Post by Kopiah on Jun 3, 2013 20:16:54 GMT -5
Jawapan dari Ustaz Hafiz Fandani :
Saya seringkali melihat rata-rata penulis di Malaysia khususnya, dan khalayak awam juga, turut terbawa-bawa dengan proposisi mengatakan Azar itu bapa kandung Nabi Ibrahim sedangkan ia adalah sebaliknya; ini sebagaimana sudah dijelaskan oleh para ulama muktabar, antaranya seperti Mujaddid abad ke-6 Hijrah, al-Imam Fakhrurrazi, Mujaddid abad ke-9 Hijrah, al-Imam al-Suyuthi, dan Mufti Baghdad juga mufassir, al-Imam al-Alusiy.
Ibnu Munzir dengan sanad yang sahih menyebut bahawa bapa Nabi Ibrahim ialah Tarrikh bin Syarukh bin Nahur bin Falih. Lafaz 'abihi' dalam kalimat Al-Quran itu menurut ulama dan mufassir tidak ditujukan kepada bapa kandung Nabi Ibrahim tetapi kepada bapa saudaranya, Azar. Kaedah bahasa Arab fasih dan adat orang Arab menyebutkan : "Isti'malul abi 'alal 'ammi syaa-i'un fisti'malil 'arab." - penggunaan lafaz abu [yang bermaksud bapa] ke atas bapa saudara ['amm] adalah adat kebiasaan orang-orang Arab.
Saya menyentuh tentang isu Azar ini kerana khuatir ia akan terus terbawa-bawa dalam penulisan, pengamalan, dan pengalaman seharian. Dan ini menjadi kewajipan kepada saya yang sedikit tahu dan masih jahil untuk menegur sekadar yang termampu. Selebihnya, merujuklah kepada ulama muhaqqiqin. Dalam pegangan aqidah, jika penerimaan Azar sebagai bapa kandung Nabi Ibrahim tetap diteruskan, ia akan memberikan implikasi yang amat buruk. Semoga peringatan ini membawa kebaikan kepada kita semua dengan nafas ingat mengingati itu akan menambah nilai persaudaraan Islam.
~ Hafiz Fandani/998-1404.