|
Post by anissophea on Aug 2, 2016 3:40:41 GMT -5
|
|
|
Post by anissophea on Aug 15, 2016 21:16:50 GMT -5
JACK MA DAN BAHASA YANG MENGUBAH HIDUP
Jack-Ma-Forbes
Jack Ma, mungkin namanya masih asing bagi banyak orang di Indonesia, tetapi bagi para peniaga Jack Ma adalah nama besar. Ia menjadi salah satu orang terkaya di dunia berkat perniagaan onlinenya, alibaba.com.Tapi siapa yang sangka, Jack Ma awalnya adalah seorang guru bahasa Inggeris? Dan sebenarnya, kemampuan berbahasa Inggeris lah yang mengubah jalan hidupnya.
Jack Ma dibesarkan di Hangzhou, China, sebuah yang memang menjadi destinasi pelancongan terkenal. Untuk belajar bahasa Inggeris sendiri, Jack menghabiskan masa di dekat hotel dan bercakap dengan pelancong asing Pada usia remaja, Jack akan memberikan tour pelancongan percuma dalam bahasa Inggeris untuk pengunjung ke Hangzhou West Lake. Itu adalah di akhir 1970-an awal 1980-an ketika China baru sahaja dibuka untuk perniagaan. Para pelancong itu ke China seperti Alien yang datang dari masa depan. Jack mempunyai akses setiap hari untuk mereka, boleh belajar dari mereka, dari situ ia belajar kehidupan di luar China. Ini mungkin kedengaran lucu hari ini, tapi Cina pada masa itu adalah negara yang sangat berbeza dalam hal kemajuan dan pemodenan.
Berkat menjadi tour guide free ini, Jack mengenal satu keluarga dari Australia. Jack terus berhubungan dengan keluarga ini dan pada tahun 1985 ketika ia berusia 19 tahun ia menghabiskan satu bulan mengunjungi mereka di Australia. Perjalanan yang mengubah hidupnya. Mengubah cara pandang kita. Ia dibesarkan dengan mendengar bahawa China adalah negara yang hebat, dll. Sementara melihat negara moden yang nyata untuk pertama kalinya membuka matanya, tetapi lebih penting lagi fikirannya. Dari kenalannya di Australia itu, Jack diyakinkan bahawa ia mempunyai potensi.
Jack masuk ke perguruan tinggi di Hangzhou Teachers University (Sekarang Hangzhou Normal University) di mana dia belajar untuk menjadi Guru Bahasa Inggeris, dan setelah lulus, ia mula mengajar. Anda boleh membayangkan seberapa baik bahasa Inggeris-nya sudah selepas 10 tahun lebih amalan dan belajar. Pada tahun 1995 pada usia 29 ia mengambil perjalanan lain yang akan benar-benar mengubah hidupnya. Ia berangkat ke Amerika Syarikat sebagai penterjemah untuk delegasi perdagangan China ke Seattle. Dalam perjalanan itu ia melihat untuk pertama kalinya Yahoo Portal dan bagaimana pengguna berhubung ke internet. Selepas perjalanan itu ia tahu ia ingin memulakan sebuah syarikat dalam talian di China.
Dan sejarah mencatat kesinambungan kisah Jack Ma. Dari seorang guru bahasa Inggeris menjadi usahawan handal yang berpengaruh bukan sahaja di Asia tetapi juga di dunia. Jack Ma membawa perubahan bagi negaranya, ia menjadi salah satu "wajah" China moden. Sekarang, bolehkah kita membayangkan Jack Ma tanpa kemampuan berbahasa Inggeris? Mungkin ia tak akan ke mana-mana, mungkin ia akan masih menjadi Ma Yun yang merenungi 2x kegagalannya ikut ujian masuk universiti negeri. Dan kemungkinan besar tidak akan pernah ada alibaba.com.
Jadi, rakan rakan, masihkah kalian berfikir bahasa Inggeris hanya sekadar alat komunikasi? Bahasa Inggeris, jelas boleh lebih dari itu. Bahasa Inggeris memberi kita jendela untuk melihat dunia dengan cara yang tak terhingga.
|
|
|
Post by anissophea on Aug 15, 2016 21:17:21 GMT -5

Post by anissophea on Sept 5, 2016 20:14:21 GMT -5
|
|
|
Post by anissophea on Sept 5, 2016 20:15:29 GMT -5
|
|
|
Post by anissophea on Sept 26, 2016 20:59:59 GMT -5
Belajar bercakap Inggeris adalah antara pilihan yang terbaik dan boleh anda lakukan untuk meningkatkan kualiti hidup anda. Memang tepat sekali pilihan anda. Bukan suatu yang menarik dan bernilai dalam hidup anda untuk mengakses informasi yang orang lain tidak boleh dapati? Bercakap dan menulis surat kepada orang maha penting dalam hidup anda yang bukan senang dihubungi atau didekati oleh orang lain jika seseorang tidak pandai bercakap Inggeris. Memberi keyakinan dan menakluk hati orang lain bila sahaja anda membuka mulut anda. Mendapat peluang promosi dan anjakan gaji yang lumayan dalam kerjaya anda dan bersaing dengan sihat bersama rakan seperjuangan yang lain untuk merebut kenaikan pangkat dan jauh mendahului orang lain. Sudah pasti anda boleh dapat semua ini jika anda pandai bercakap bahasa Inggeris dengan lancar dan tepat. Mendekati diri dengan ilmu dunia
Apakah yang anda minati? Adakah ia bidang Sains/ Muzik? Komputer? Kesihatan? Perniagaan? Sukan? Media massa hari ini – merangkumi saluran internet, televisyen, telefon bimbit - memberi anda input ilmu yang tidak ada batasan dalam apa bidang subjek sekali pun yang anda minati. Bukankah kita semua tahu, kita sedang berada dalam era ledakan teknologi informasi. Hanya satu masalah yang wujud. Kebanyakan dari ilmu ini dicatat dan diterbitkan dalam Bahasa Inggeris. Berikut ini adalah antara contoh yang anda boleh guna jika anda menguasai bahasa Inggeris:
Majoriti dari Laman web dalam internet. Terdapat lebih dari satu billion muka informasi dalam internet. Suatu yang menakjubkan ialah anda hanya perlu belajar satu bahasa sahaja untuk anda melayari dan mengenal hampir semua ilmu yang ada dalam internet. Buku — untuk semua subjek, dari seluruh dunia. Membaca buku yang ditulis oleh pakar atau pengarang berbangsa British atau Amerika Syarikat, atau buku bahasa tempatan lain yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris. Apa sahaja bidang yang anda minati, anda boleh membacanya dalam bahasa Inggeris. Surat khabar. Hanyalah majalah dan surat khabar bahasa Inggeris sahaja dapat diperolehi di semua tempat di dunia ini. Anda tidak perlu mencari Time, Newsweek, or the International Herald Tribune! Sains. Inggeris adalah teras kepada perkembangan Sains di seluruh dunia. Dalam tahun 1997, 95% dari journal dan artikel Sains ditulis dalam bahasa Inggeris. Dari semua ini, hanya 50% ditulis oleh pengarang dari negara berteraskan bahasa Inggeris seperti USA dan Britain. Lapuran berita. Menonton berita dari rangkaian televisyen antarabangsa seperti CNN International dan NBC. Mereka menyiarkan berita yang lebih pantas, lebih profesional berbanding dengan rangkaian penyiaran kebangsaan yang kecil. Paling menarik sekali, anda dapat menonton berita mereka di semua negara di dunia ini. Komunikasi dengan orang lain. Kami sering mengaitkan Inggeris sebagai “Bahasa Komunikasi Dunia” . Apa sebabnya? Sebabnya semua orang di dunia ini bersetuju untuk bercakap sesama satu dengan lain dalam Bahasa Inggeris. Fikirkan, lebih dari 1.5 Billion orang di dunia ini bertutur dengan bahasa Inggeris. Satu billion yang lain pula aktif mempelajari bahasa dunia ini. 75% dari poskad dan surat di dunia ini ditulis dengan menggunakan Inggeris. Hampir semua persidangan antarabangsa dan pertandingan dikendalikan dalam bahasa Inggeris. Contohnya, Olimpik dan pertandingan ratu cantik dunia. Duta dan ahli politik dari semua negara mengguna bahasa Inggeris untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Inggeris adalah bahasa utama Bangsa Bangsa Bersatu, NATO dan Pertubuhan Perdagangan Bebas Eropah
Anda akan dapat berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, jika anda:
Menghubungi orang dari seluruh dunia. Bercerita dan bertukar pendapat dengan melibatkan diri dalam perbualan virtual melalui bilik forum atau chatting room di internet. Hantar email kepada orang yang penting dan belajar budaya hidup mereka. Melancung dengan lebih mudah. Di mana anda pergi, berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dengan mudah. Lebih dari 100 negara di dunia ini mengguna Inggeris diguna sebagai bahasa pengantara. Bertanya arah , berbual, atau …. Meminta tolong. Manalah anda tahu, Inggeris akan menyelamatkan nyawa anda suatu hari nanti.
Menolak kerjaya anda ke depan
Jika anda mahukan kerja yang baik dalam perniagaan mahupun bidang Sains dan Teknologi, bangunlah dari kerusi sofa anda mulalah belajar Inggeris. (Jika anda telah mempunyai kerja yang baik, mulalah belajar Inggeris agar anda tidak kehilangan kerja anda) Jelas sekali, Inggeris akan membantu anda:
Paparkan "Penguasaan Inggeris yang cemerlang" dalam biodata anda. Dapatkan kerja impian anda dan nikmati pendapatan yang lumayan. Dapat ilmu teknikal. Inggeris adalah bahasa teknologi, terutamanya teknologi berstatus tinggi seperti komputer sains, genetik, dan perubatan. Jika anda ingin membaca maklumat dalam bidang teknologi, kemungkinan besar anda perlu mengguna bahasa Inggeris. Belajar Sains Komputer. Membaca petikan teknikal tanpa sebarang masalah, atau menulis petikan anda sendiri. Menjadi usahawan bertaraf dunia. Mudah sekali, perniagaan antarabangsa sentiasa dikendalikan dalam bahasa Inggeris. Dan kebanyakan dari perniagaan hari ini bersifat antarabangsa. Jadi, jika anda mahu berkecimpung dalam arena ini, anda perlu mengetahui bahasa Inggeris untuk berhubung dengan ahli perniagaan yang lain, untuk berbincang dan bermesyuarat, membaca surat khabar dan majalah perniagaan dan mendapat maklumat perniagaan dunia. Menjadi seorang Saintis yang hebat. Berhubung dengan Saintis dari negara lain, menghadiri persidangan sains sedunia, melawat pusat akademik di luar negara. Membaca laporan Sains yang terkini dan mengenal penemuan terbaru dalam majalah atau buku. Mengguna komputer anda dengan lebih produktif. Kebanyakan dari arahan aplikasi komputer adalah dalam bahasa Inggeris, jadi anda akan dapat memahami dengan mudah dan menjadi seorang kakitangan yang lebih cemerlang. Belajar kemahiran dalam perniagaan. Anda mudah menguasai kontrak perniagaan dan tidak mudah ditipu oleh orang lain.
Menikmati kesenian/hiburan dengan lebih sensasi
Inggeris akan membolehkan anda menikmati budaya setiap negara di dunia dengan lebih mendalam berbanding dengan bahasa lain. Dengan menguasai Inggeris dalam hidup, anda akan dapat melakukan berbagai perkara yang menarik seperti berikut :
Menonton tayangan American dan British yang original. Bila anda telah menikmati yang asal , anda tidak akan kembali ke versi rakaman! Membaca buku-buku yang hebat. Setiap buku yang hebat ditulis dalam bahasa Inggeris atau ia ditulis dalam bahasa Inggeris. Bilangannya cukup menakjubkan —dari cerita klasik seperti Hamlet ke cerita yang menggegarkan jiwa seperti Jurassic Park. Lebih menikmati muzik Inggeris. Percayalah , anda akan menghargai dan menghayati muzik dengan lebih mendalam kalau anda memahami perkataannya.
Inggeris amat mudah dipelajari
Inggeris bukan sahaja bahasa yang paling mudah dipelajari di dunia ini, ia juga satu dari bahasa yang paling berguna di dunia.
Huruf yang ringkas dan mudah— Tidak ada huruf istimewa seperti é or ä. Taip perkataan Inggeris seperti sweet, part, film pada komputer anda. Sekarang cuba süß (German), (Polish), (Russian). Manakah yang mudah? Bilangan majmuk yang mudah— Hanya sekadar menambah s pada hujung perkataan. One car, five cars; one telephone, two telephones... Hanya beberapa perkataan yang mempunyai keistimewaan luar biasa. Perkataan yang mudah dipelajari. Dalam France, ia dipanggil la fille dan chien. Di German, ia adalah das Mädchen and der Hund. Dalam bahasa Inggeris , mereka memanggil a girl dan a dog. Itul saja yang anda perlu tahu. Perkataan yang pendek. Kebanyakan dari perkataan yang sering diguna adalah pendek dan mudah ditulis seperti: run, work, big, go, man. Perkataan panjang akan dipendekkan; contohnya sitcom = situational comedy, fridge = refrigerator, OS = operating system. Speaking English saves you time. :-) Perkataan yang kekal abadi. Tetapi dalam kebanyakan bahasa lain, satu perkataan boleh membawa berbagai-bagai makna.: English: The man is blind. German: Der Mann ist blind. English: This is a blind man. German: Das ist ein blinder Mann. English: I see a blind man. German: Ich sehe einen blinden Mann. Panggil setiap orang dengan "you". Anda boleh berkata, "Do you speak English?" kepada kawan anda atau cikgu anda. Dalam bahasa lain, anda perlu guna perkataan yang betul dengan orang yang betul. Dalam Inggeris, setiap orang adalah sama.:-) Inggeris ada di merata tempat. Anda dapat memperoleh maklumat dalam bahasa Inggeris secara terus dari rancangan TV yang berteraskan Inggeris , muzik, laman web , majalah dan lain-lain. Anda tidak perlu membaca dari buku teks yang membosankan. Anda boleh belajar dan mempraktis Inggeris anda pada masa yang sama. Mengguna Inggeris dalam kehidupan harian anda adalah penting kerana ia akan mendorong semangat anda untuk mempelajari bahasa ini.
Mencapai kepuasan
Inggeris bukan sahaja membawa manfaat dalam berbagai aspek — ia juga memberi kepuasan untuk anda:
Seronok melihat perkembangan diri. Kami tidak akan lupa saat anda dapat menonton siri bahasa Inggeris atau membaca majalah dengan mudah. Anda akan seronok menikmati Inggeris, jika anda tahu setiap usaha yang anda curahkan mendekatkan diri anda pada tahap yang lebih baik. Seronok mengguna bahasa Inggeris, kerana setiap ayat yang anda sebut atau tulis mengingatkan diri tentang kejayaan anda.
Inggeris akan jadikan anda seorang yang lebih berkuasa, lebih gembira. Tidak sukar untuk anda membayangkan situasi tertentu yang membolehkan anda mengguna Inggeris dengan perasaan ceria dan gembira.
Kami berharap, dengan bantuan dari kami, perkembangan Inggeris anda akan memberi kepuasan yang tidak terhingga dalam hidup anda. Ramainya orang yang telah mengguna cara kami telah menyaksikan perkembangan yang positif dalam penguasaan Inggeris dalam hidup mereka.
|
|
|
Post by anissophea on Oct 10, 2016 21:39:52 GMT -5
Apakah perbezaan antara see,look dan watch?
SEE
See adalah perkataan tidak aktif. Bila mata kita buka, kita akan terus nampak tanpa memikirkannya.
See juga digunakan untuk memberitahu yg kita faham sesuatu.
I see a yellow car near the shop.
I see what you mean.
LOOK
Look adalah aktif.Kita mesti mahu melakukannya untuk jangka masa pendek atau sesuatu yg perlukan
perhatian.
Let's look at the cake again.
Look if they have the book.
Look out for pickpockets.
WATCH
juga perkataan aktif. Ianya mesti sesuatu yg ingin kita lakukan tetapi utk jangka masa lama.
Let's watch that movie.
Mimi loves to watch tennis.
Look, see or watch(ing)? Choose the correct answer.
1.Do you want to _ a movie with me?
2.I will _ for your purse.
3. I _ he left his bag on the sofa.
4.I _ a cat looking for food.
5. Did you _ the news last night?
6. _ out for that bike!
7.We love to _ the sunset in Bali.
8. Did you _ my blue bag?
9. _ you tomorrow at the wedding.
10. I am _ football later with Ahmad.
Answer:
1.watch 2.look 3.see 4.see 5.watch 6.look 7.watch 8.see 9.see 10.watching
|
|
|
Post by anissophea on Nov 21, 2016 22:35:55 GMT -5
Bila nak guna much dan bila nak guna many?
When to use much and when to use many? ●Kita gunakan much utk uncountable noun (kata benda yang tidak boleh dikira) - milk, sugar, money, time ●Kita gunakan many utk countable noun (boleh dikira) - minutes, ringgit, bottles of milk, can of drinks
Example: How much money does he have? How many hours does it take to go to London?
Choose many or much. 1. How _ brothers do you have? 2.How _ cars were stolen last year? 3. How _ coffee do you drink a day? 4. How _ money does he need? 5. How _ cats do they have? 6. How _apples did you buy? 7. How _ trees are there in the park? 8. How _clothes should I bring? 9. How _ paintings does he have? 10. We saw _ animals at the zoo.
Answers: 1.many 2.many 3.much 4.much 5.many 6.many 7.many 8.much 9.many 10.many
|
|
|
Post by anissophea on Nov 21, 2016 22:36:12 GMT -5

Post by anissophea on Nov 21, 2016 22:39:23 GMT -5

Post by anissophea on Nov 21, 2016 22:40:22 GMT -5

Post by anissophea on Nov 29, 2016 2:16:06 GMT -5
Pada blog update kali ini saya akan menerangkan cara untuk apply ke universiti luar negara terutamanya kepada sesiapa yang ingin melanjutkan pelajaran ke United Kingdom memandangkan ada beberapa readers blog ini yang bertanya melalui email cara-caranya. So, untuk memudahkan, saya akan update di sini ye. Dulu, saya menggunakan keputusan matrikulasi untuk apply ke United Kingdom dan telah berjaya menerima 4 tawaran daripada universiti-universiti terkemuka dunia. Baru-baru ini saya telah menerima satu lagi tawaran daripada University of Nottingham dalam bidang Biochemistry and Molecular Medicine. So that makes it the fourth offer overall. Sayangnya one of my applications is rejected sebab Matrikulasi tidak diterima oleh universiti tersebut (Exeter College, university of Oxford) Dalam blogpost kali ini, saya akan menjawab segala (takla semua hehe) persoalan yang telah diajukan dalam email. Most of the questions adalah mengenai bagaimana melanjutkan pelajaran ke luar negara, cara mengisi UCAS dan sebagainya. Q(Question) A(Answer) Q: "Matrikulasi diterima @ diiktiraf ke di UK?" A: Selain STPM, A-Level, International Baccauleurette, dan UEC, sijil Matrikulasi juga boleh dijadikan tiket ke UK! Sijil matrikulasi sudah mendapat pengiktirafan di beberapa universiti terkemuka di UK. here are some universities yang mengiktiraf pelajar lepasan matrikulasi University of Manchester University of Birmingham University of Nottingham Queen's University, Belfast. University of Bristol University of Westminster University of York University of Surrey University of Suxxex University of Reading Hartpury College Birkbeck, University of London University of Reading University of Portsmouth Canterbury Christ Church University Lancester University Aberystwyth University Cardiff Metropolitan University London Metropolitan University Anglia Ruskin University Erudio College University of Huddersfield and the list goes on..... yang lain research sendiri ye hehe. So jangan pandang rendah sijil Matrikulasi ni! Kalau dapat tawaran study di Matrikulasi selepas SPM, grab that chance. Q: "macam mana abg apply overseas? sy dpat jugak sijil 1119 tp x la sebagus keputusan abg. " A: Saya apply ke UK melalui sistem yang dinamakan UCAS. UCAS merupakan universities entrance system yang sama seperti UPU kementerian Pelajaran Malaysia yang menempatkan pelajar di universiti. Yang membezakan dengan UPU, UCAS boleh digunakan oleh pelajar antarabangsa juga namun UPU hanya diterhadkan kepada pelajar Malaysia sahaja. Kalau yang berminat nak study di UK tu, click www.ucas.com/ucas/undergraduate/register untuk apply menggunakan UCAS. keputusan English 1119 semasa SPM dahulu juga berguna jika ingin melanjutkan pelajaran ke UK sebab English 1119 merupakan standard English yang diiktiraf oleh Cambridge English. Saya memperoleh gred 2A dalam English 1119 ini (yang terbaik adalah 1A). Skor anda sekurang-kurangnya perlu C ke atas ye. Kalau anda skor English 1119 dengan baik, anda tidak perlu bersusah payah lagi untuk duduk untuk IELTS or TOEFL. Jangan ingat English tak penting ye. Namun, bukan setiap universiti di UK menerima English 1119 ini, ada yang hanya menerima IELTS dan TOEFL sahaja. Oleh itu, rajinkanlah diri untuk semak entry requirement di website universiti ye. Here are some links to universities in UK and their English entry requirements (yang menerima English 1119) Uni. of Sheffield : www.sheffield.ac.uk/undergraduate/policies/englangUni. of Manchester : www.manchester.ac.uk/study/international/country-specific-information/malaysia.htm?page=2Uni. of Birmingham : www.birmingham.ac.uk/undergraduate/requirements/international/index.aspxUni. of Southampton : www.southampton.ac.uk/uni-life/international/your-country/asia/malaysia.pageStaffordshire Uni : www.staffs.ac.uk/international/agents_and_events/malaysia/Plymouth Uni : www.plymouth.ac.uk/international/how-to-apply/international-students-entry-requirementsCardiff Uni : www.cardiff.ac.uk/for/prospective/international/countries/malaysia.htmlUni. of Leicester : le.ac.uk/student-life/international-students/english-language-requirements/equivalentUni. of Surrey : www.surrey.ac.uk/undergraduate/countries/malaysiaCity Uni London : www.city.ac.uk/international/my-country/malaysiaUni. of Lincoln : www.lincoln.ac.uk/home/international/englishlanguagecentre/englishrequirements/Lancester University : www.lancaster.ac.uk/study/international-students/english-requirements/alternative-qualifications/Uni. of Brighton : www.brighton.ac.uk/international/study-with-us/your-country-info/malaysia.aspxOxford Brookes Uni : www.brookes.ac.uk/international/country-information/country-specific-information/malaysia/Imperial College London : www.imperial.ac.uk/study/pg/apply/requirements/english/Uni. of Nottingham : www.nottingham.ac.uk/ugstudy/applying/entryrequirements.aspxp/s: yang lain cari sendiri ye, ni je yang mampu dikorek hehew. Q: "Filling in the UCAS is not easy. Oh! How about the payment? How do you pay? And how much do you pay? In MYR." A: Yes, filling the UCAS was not easy for me too. for the payment, if you have chosen only ONE university, the amount that you should pay is Rm77.28(£12) while as for multiple choices, the amount you will have to pay is RM 148.12 (£23). depending on the rate. The only payment channel is through Credit or Debit card. make sure you have enough balance before paying for your application. (rate currency yang digunakan pada masa ni ialah pada Jan 2016) Q: "I want to ask about the education section. How do you fill in the section? Do you put your spm result also? And what is the awarding bodies for foundation? I really don't know how to fill the section in" A: Yes, i did put my SPM result. After you have sent your application, the chosen universities will require you to send them the scanned copy of your SPM result. this is mainly for checking your 1119 English result as some universities accept 1119 English. if you have passed the minimum requirement for English, then you do not have to sit for IELTS or TOEFL. as for awarding bodies, for foundation. i think it is similar to matriculation which is MOE. Q: One more help. The section for reference. The organisation name for our referee. What should I put? If she is my college tutor then her organisation name will be College? A: Yes, you should put your college name. All the best for your application and don't hesitate to ask if you have any question. Q: "Berapa minimum CGPA nak apply ke luar negara?" A: Kalau nak lebih selamat, skor CGPA above 3.50 ye. Tak kira Matrikulasi atau STPM Sebab banyak lagi saingan daripada pelajar antarabangsa yang lain. Apabila kuota sudah penuh, universiti akan tutup pengambilan bagi pelajar antarabangsa. Q: "boleh guna results bmat (UMAT Uni Malaya) utk uni di uk jugak?" A: Kurang pasti sebab tidak pernah mengambil ujian tersebut, namun jika anda mahu melanjutkan pelajaran dalam Perubatan atau bioperubatan di UK, BMAT merupakan salah satu ujian saringan sebelum layak masuk ke peringkat temuduga. Biasanya universiti-universiti tersebut akan ada ujian BMAT mereka yang tersendiri seperti Universiti Malaya iaitu UMAT. Namun saya kurang pasti jika keputusan UMAT dari Universiti Malaya boleh digunakan di luar negara. Jika berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang tersebut di UK, elok untuk menyemak dengan tutor respective university. Q: "Kalau nak belajar di UK, visa dan passport jenis mana yang sesuai?" A: Okay, yang ni saya belum expert sangat sebab belum lagi sambung study di luar. Namun, sebelum menjejakkan kaki ke luar negara, saya telah membuat research mengenai Student Visa yang patut dimohon oleh pelajar Malaysia. Anda perlu memiliki UK Tier 4 student visa Sebelum apply visa, kena ada 40 points. Nak dapat dari mana 40 points ni? Anda akan menerima 30 points jika anda sudah mempunyai surat tawaran belajar daripada salah satu universiti di UK yang mempunyai pengiktirafan oleh UK Visa dan Immigration UK (UKVI). Selain itu, universiti yang menawarkan anda tawaran belajar mestilah sudah diiktiraf dan diberi High Trusted Status (HTS) oleh Immigration UK (UKVI).
|
|
|
Post by anissophea on Nov 29, 2016 2:18:36 GMT -5

Post by anissophea on Dec 12, 2016 18:21:23 GMT -5
Tenses Tenses adalah sebuah konsep untuk menunjukkan masa, kesinambungan, sesuatu yang telah tamat secara total, tindakan atau keadaan berkait dengan masa ianya digunakan(ketika bercakap/berbual). Ramai yg keliru bentuk2 masa, cara guna dan makna tenses itu sendiri. English ada 12 bentuk masa yg terdiri dari 3 bentuk masa utama: Masa/time: past = waktu yg telah berlalu present = sekarang atau sesuatu yg sedang dilakukan setiap hari/kebiasaan future = masa akan datang Terdapat 2 aspek dlm bentuk masa ini: Progressive: tindakan yang belum selesai Perfective: Tindakan atau keadaan yg telah selesai/tamat. progressive aspek membawa "continuous" tenses iaitu: past continuous present continuous future continuous perfective membawa "perfect tense": past perfect present perfect future perfect Bila 2 aspek ini digabung, kita akan dapat : past perfect continuous present perfect continuous future perfect continuous. Contoh: Present simple: I do Present continuous: I am doing Present perfect: I have done Present perfect continuous: I have been doing this Past simple tense: I did Past continuous: I was doing Past perfect: I had done Past perfect continuous: I have been doing Future simple: I will do Future continuous: I will be doing Future perfect: I will have done Future perfect continuous: I will have been doing
|
|
|
Post by anissophea on Dec 12, 2016 18:21:42 GMT -5