T. Iaitu para Ulama lagi Auliya’ saperti dalam Firman Allah S.W.T.
أَلآَ إِنَّ أَوْلِيَآءَ اللهِ لاَحَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَهُمْ يَحْزَنُونَ،
Ketahuilah sesungguhnya para Aulia’ Allah tidak merasa takut dan tidak pula merasa sedih. Surah Yunus : 62.
Demikian juga Firman Allah dalam Hadith Qudsi:
مَنْ آذَىْ لِىْ وَلِـيًّا فَقَدْ آذَنْتُ لَهُ بِحَرْبٍ،
Sesiapa yang menyakiti waliku, Aku isytiharkan kapadanya PEPERANGAN.
Banyak peristiwa yang telah berlaku terhadap mereka yang buruk sangka dan berniat jahat terhadap para aulia’, saperti yang berlaku terhadap seorang ‘alim’ fiqh Ibn Saqa yang mati KAFIR kerana berniat jahat terhadap seorang wali Allah Syeikh Abu Yusuf Al Hamdani.
Maka ulama-ulama Ahlus Sunnah wal Jamaah telah sepakat bahawa Jalan Menuju Allah ialah jalan Tasawuf dan Tariqah.