|
Post by Kopiah on Apr 28, 2011 5:18:53 GMT -5
Tajuk Buku : "Menjiwai Tauhid Memurnikan Diri":Penulis : Ustaz Raja Ahmad Mukhlis Testimoni :1. Buku ini sangat menarik, penting dan sangat mudah untuk difahami. Bahasanya ringkas, isinya padat dan pendekatan yang digunakan bersesuaian dengan kehendak semasa. Lebih menarik lagi, isinya mengandungi gabungan antara ilmu tauhid dengan ilmu tasawwuf yang memudahkan para pembaca memahami ilmu tauhid dan menghayatinya dalam kehidupan. Ustaz AbduLlah Thahir (Http://Al-Fanshuri.Blogspot.Com) 2. Buku ini amat baik untuk mengenali aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Bahkan, aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah aqidah yang sejahtera dan perlu diikuti. Imam AbduLlah Al Haddad berkata : Hendaklah kamu berpegang dengan aqidah Al Asy'ari kerana ianya adalah suatu pegangan yang sejahtera dan bebas dari kufur dan kesesatan. Ustaz Nasir bin Othman, Imam Masjid Jamek Bahau, Negeri Sembilan Di Johor, buku ini boleh didapati di Plaza Angsana, Badan cemerlang Sdn Bhd. Atau boleh berhubung dengan : Pelima Media Sendirian Berhad (852961-A), 3-1-1, Jalan Medan Pusat Bandar 4A, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA. Nombor Telefon : Telefon Pejabat • +6 (03) - 8926 7746 Fax Pejabat• +6 (03) - 8927 3479 Telefon Bimbit • +6 (016) - 209 9454 Laman Web : www.pelima.com.my/
|
|
|
Post by Kopiah on Dec 30, 2011 20:18:06 GMT -5
Tajuk buku : Mutiara Tauhid Asas Akidah
Penulis : Syeikh Bakri Rejab
Penterjemah : Muhammad Akhyar Syahrin bin Jasah
Terbitan : Al Shafa
Sinopsis :
Dalam Tauhid ada ungkapan "Awaluddin Ma'rifatuLlah". Maksudnya yang pertama sekali ditekankan dalam beragama adalah mengenal allah. Tidak ada gunanya banyak mengabi dan mendampingkan diri kepada Allah kalau kita tidak mengenalNya. Mengenal Allah adalah denganc ara mengetahui sifat-sifatNya samada yang wajib yang mustahil juga yang harus.
Buku ini membahas tentang sifat-sifat Allah samada yang wajib mustahil dan harus atau yang lebih dikenali dengan istilah Sifat Dua Puluh. Juga menerangkan sifat-sifat yang wajib, mustahil dan harus bagi para Rasul. Begitu juga membahas tentang keadaan malaikat yang wajib diketahui, membahas tentang Hari Kiamat, Qada' dan Qadar. Dibahas juga tentang beberapa peristiwa yang terjadi di Padang Mahsyar seperti telaga Nabi, adanya Shirat (titian), syafaat, syurga, neraka dan sebagainya.
|
|
|
Post by Lazim on Aug 7, 2020 12:47:32 GMT -5
Tajuk buku : Mutiara Tauhid Asas Akidah Penulis : Syeikh Bakri Rejab Penterjemah : Muhammad Akhyar Syahrin bin Jasah Terbitan : Al Shafa Sinopsis : Dalam Tauhid ada ungkapan "Awaluddin Ma'rifatuLlah". Maksudnya yang pertama sekali ditekankan dalam beragama adalah mengenal allah. Tidak ada gunanya banyak mengabi dan mendampingkan diri kepada Allah kalau kita tidak mengenalNya. Mengenal Allah adalah denganc ara mengetahui sifat-sifatNya samada yang wajib yang mustahil juga yang harus. Buku ini membahas tentang sifat-sifat Allah samada yang wajib mustahil dan harus atau yang lebih dikenali dengan istilah Sifat Dua Puluh. Juga menerangkan sifat-sifat yang wajib, mustahil dan harus bagi para Rasul. Begitu juga membahas tentang keadaan malaikat yang wajib diketahui, membahas tentang Hari Kiamat, Qada' dan Qadar. Dibahas juga tentang beberapa peristiwa yang terjadi di Padang Mahsyar seperti telaga Nabi, adanya Shirat (titian), syafaat, syurga, neraka dan sebagainya.
|
|