Post by alghazali on Nov 18, 2010 11:46:52 GMT -5
Al-Qur’an dan As-Sunnah melakarkan kepada kita bahawa kaum-kaum yang menentang Allah s.w.t. dan melakukan kezaliman akan dimusnahkan oleh Allah s.w.t.. Ini merupakan suatu fakta yang jelas terukir di dalam lembaran wahyu Ilahi, mahupun dalam lipatan sejarah.
Namun, timbul suatu persoalan utama, iaitu, siapakah yang bakal menggantikan tamadun-tamadun yang musnah dan mewarisi kemakmuran bangsa-bangsa yang musnah tersebut?
Prof Dr. Yusuf Al-Qaradhawi sekali lagi memberi jawapan yang tepat dan padat mengenai persoalan ini. Beliau menegaskan bahawa, menurut Al-Qur’an dan As-Sunnah, ada dua prinsip asas mengenai pewaris-pewaris bangsa-bangsa yang hancur tersebut.
Pertama: Golongan yang tertindas dan dizalimi akan mewarisi golongan yang bertindak zalim dan melampau. Hal ini berdasarkan firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “…Demi sesungguhnya Kami akan membinasakan orang-orang yang zalim. Dan Kami pasti akan menempatkan kamu (orang-orang yang dizalimi tersebut) di negeri itu sesudah (binasanya) mereka.” (Surah Ibrahim: 13-14)
Kedua: Golongan yang menjadi pengganti kaum-kaum yang pupus disebabkan kezaliman mereka yang merosakkan muka bumi, adalah orang-orang yang soleh. Allah s.w.t. tidak akan menggantikannya dengan orang-orang yang membuat kerosakan juga.
Firman Allah s.w.t.
“dan demi sesungguhnya, Kami telah menulis di dalam kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah tulisannya pada Luh Mahfuz bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hamba-Ku yang soleh” (Surah Al-Anbiya’: 105).
Ciri-ciri orang-orang yang soleh yang dimaksudkan di dalam ayat tersebut adalah orang-orang yang memiliki ciri-ciri khalifah dalam Islam. Ciri-ciri tersebut digambarkan di dalam firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Iaitu meraka (umat Islam) yang jika Kami berikan kekuasaan memerintah di bumi, nescaya mereka mendirikan solat, memberikan zakat, menyuruh membuat kebaikan dan menegah daripda melakukan kejahatan dan kemungkaran” (Surah Al-Hajj: 41)