|
Post by anissophea on Sept 10, 2019 0:34:58 GMT -5
CARA MEMBINA AYAT DALAM BAHASA INGGERIS Dalam catatan-catatan yang lepas kita telah mempelajari tatabahasa secara asas. Ini termasuk punctuation mark tanda bacaan, word class kelas perkataan, phrase frasa, sentence ayat dan sebagainya. Walaupun kita belum mempelajarinya secara terperinci, saya rasa ada baiknya jika kita bincang cara membina ayat dahulu. Saya percaya bahawa mempelajari cara membina ayat diperingkat awal boleh membantu dalam memahami pelajaran tatabahasa dengan lebih mudah. Selain itu, saya percaya bahawa ia boleh juga membina keyakinan diri untuk mempraktikkan apa yang dipelajari, sekali gus membolehkan perbualan dilakukan secepat mungkin, insya-Allah. Dalam Bahasa Inggeris, membina ayat dipanggil sentence construction. Berikut adalah perkara-perkara mengenai sentence ayat yang telah kita bincang sebelum ini. Sentence hendaklah: Bermula dengan capital letter huruf besar. Di akhiri dengan full stop tanda titik(.), question mark tanda tanya(?) atau exclamation mark tanda seru(!). Menggambarkan subject subjek dan predicate predikat. Predicate mengandungi verb kata kerja dan boleh juga mengandungi object objek. Mengandungi clause klausa. Simple sentence Ayat mudah mengandungi satu clause manakala compound sentence ayat majmuk dan complex sentence ayat kompleks mengandungi dua atau lebih clause. Persoalannya sekarang adalah "bagaimana caranya nak bina ayat?". Katakanlah kita ternampak seorang lelaki yang telah mencuri sebuah kereta dan kita ingin menceritakan hal ini kepada kawan kita. Berikut adalah langkah-langkah membina ayat untuk cerita kita: Langkah 1: Tentukan subject subjek Lazimnya subject adalah orang atau sesuatu yang melakukan aksi. Dalam cerita kita subject adalah: A man Seorang lelaki Langkah 2: Tentukan verb kata kerja Verb adalah aksi yang dilakukan oleh subject (atau pun keadaan subject itu). Dalam cerita kita verb adalah: stole telah mencuri Langkah 3: Tentukan object objek Object adalah seseorang atau sesuatu yang terlibat dalam aksi tetapi tidak melakukan aksi itu. Dalam cerita kita object adalah: a car sebuah kereta. Dengan tiga langkah di atas maka kita telah membina ayat yang mengandungi subject, verb dan object. Oleh itu, ayat (atau cerita) kita akan berbunyi seperti berikut: A man stole a car. Seorang lelaki telah mencuri sebuah kereta. Kita boleh tambah maklumat mengenai subject (A man Seorang lelaki) dengan menggunakan adjective kata sifat, contohnya perkataan young muda. Ayat kita akan jadi seperti berikut: A young man stole a car. Seorang lelaki muda telah mencuri sebuah kereta. Kita boleh juga tambah maklumat pada object (a car sebuah kereta) dengan menggunakan adjective kata sifat, contohnya perkataan big besar, menjadikan ayat kita: A young man stole a big car. Seorang lelaki muda telah mencuri sebuah kereta besar. Kalau kita ingin menggambarkan cara dia mencuri kereta itu maka kita boleh menggunakan adverb kata keterangan, contohnya perkataan easily dengan mudah, dan ayat kita akan berbunyi: A young man easily stole a big car. Seorang lelaki muda dengan mudahnya telah mencuri sebuah kereta besar. Begitulah seterusnya kita boleh menjadikan cerita kita lebih menarik dengan menambah lagi perkataan-perkataan dari berbagai kelas perkataan seperti yang ditunjukkan di bawah: Noun Kata nama - Merujuk kepada nama seseorang atau sesuatu. Pronoun Kata ganti nama - Menggantikan noun untuk mengelakkan penggunaan noun berulang kali. Article Kata sandang - Mengkhususkan atau mengumumkan seseorang atau sesuatu. Adjective Kata sifat - Memberi keterangan mengenai orang atau benda. Verb Kata kerja - Menggambarkan aksi, perbuatan atau keadaan. Adverb Kata keterangan - Mengubah sedikit maksud verb. Conjunction Kata hubung - menyambung perkataan atau ayat. Preposition Kata sendi nama - Menghubungkan satu perkara kepada perkara yang lain. Jika kita meneliti dengan betul maka kita akan sedar bahawa ayat yang telah kita bina di atas adalah jenis simple sentence ayat mudah iaitu ia mengandungi satu independent clause klausa bebas. Dengan kata lain, ia mengandungi satu aksi (atau verb kata kerja). Kita boleh juga menambah aksi dengan mengatakan bahawa orang yang mencuri kereta itu kemudiannya memandunya pergi, seperti berikut: A young man easily stole a big car and he drove off. Seorang lelaki muda dengan mudahnya telah mencuri sebuah kereta besar dan dia memandunya pergi. Kini ayat kita telah menjadi compound sentence ayat majmuk iaitu ia mengandungi dua independent clause klausa bebas yang telah disambung dengan coordinating conjunction kata hubung setara iaitu perkataan and dan. Seterusnya kita boleh menambah aksi lagi dengan mengatakan pencuri itu ternampak polis seperti berikut: A young man easily stole a big car and he drove off after he saw the police. Seorang lelaki muda dengan mudahnya telah mencuri sebuah kereta besar dan dia memandunya pergi setelah dia melihat pihak polis. Ayat kita di atas sudah menjadi complex sentence ayat kompleks kerana ia mengandungi dependent clause klausa pautan iaitu after he saw the police setelah dia melihat polis. Perkataan after setelah adalah dari kelas subordinating conjunction kata hubung tak setara yang menjadi penyambung dependent clause klausa pautan kepada independent clause klausa bebas. Cara membina ayat yang telah dibincang di atas adalah dalam peringkat asas. Semoga ia dapat memberi keyakinan kepada kita dalam memahami struktur ayat-ayat dan perbualan Bahasa Inggeris. ...TUISYEN MUET & IELTS EXPRESS -> MyCambridge.blogspot.com .
|
|
|
Post by anissophea on Sept 30, 2019 21:49:17 GMT -5
sijil MUET.. hanya laku untuk 5 tahun sahaja kepada rakan-rakan yang sedang menghadapi peperikasaan-peperiksaan.. 'good luck' dan 'do the best' saya ucapkan. Saya juga sedang sibuk membuat persiapan sebelum menghadapi peperiksaan akhir kursus pada minggu hadapan, dan peperiksaan final semester dalam pertengahan bulan lima ini.. rasa berdebar-debar pula.. Pasti ramai yang sudah tahu apakah maksud disebalik perkataan MUET.. MUET is standing for Malaysia University English Test, dimana setiap pelajar yang belajar di Malaysia untuk mendapatkan ijazah hendaklah mendapatkan sekurang-kurangnya band 3 dan ke atas dalam peperiksaan ini. Tetapi apa yang saya ketahui, terdapat juga beberapa course yang tidak memerlukan sijil MUET untuk melayakkan mereka memperoleh ijazah.. Cuma saya tidak berapa pasti course apa yang dikecualikan.. Apa yang saya hendak maklumkan di sini ialah, tahukah anda sijil MUET sebenarnya hanya laku dan boleh diguna pakai untuk lima tahun sahaja!! Saya telah difahamkan oleh salah seorang lecturer saya tentang pernyataan ini. Actually pada mulanya saya tidak berapa pasti tetapi setelah ditekankan berulang kali, hendak atau tidak maka terpaksalah saya repeat resit semula paper ini.. Saya harap jika rakan-rakan ada informasi sebenar tentang MUET bolehlah berkongsi nanti. Even sebelum ini saya telah ambil peperiksaan MUET ketika di matrix, tetapi jika dicongak tempoh pembelajaran saya di maktab selama lima tahun setengah ( setahun setengah = foundation, 4 tahun = ijazah ), tarikh saya digraduasikan telah melepasi due date sijil MUET, nak tak nak kenalah ambil lagi.. sebenarnya bukan apa, saya agak tertekan la nak ambil MUET ni, dah ler banyak lagi fokus study yang perlu saya utamakan, tetapi sekarang ini saya kena bersedia pula untuk MUET.. Yang lebih menyukarkan saya adalah, fokus study kini saya lebih tertumpu kepada Bahasa Melayu, jadi setelah lama meninggalkan writing dan reading comprehension, ini membuatkan saya agak terkesima, terkejut, tersedak dan ter ter lagi la untuk bersedia MUET. terus terang saya nyatakan di sini, adalah satu kesilapan bagi saya kerana meninggalkan begitu sahaja pembelajaran formal Bahasa Inggeris.. kerana pembelajaran bahasa mestilah berjalan secara berterusan supaya penguasaan bahasa itu semakin kukuh dan bertambah maju. Tapi apa kan daya, kini saya seolah-olah perlu merangkak semula untuk mengingati semua pembelajaran saya dahulu. Dalam peperiksaan MUET, terdapat 4 paper yang perlu diambil, iaitu ; Reading Comprehension , Writing, Listening and Speaking.. Bagi saya kelemahan yang paling ketara yang dapat saya kaji adalah dari segi writing dan listening. untuk menjawab paper Writing, penguasaan bahasa dan gaya penulisan harus dititikberatkan terutamanya dari segi grammar dan vocabulary.. selain itu kemahiran menganalisis dan menginterprestasi jadual atau carta perlu dikuasai agar gaya penulisan bertepatan dengan kehendak soalan. Namun yang paling lemah untuk saya adalah part listening. Agak mengecewakan paper listening saya pada 24 April 2010 yang lepas kurang memberangsangkan gara-gara kesilapan audio dan kekurang jelasan alat auditori saya.. Terdapat 3 part dalam listening, tetapi bagi part kedua dan ketiga, saya rasa macam tak faham dan tidak jelas apa-apa. Slanga dan dialek yang diperdengarkan oleh audio terlalu berdengung dan berbeza dengan sebutan biasa. Contohnya bagi perkataan ' fire, fire '.. saya pun tidak tahu mengapa telinga saya dengar 'bang, bang'.. sedangkan saya dah memastikan telinga saya suci lagi bersih dari segala halangan. malah rakan saya juga mendengar perkataan selain daripada di atas iaitu ' pear, pear '.. jadi kiranya telinga saya ni masih berfungsi secara normal.. hehe.. pasti pemeriksa akan tergelak bila melihat jawapan yang berbagai ragam daripada rakan-rakan yang mengambil MUET kan Tuisyen MUET seluruh Malaysia >> www.MyCambridge.blogspot.com.
|
|
|
Post by anissophea on Sept 30, 2019 21:49:47 GMT -5

Post by anissophea on Oct 21, 2019 20:49:13 GMT -5
Aku berumur 20,aku seorang yang cintakan negara.Aku minat dan sayang pada bahasa Malaysia dek kerana bahasa Malaysia merupakan bahasa rasmi negara kita.Aku juga peminat tegar pada sejarah negara,dunia.
Selapas tamat SPM aku dapat A+ dalam subjek BM manakala SJ aku dapat A . sedih la juga time ni sebab SJ “A” jaa .. Tapi tak apa . rezeki Allah.Semua subjek yg aku ambil aku peroleh credit manakala 1saja subjek aku dapat D tak credit iaitu bahasa Inggeris .
Bermulalah episod duka dalam hidup aku. Lepas SPM aku ditawarkan Maktab Peguruan .Semua sesi aku lulus sehinggalah sesi terakhir iaitu sesi speaking .Masa tu aku kaku. Keputusan keluar aku gagal. Hancur hidup aku sedih semua ada.Aku berharap sangat dapat maktab .Aku nak jadi cikgu wehh ,apakan daya Allah penentu segalanya.
Dari zaman sekolah aku belajar english tahap gila.Waktu rehat dulu aku akan pergi bilik guru jumpa mana-II cikgu english untuk rujukan.Aku manfaatkan masa sebaik mungkin.aku beli buku english.Ada juga buku yang dihadiahkan oleh guru english pada aku kerana mereka lihat aku betul betul nak belajar english.
Aku pun tak tau kenapa aku tak pandai english.Macam macam dah aku buat untuk pandai english.Aku jeles lahh juga tengok orang dok speaking depan aku.Dunia sekarang kena pandai english baru senang dapat kerja. Haihh. Lagi buat aku gusar lerrr. Masa apply U pun aku dapat kos biasa2 sebab bi aku tak kredit.semua sangkut sebab bi.
Aku ada minta kerja kat satu hotel. Kebetulan hotel tu 5bintang.Aku sedar bi aku teruk. Tapi x apa lah . aku sekadar nak mencuba memandangkan aku jobless.Aku pergi lah interview .Masa interview tu lelaki yang interview aku.Lelaki india ,apa yang buat aku kagum ialah BM dia lancar wehh dia juga buleh berbahasa Mandarin dan B.ingeris mestilah lancarkan.Kagum dan ketar jiwa aku ni sebab takut nanti dia tanya soalan speaking2 matilahh aku.
Aku bernasib baik,sebab lelaki india tu cuma tengok result SPM aku.Lelaki india tu hanya bercakap dengan aku mengunakan bahasa malaysia sahaja.Lega wehhh haha .Tetiba terus dia suruh aku start kerja beberapa hari kemudian.Maybe dia tengok muka aku nampak Nur kutt . haha
Bermulalah episod kerja aku.Guest india datang speaking aku dapat handle.Guest cina datang speaking aku dapat handle.Guest mat salleh datang ja.haha garu kepala aku wehh. Aku tak dapat tangkap apa yang mat salleh tu cakap.rapper kut haha .laju sangat .Sebutan mereka pun lancar betul, punya susah aku nak faham.Staff kat situ mula sedar kebodohan aku dalam speaking nih.
Aku sebenarnya banyak mulut.Memandangkan smua staff speaking aku hanya berdiam diri.Sampai ada yang cakap aku ni pendiam ,pemalulah .Mereka tak tengok lagi aku kat luar macam mana . Melayu sama melayu pun mereka nak speaking.biasalah standart 5bintang maybe haha.
Dan hari yang aku sedang meniap ni adalah hari ke-6 aku berkerja dan mungkin hari ini hari terakhir aku juga.Aku sedih semua hidup aku sangkut sebab ‘BI’ aku teruk. Adakah perlu aku untuk berhenti kerja ?
Aku ada cerita pada seseorang,mereka cakap aku boleh belajar .Ya aku mengaku aku boleh belajar .macam sebelum ni aku belajar dari sekolah sampai lah keputusan SPM aku. Tapi tak kan bila dh masuk kerja baru aku nak belajar. Bayangkan penjaga pintu kat sana lebih pandai BI dari aku . hari ke-4 aku kerja ada seorang penjaga pintu datang dan perli aku”kalau nak pandai english kena baca paper ni(sambil tunjuk surat khabar yang dia pegang),anak pakcik pandai english pandai buat karangan penuh umur baru 17″ aku hanya diam dan dengar ja la. Hati terasa kut.Mungkin dia cuma bagi pandangan.Memandangkan aku kerja waktu tu aku rasa lain laa. Mungkin lepas habis waktu kerja dia nak tegur pasal english smua aku tak lah terasa.
Tapi tak apalah.Mungkin nasib aku memang macam ni.Aku mula rasa nak give up dengan english.Dalam handphone aku penuh dengan apps berkaitan english .aku download,aku belajar.Tapi aku tetap blurr . Aku buleh cakap english dan bila orang cakap aku susah nak faham.Practice make perfect. Aku dah practice tapi masih tak perfect.
Pada yang membaca aku harap korang jangan jadi macam aku.Susah sangat.Belajar dan jangan putus asa.Mungkin lepas ni aku akan masuk kelas bahasa english.Doakan aku.Sesiapa yang ada pandangan ,kongsilah pada saya .
|
|
|
Post by Ellicella on Oct 28, 2019 4:19:03 GMT -5
Buy Clomid Online Zest Creative Comprar Cialis Diario 5 Mg Cialis Mit Alkohol <a href=http://sildenaf100mg.com>viagra online</a> Baclofene Duree
|
|
|
Post by anissophea on Nov 4, 2019 21:42:16 GMT -5
READ, READ & READ + WRITE, WRITE & WRITE READ, READ & READ Sekiranya anda memikirkan hobi membaca ini suatu yang membazir, anda memang silap besar. Aku ingin memberikan cadangan kepada sesiapa yang berminat untuk membaca tetapi kekurangan wang untuk membeli buku, anda boleh berkunjung ke MPH (tempat selain perpustakaan). Faham sangat kehidupan sebagai pelajar yang kita mungkin kekurangan duit untuk membeli buku yang mahal semata-mata untuk membaca. Sekiranya ada masa terluang ambil peluang berkunjung ke MPH NU Sentral untuk membaca buku yang berkaitan dengan motivasi, inspirasi dan sebagainya. Seronok kerana ada tempat duduk yang disediakan (walaupun terhad) kerana dapat membaca buku secara percuma (cuma kena luangkan masa anda sahaja). Kakak, you must read this. Kakak, these articles are good for your essay writing. Kakak, please read newspapers and magazines if you want to excel in your writing. Kakak, don't forget to cut the articles from the newspapers. Kakak, don't forget to study smart. All those "Kakak, please read these and that" : resembled my childhood memories. Alamak kena baca lagi? 5 minit baca, mata dah kuyu Nampak tak pelbagai alasan untuk 'avoid reading'. Pernah tak parents anda paksa anda untuk membaca? My parents forced me to read (forced me in a good way). Pada mulanya, memang malas dan tidak suka membaca - masa zaman budak-budak dulu lah kan (Buat confession pulak dekat sini. Ahaha). Bagusnya kena paksa untuk membaca kerana lama-lama sikap suka membaca ini menjadi satu minat! Thumbs up to my parents WRITE, WRITE & WRITE Teringat kembali detik Semester 1 ketika mengambil subjek Writing for Academic Purposes. Berdebar lain macam kerana pada masa itu jarang menulis esei. Rasanya 'skill' menulis dah berkurang sedikit. Menulis itu ibarat satu ekspresi seni. Ekspresi seni di mana kita sebagai penulis bebas melakar pandangan serta idea yang mungkin tidak sama dengan orang lain. Yeah, writing is the hardest thing ever! Di sini, aku ingin berkongsi 9 tips bagaimana untuk menulis esei dengan baik tanpa menggunakan ayat bombastik atau 'jargon words' (I got an A : Writing for Academic Purposes subject. Thank you Bonda Ijun (Madam Mahizun Kasiron) Sayang lebih. Hee): Brain-storming Letak tajuk di tengah-tengah kertas (Mind-mapping) Tuliskan Main Points anda Nomborkan Main Points ikut keutamaan (Pilih yang paling penting dahulu - senang untuk huraikan esei nanti) Tuliskan points yang anda ingin tambah untuk 'elaborate' Main Points anda Pastikan ada Introduction, Body and Conclusion (Overall essay) Tambahkan 'example' untuk setiap Main Points Gunakan simple sentences untuk permulaan mengarang esei (Practice makes perfect!) Semak 'grammar', 'spelling error', 'sentences structure' Nampak simple tapi bukan semua orang boleh lakukan dengan baik. Sekiranya anda sering melakukan draft menggunakan tips di atas, inshaaAllah anda akan nampak rentak menulis anda dalam masa terdekat! Ada kawan-kawan bertanya bagaimana aku boleh menulis esei dengan baik dan ini jawapannya: Tips yang paling ringkas boleh bagi adalah buat esei yang senang difahami, ada isi yang menarik untuk dikongsi, mencari 'own voice in writing' (kerana setiap orang mempunyai 'writing style' yang berbeza) .....Kelas English Dewasa ->> www.MyCambridge.blogspot.com.
|
|
|
Post by anissophea on Nov 25, 2019 21:03:41 GMT -5
Improve ENGLISH! - Tips 4 : BERCAKAP dengan CERMIN Ini juga antara perkara yang selalu dipraktikkan. Bercakap di depan cermin bukan sahaja dapat memperbaiki kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris malah kita dapat lihat cara 'body language' kita ketika bercakap. Untuk yakin dalam sesi pembentangan, 'eye contact' itu sangat penting. ...lagi banyak tips >> www.MyCambridge.blogspot.com.
|
|
|
Post by anissophea on Nov 25, 2019 21:05:26 GMT -5
Improve ENGLISH! - Tips 4 : BERCAKAP dengan CERMIN Ini juga antara perkara yang selalu dipraktikkan. Bercakap di depan cermin bukan sahaja dapat memperbaiki kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris malah kita dapat lihat cara 'body language' kita ketika bercakap. Untuk yakin dalam sesi pembentangan, 'eye contact' itu sangat penting. ...lagi banyak tips >> www.MyCambridge.blogspot.com.
|
|
|
Post by anissophea on Dec 23, 2019 20:41:14 GMT -5
Basically nak ambil exam IELTS ni bolehlah rujuk dengan British Council ataupun IDP. Jangan malas eh nak research website diorang. Korang ni asyik nak bersuap je (oh gila tak ikhlas aku nih bagi tips). Yuran dia memang mahal. Almost RM600. Kalau tak lepas kena ambil lagi. Sebab tu kamu kena buat betul-betul jangan bazir duit untuk exam yang harga dia begitu mencekik darah ni. Macam yang aku katakan dalam entri lepas, exam ni ada 4 bahagian. Jadi aku akan cerita pengalaman aku mahupun kawan lain dan juga tips tulus ikhlasss dari iolss untuk uolss yang manjewww sangat nihh! (eh macam marah je Sophie) University di UK kebanyakannya mahukan band minimum 6.5 ke atas. Ada juga yang boleh terima 6.0.. Top universities mungkin mahukan band 7.0.. Jadi jangan tanya aku, tanya universiti yang korang nak mohon tu berapa requirement untuk lepas masuk uni tu, okey. Kadang-kadang orang yang terer English pun susah nak lepas. Sebab nak jawab pun berformat & kena pandai tackle soalan. Eh macam nak main bola pula kena tackle2.Kena jawab dengan smart gituh. So, straight to the point. (lepas mukadimah yang panjang lebar baru nak sraight to the point Sophie??) Untuk exam Listening: Okay, ini mencabar. Sebab conversation dalam tape itu, speaker nya adalah dari mereka yang native speaker, maksudnya tukang cakap tu memang mat salleh with British/Australian accent. Tak mainlah speaker dari Malaysian kan. Ada 4 section dalam test ni. Sebelum sesuatu section bermula, kamu akan diberi masa untuk baca soalan. Tips saya: Bila baca soalan dulu, ingat key words. Bila conversation bermula, sambil dengar conversation, jangan sambil tu nak baca soalan, renung je blank paper, dengar dan kaitkan conversation dengan key words. Kenapa? Secara teorinya(sebab aku baca fakta sains ok), otak kita tak boleh fokus 2 benda dalam satu masa. Kalau kamu baca soalan waktu conversation runs, kadar tumpuan kamu pada conversation itu akan berkurang. Sebab tu baca dulu sebelum conversation bermula, amek key point & fokus pada conversation, bila conversation kena pada key point, catat roughly pada kertas. Lepas tu baru letak jawapan pada tempat kosong. Komen: Test yang sangat annoying. Bila tak dapat tangkap rasa macam nak suruh pengawas tu rewind tape je. Hisyh!! Untuk exam Reading: Paragraph untuk exam reading ni english dia high standard. Jadi kamu biasa-biasakan lah baca Reader's Digest ke kan. Jawapan pula walaupun dalam bentuk objective dan rupa bentuk yang lain seperti "yes" or "No" dan "True" or "False" tetapi fahamilah bahawa jawapannya juga adalah tricky. Kadang rasa cam nak bukak kamus je sebab tak faham perkataan. Tips saya: 60 minit untuk jawab 40 soalan sangatlah kritikal sebenarnya sebab bahasa yang digunakan adalah tinggi. 40 soalan tu tak silap aku ada 4 ke 5 section camtu. Jadi bahagikanlah masa tu dengan berapa section yang ada. Contoh: kamu ada 15 minit je untuk satu section. By hook or by crook kamu kena gak siap jawab dalam masa 15minit tu. Lepas tu teruskan pada section berikutnya jangan gatai2 nak toleh lagi. Ini soalan bentuk pemahaman. Jadi baca dulu soalan, pick up key point. Bila baca paragrapgh, sambil baca & teringat keypoint yang kamu baca pada soalan tadi, terus garis. Jangan buang masa garis pakai pembaris. Free hand je tau! Lepas tu cepat-cepat jawab soalan. Komen: To be honest masa memang tak cukup. Takda maknanya kau nak check balik jawapan kau. Jangan termenung langsung! LANGSUNG! telah ku katakan ini kritikal. Untuk exam Writing: Writings ni aku rasa macam okay je. Cuma kamu kena biasakan dengan format nak menulis tu. Kena banyakkan latihan. So far rasa macam okay je. Takde benda nak complaint.Haha. Tips saya: Jawab ikut masa yang ditetapkan. Jangan lebih-lebih nak buat ayat novel bunga-bunga. Ayat biar straight to the point, padat dan jitu, gituhh! Sila buat latihan pada buku yang ada skema jawapan so that anda faham apa yang saya maksudkan dengan format nak menulis. Lepas tu jangan tulis lebih dari words yang ditetapkan. Lagi panjang anda menulis, lagi tinggi kebarangkalian anda untuk membuat kesilapan tatabahasa etc. *kan dah bagi hypothesis pulak kan..* Komen: Yang menjadi masalah bila topik yang keluar tu kita tak faham maksud perkataan dia apa. Selebihnya okey je. Untuk exam Speaking: 11 to 14 minutes.Boring betul aku dapat examiner ni orang Malaysian muka ketat. Nasib baik dia luluskan aku. Phew. Sebab ada gak kawan aku yang dapat examiner memang betul mat salleh. So boleh rujuk entri sebelum ni pasal cara-cara exam speaking ni berlangsung. Tips saya: Masa ni banyak study dengan kawan. Dia tanya soalan, aku jawab sambil kawan tu record timing. Kadang depan skype ke. Kalau bukan dengan kawan pun aku duk dalam bilik atas katil, pandang dinding, aku yang tanya soalan, aku yang jawab depan dinding. Sebab sorang-sorang kan, nak pandang cermin rasa annoying pulak tengok muka sendiri membebel depan cermin kan. So yeahh, praktis lah aku depan dinding. Set time juga jangan terlebih masa. Kalau boleh rakam suara so that bila dengar balik boleh identify tang mana grammar kita silap. Komen: Jangan rumitkan kepala sangat fikir jawapan kita bagi tu betul atau tak. Nama pun exam speaking, bukan critical thinking. So basically nak tengok kita boleh speak fluently atau tak. Kalau boleh jangan gagap-gagap. Tips lain yang berguna: 1. Dengar radio yang menggunakan bahasa pengantara bahasa Inggeris. Walaupun accent Malaysian tapi takpe, telinga kita nanti pick up perkataan-perkataan dan grammar yang digunakan walaupun Manglish but it's okeh bebeh daripada kau layan Johara di Pagi Era untuk persediaan menjawab IELTS. bikin sakit perut nak gelak je. 2. Kalau awak masih bersekolah atau lambat lagi nak apply sambung belajar, rajinkan baca buku berbahasa Inggeris. Mulakan dengan Engslih yang tak berapa nak high standard sangat. 3. Bila pasang movie berbahasa Inggeris, cuba tutup sari kata berbahasa Melayu. Supaya anda peka dengan pertuturan pelakon tu. Kalau orang tanya IELTS tu susah ke senang, susah aku nak jawab, ia bergantung pada individu lah kan. Subjective orang kata. Tapi bagi aku, ia tak terlalu susah, cuma tricky dalam masa yang sama sangatlah tak cukup masa nak menjawab. Kalau bagi masa lama bolehlah jawab dengan senang hati kan. Jadi anda perlu menjawab dengan smart, tangkas. ....Kelas English Dewasa & Al-Quran DiRumah - Tuisyen MUET,iELTS,SPM,PT3 >> MyCambridge.blogspot.com .
|
|
|
Post by anissophea on Jan 6, 2020 16:24:48 GMT -5
Syarat Keputusan MUET Ke IPTA Menurut FB Rasmi UPU, keputusan MUET adalah syarat umum yang perlu dipenuhi oleh calon yang memohon kemasukan ke IPTA peringkat IJAZAH bukan untuk kemasukan ke program DIPLOMA dan ASASI IPTA. Untuk kemudahan pelajar dan pemohon, sila semak syarat kemasukan terkini dan program pengajian anda di IPTA di Sistem e-MAS. Adalah diingatkan yang memang perlu ada MUET untuk layak memohon di mana Syarat Am adalah MUET band 1 tetapi Syarat Khas permohonan adalah bergantung kepada program apa yang dipohon. Ada kursus yang memerlukan MUET Band 2 dan sebagainya. Syarat MUET untuk masuk ke Universiti adalah dengan lulus Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia (MUET) pada tahap-tahap tertentu berdasarkan kursus-kursus tertentu. Syarat-syaratnya adalah seperti dalam jadual di bawah: Syarat Masuk IPTA a) Pengajian Sastera dan Sains Sosial – Band 2 b) Pengajian Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik atau STEM – Band 3 c) Pengajian Undang-undang dan Perubatan – Band 4 Syarat Pengijazahan a) Pengajian Sastera dan Sains Sosial – Band 3 b) Pengajian STEM – Band 4 c) Pengajian Undang-undang dan Perubatan – Band 5 Institusi pengajian tinggi swasta juga digalakkan melaksanakan langkah yang sama kerana pada masa kini syarat kemasukan am ke IPTA memerlukan pemohon mencapai tahap minimum MUET iaitu Band 1. MUET mula diperkenalkan sebagai syarat wajib masuk universiti pada tahun 2000. Pada mulanya, calon ke IPTA hanya perlu menduduki saja peperiksaan itu untuk dapat tempat. Kini segalanya telah berubah dan ditambah baik. ....Tuisyen MUET express -> www.MyCambridge.blogspot.com.
|
|
|
Post by Ellicella on Jan 13, 2020 12:51:10 GMT -5
Discount Cheap Clobetasol How To Buy Amex <a href=http://cialibuy.com>cialis 20mg for sale</a> Cialis 5mg Bestellen Ou Acheter Viagra Cialis Levitra Finasteride Vs Minoxidil Propecia
|
|
|
Post by anissophea on Mar 9, 2020 20:51:01 GMT -5
Hai dan salam kepada semua pembaca baru dan pembaca tegar blog SR! Hehe. Blog ini tak banyak sangat membincangkan pengalaman SR sepanjang belajar di UniKL Business School. Kebanyakan entri blog ini berkisarkan pengalaman program pertukaran pelajar (ERASMUS+) di Kozminski University, Poland.
Entri kali ini SR ingin bercerita tentang pengalaman internship: Semester demi semester berlalu...sampailah masa semester untuk praktikal. Melalui pengalaman SR sendiri yang mendapat semester July 2017 sebagai intra semester memang banyak suka duka. Kerana apa? Kebanyakan syarikat sudah pun memilih pelajar intra untuk kemasukan sesi Jun!
Pulun segala peluang yang ada, akhirnya aku dapat beberapa peluang internship dan aku memilih sebuah syarikat IT yang terletak berdekatan dengan KL Sentral. Sebulan selepas itu, aku mendapat tawaran internship di Petronas ICT (area Menara Perak) tapi aku tolak dan meneruskan internship di tempat sedia ada. Kenapa aku tolak? Berada di syarikat besar mungkin aku tak dapat nak belajar semua benda sekaligus. Yes, ada orang nak internship di tempat gah. Secara keseluruhannya, it all depends on you. Aku akan ceritakan kenapa dengan keputusan aku ini membuatkan aku dapat first job aku dengan jayanya.
Eh! Pengalaman internship bukannya ada orang pandang.
Hmm budak fresh grad yang takde pengalaman kerja ni macam mana nak yakinkan majikan untuk ambil kita bekerja?
Susahlah zaman sekarang ni nak dapat kerja. Persaingan sengit!
Sikap sambil lewa semasa menjalani praktikal memang merugikan. Ambil peluang ini untuk belajar perkara-perkara basic seperti photocopy, buat phone calls, menghadiri meetings dan lain-lain yang boleh membantu anda untuk upgrade kemahiran sedia ada. Jangan terkejut sekiranya anda jumpa fresh graduates di tempat kerja yang tidak reti menggunakan mesin fotostat. Whew!
Aku sebagai HR Assistant sepanjang semester praktikal. Oh ya! Bidang pendidikan aku dalam bidang Management and Entrepreneurship dan bukan bidang HR pun. Macam mana aku boleh terjebak dengan bidang HR? Perasaan ingin cuba dan merasakan HR adalah satu bidang yang menarik untuk diteroka. Andddd I found my soul in HR!
For your info, subjek HR yang aku ambil hanya 1 sahaja ya! Itu pun ketika short semester. Jadi siapa kata kita kena kerja dalam bidang yang kita belajar je? Tak semestinya.
Pengalaman internship ini aku anggap seperti kerja. Ambil segala peluang untuk belajar. Walaupun mungkin kau rasa kau lagi banyak kerja dari boss kau. Hadap je labu! It's for your own good juga. Kau dapat belajar cara nak handle masalah dekat pejabat dan kau lebih matang.
Kalau kau tengok profile instagram aku, The Juggler dan The Dreaming Doer adalah the best words to describe who I am. Sejenis spesis yang boleh multi-tasking dalam satu masa. The dreaming doer pulak aku suka berangan untuk kejar impian aku. Bukan setakat berangan macam Mat Jenin, aku berangan dan letak usaha untuk mencapai apa yang aku impikan dalam hidup.
Long story short, aku tak dapat pun job placement dekat tempat internship tu. A bit frustrated mungkin. Aku tak diserap kerana syarikat nak maintain headcounts (aku bersangka baik je lah kan). Tunggu apa lagi? Move on babe! Don't wait for something just like that. Bermulalah kisah aku jadi tutor (dapat merasa orang panggil aku Cikgu Fatin), buat kelas English, sediakan servis resume dan profile Linkedin, jual Korean skincare dekat Carousell. Dan kalau kau rasa kau budak CGPA First Class dan tak nak buat kerja ala-ala cam aku ni kau silap. Ini bukan zaman dahulukala yang bila kau dah habis belajar dengan result gempak terus orang tawarkan kau kerja best di syarikat ternama. Fuh simpan hasrat tu!
Disebabkan aku jenis yang tak boleh duduk diam sahaja sambil menghabiskan duit parents aku, aku buat macam-macam kerja dalam satu masa. Worth it! Mama aku la yang selalu bising bila aku nak dapat kerja lah, anak orang lain baru graduate dah terus dapat kerja. I was like. Okay I'm not yet graduated. Malas nak bising-bising jadi aku teruskan hidup aku seperti biasa.
Bukan aku tak usaha, aku usaha dan dapat banyak temuduga tapi aku tak terpilih kerana aku fresh graduate. Aku tidak punya pengalaman katanya. Fuh ini realiti guys! haha. Pedih tapi benar. Banyak career fair aku pergi, email beratus dah hantar, dekat jobstreet pun sama dan platform kerja yang lain.
Akhirnya, aku dapat offer dari CIMA UEM sebagai SL1M Trainee (HR) pada April 2018. Not bad pengalaman dekat sini. Sebulan aku berada di sini dan aku dapat pula tawaran kerja. Tawaran kerja sebagai HR jugak.
Moral of the story: Find your own forte.
Oh ya! Kalau bab gaji, untuk fresh graduate... Gaji yang berpatutan dengan bidang HR/Business/Marketing dalam lingkungan RM2300-RM2800. Syarikat besar lagi mahal lah gajinya. Tapi bukan mudah untuk dapat first job di syarikat yang memang gah ni.
Nasihat aku: Kau kumpul pengalaman banyak-banyak dan sekiranya impian kau nak jadi pengurus di syarikat MNC bolehlah cuba nasib. Kalau ada banyak pengalaman tapi soft skills ke laut pun tiada gunanya. Perbaiki kemahiran mengurus, berkomunikasi seiring dengan pengalaman kau. Barulah orang pandang kau! Woohoo! All the best and good luck kepada juniors yang bakal menjalani internship tuu.
|
|
|
Post by anissophea on Mar 9, 2020 20:51:20 GMT -5

Post by anissophea on Apr 6, 2020 23:00:38 GMT -5
*The MUET listening test will assess candidates on their ability to: Comprehend various types of oral text of varying length Master different levels of complexity in terms of content and language Recognize main ideas Recognize supporting details Paraphrase Distinguish the relevant from the irrelevant (filter out irrelevant information) Interpret the speaker’s views, attitudes and intentions Distinguish fact from opinion Summarize information Draw conclusions Tips: · Practice selective listening – not every word said is important and relevant · Jot down notes as the speaker talks · If you can’t hear the recording clearly, raise up your hand to inform the person in charged to increase the volume of the recording. It is NOT wrong to do so. · Read up on various topics to familiarize yourself with the terms and spelling of various words · Possible genres are: Lecture Briefing Discussion Interview Telephone conversation Announcement Advertisement News Meeting Documentary Instructions · Possible topics: Plastic surgery Environment (global warming, climate change, deforestation, logging…etc.) Education (school syllabus, education system, educators, student life…etc.) “How to” articles (how to vote, how to file a report, how to clean a fish pond…etc.) Tourist attractions (commercial format, advertisement flyers…etc.) Radio shows Animals (extinct animals, endangered animals, poaching…etc.) · Use good grammar · Some sections have word limits - avoid using too many ‘and’ ‘or’ ‘that’ as it takes up your word count yet has very minimal contribution to the content of your answers ....MuET Tuition via WhatsApp ->> www.MyCambridge.blogspot.com.
|
|
|
Post by anissophea on May 11, 2020 22:24:02 GMT -5
Sekali dengar anak jiran tak sampai usia 7 tahun ‘speaking meletop’ mesti terngaga mulut. Kita dah besar panjang pun sukar nak ‘speaking’ mantap, lebih-lebih lagi di tempat kerja atau di luar. Silap sedikit boleh jadi ‘bahan’.
Sememangnya ibu bapa sekarang lebih peka dengan kepentingan Bahasa Inggeris (BI) sehingga sanggup bayar lebih semata-mata memastikan anak petah dalam bahasa berkenaan.
Daripada subjek yang digeruni, kini kanak-kanak ‘enjoy’ mata pelajaran itu.
Kepada mereka yang masih ‘bergelut’ untuk menguasai Bahasa Inggeris, mari sini, kami ada tips yang boleh bantu anda.
1) Berkawan rapat dengan kamus
Boring?! Tetapi percaya kalau anda serius nak belajar BI, cara ini paling berkesan. Simpan dan bawa kamus ke mana sahaja, jika anda ragu-ragu atau mahu kepastian sesuatu perkataan, ambil dan periksa. Kalau bukan untuk merujuk, selak sahaja kamus itu, tentu ada perkataan menarik perhatian untuk diguna. Kalau anda mahu bina keyakinan, cuba adaptasi perkataaan itu dalam kehidupan harian, guna sebanyak mungkin, lama-lama pandailah!
2) Tonton filem, siri drama atau sitkom Inggeris tanpa sarikata
Anda suka menonton filem BI. Ia satu petanda baik untuk memperkukuhkan bahasa itu. Anda hanya perlu menonton tanpa melihat sarikata. Cuba fahami apa yang cuba disampaikan. Tontonlah sebanyak mungkin. Filem dari Hollywood tanpa slang bahasa yang pekat lebih mudah untuk anda fahami dan tentu sekali, belajar!
3) Bercakap depan cermin
Cara ini agak ‘konservatif’ tapi ia satu-satunya kaedah yang memberi keyakinan kepada diri anda. Mungkin di peringkat awal terasa kelakar atau tidak selesa tetapi jika dilakukan secara kerap, anda akan dapat membiasakan diri.
4) Mendengar radio saluran BI
Mendengar perbualan, laporan berita dan lagu-lagu BI dalam radio juga memahirkan penguasaan anda dalam bahasa berkenaan. Apabila anda mendengar sesuatu yang baru sebutlah dengan kuat dan jelas, ia akan membantu menambahkan pengetahuan dan memperkukuh tatabahasa.
5) Berani bercakap
Anda mungkin tahu bercakap dalam bahasa asing tetapi takut salah. Jangan risau, ikutkan semua bahasa pun mesti ada salah nahu atau sebutan. Jadi apa salahnya jika salah sedikit apabila bertutur BI? Lagipun, apabila anda bercakap, ia akan meningkatkan keyakinan diri, sekali gus tampil berani bercakap dalam bahasa berkenaan.
6) Cari kawan yang pandai ‘speaking’
Janganlah lari bila jumpa orang yang pandai ‘speaking’, sebaliknya cuba buat kawan. Anda pasti akan terikut dengan cara pemikiran mereka yang percaya BI adalah mudah untuk dikuasai. Lama-lama anda pun sama-sama ‘mat salleh’.
7) Hafal ayat dalam bahasa Inggeris
Walaupun terpaksa menghafal tetapi kaedah itu lama-kelamaan akan menjadikan anda fasih bercakap, bercakap dengan betul pula tu!
8) Muat naik aplikasi mainan dalam Bahasa Inggeris
Walaupun sekadar aplikasi mainan, tetapi ia akan cepat mempengaruhi anda menguasai BI. Ia juga boleh membantu anda memperkaya tatabahasa. Macam itulah kanak-kanak belajar bahasa itu selepas menggunakan telefon pintar.
9) Fikir positif dan yakin anda boleh melakukan
Sentiasa beri semangat kepada diri sendiri walaupun dikecam rakan atau kenalan yang anggap ‘berlagak’ apabila bertutur dalam bahasa Inggeris.
10) Tulis semula perkataan
Walaupun leceh namun ia sangat membantu. Melalui tulisan anda akan lebih fokus dan memahami maksud dalam ayat berkenaan. Ia akan memudahkan anda faham dan belajar sesuatu perkataan secara efisien.
|
|