Post by Kopiah on Jan 2, 2012 2:12:20 GMT -5
Soalan :
Menurut hadith di bawah memakai pakaian berwarna kuning adalah haram. Benarkah demikian ?
Dari Abdullah putra 'Amru bin al-'Asy ra, bahawa bagimnda telah bersabda," Nabi S.A.W pernah melihatku memakai dua helai pakaian mu'asyfar (yg dicelup dgn dye berwarna kuning), lalu baginda bersabda, "Ini adalah pakaian orang kafir, maka janganlah kamu memakainya."
Manakala matan kedua hadith Abdullah ialah: Nabi bertanya, "apakah ibumu yg menyuruh kamu memakai pakaian tersebut? Maka aku menjawab," apakah saya perlu mencucinya (menanggalkan warnanya)?" Nabi bersabda, "Baik bakar ajelah" Keduanya dikeluarkan oleh Imam Muslim.
Jawapan dari : Ustaz Syed Abdul Kadir al Joofre di sini : komuniti.iluvislam.com/topic/7505-warna-kuning-dan-merah-benarkah-di-larang-untuk-lelaki/
Hukum memakai pakaian kuning adalah harus selagi tidak menyamai orang perempuan atau imej orang kafir.Terdapat banyak perbezaan Fuqaha' pada hukum terhadap hadis yang dinyatakan di atas.
Cuma sebelum menyebutkan hukumnya, perlu dibetulkan terjemahan hadis di atas. Apa yang dilarang di dalam hadis di atas bukannya pakaian kuning, akan tetapi pakaian yang mu'asfar. Mu'asfar ni mengikut ulamak hadis adalah pakaian yang dicelupkan warna merah bercampur kuning (ke"oren"an). (i'lamul anam).
Hukumnya pula, ulamak khilaf. Ada yang kata harus ada yang kata makruh, ada yang kata haram bagi orang lelaki. (Imam Nawawi, Almajmuk, j4, m/s 339).
Namun begitu ulamak menyebutkan 'illah atau sebab pengharaman warna tersebut bagi orang lelaki dijelaskan sendiri oleh Rasulullah iaitu kerana menyerupai orang kafir (HR Muslim) atau menyerupai orang perempuan (HR Muslim juga).Oleh kerana mengikut Usul Feqh, hukum itu sentiasa mengikut 'illah wujudnya atau tidak, maka apabila 'illah telah tiada, maka tiada lagilah hukumnya.
Dalam konteks di atas, jika warna ke'oren'an itu sudah tidak menjadi imej orang kafir atau wanita, maka tidaklah lagi ia menjadi haram kepada kaum lelaki. Hadis tersebut di atas juga menunjukkan betapa kita perlu menjauhi sesuatu berimejkan kuffar serta larangan orang lelaki menyerupai wanita.
p/s: Selagi lagi ana nyatakan, hukum jangan diambil terus dari sesuatu hadis, tetapi ambillah dari para Fuqaha' yang mengeluarkan hukum untuk kita. Mudah bukan? Tak perlu pening kepala kita nak keluarkan hukum sendiri daripada hadis. Takut jadi sesat pulak dengan hadis yang sahih. Wallahu A'lam