|
Post by Kopiah on Jun 2, 2013 20:39:00 GMT -5
Apakah Kunci Untuk Mendapatkan Ilmu ?
Imam Abdullah bin 'Alawi al Haddad pernah mengatakan :
"Bertanya itu adalah kunci yang dapat menyampaikan seseorang kepada makna-makna ilmu dan rahsia-rahsia ghaib yang ada di dalam dada dan hati. Sepertimana seseorang tidak akan dapat menjumpai barang-barang dan harta benda yang berharga di dalam rumah kecuali dengan menggunakan kunci yang diperbuat daripada besi dan kayu. Demikianlah pula seseorang tidak akan dapat sampai kepada ilmu dan pengetahuan yang ada pada ulama, tetapi dengan pertanyaan-pertanayaan yang ditujukan untuk mengambil manfaat yang disertai dengan kesungguhan, keinginan dan adab yang baik"
(Manhaj As Sawi, Syarh Usul at-Toriq as Saadah al Ba'lawi).
Muhammad bin Sirin dan Malik bin Anas mengatakan "Ilmu adalah agama maka lihatlah dengan siapa kamu sekalian menimba ilmu." - Ustaz Ahmad Lutfi Abdul Wahab Al Linggi, Majalah Q & A, m/s 31, Bil 01
|
|
bendol
Rakan Ad-Deen
Posts: 14
|
Post by bendol on Apr 20, 2014 22:30:41 GMT -5
Kunci mendapat Ilmu ialah IKHLAS
sebab itu di katakan, Niat itu menentukan amalan
Sebab itu juga, awal agama itu mengenal Allah
Jika kita lihat sekarang, ramai orang seperti memiliki ilmu, bijak berkata kata, dan menaip, tetapi tak mampu beramal kebaikan kerana suasana mempengaruhi dirinya
sepatutnya, bila memiliki Ilmu Islam, sepertimana nabi muhammad saw, menyempurnakan binaan, berakhlak mulia, menjadi contoh tauladan yang baik, ikutan yang terbaik, inshaAllah
|
|