|
Post by Kopiah on Nov 18, 2010 1:56:01 GMT -5
Allah Wujud (Ada)
Firman ALlah yang bererti : (Surah az Zumar : 38)
ALlah itu wujud (ada). ALlah ada dengan tiada yang menjadikanNya. ALlah ada tidak kerana sesuatu yang lain.
ALlah ada bersama zatNya. ALlah tidak akan mati, tidak akan hilang. Semua orang mengakui akan adanya ALlah termasuklah orang kafir. Bezanya cuma 0rang Islam mengakui ALlah ta'ala ada. Tetapi orang kafir mengakui ALLah ada dengan mempersekutukan (mengatakan ada kuasa lain yang lebih tinggi dari ALlah atau sama denganNya), tidak beribadah kepadaNya.
Akal sendiri membuktikan akan adanya ALlah.
Akal yang sihat akan membenarkan sendiri akan adanya ALLah. Setiap sesuatu pasti ada yang menjadikan dan tidak terjadi dengan sendiri. Alam yang terbentang luas, dari sebesar gajah sehingga sekecil kuman ada yang menjadikan. Takkan kerusi akan jadi dengan sendirinya? Tentulah ia mustahil.
Firman ALlah yang bererti :
( Surah az Zumar:4)
Firman ALlah lagi yang bererti :
(Surah Ghafir: 62)
|
|
|
Post by Kopiah on Nov 18, 2010 2:00:25 GMT -5
Allah bersifat Baqa' (Kekal)
Dalil Naqli (bukti daripada al Quran dan Sunnah) :
: Surah al Qasas : 88
Kita selalu mengimpikan apa yang ada pada diri, yang kita miliki agar dapat selalu bersama. Jika boleh dapat kekal selama-lamanya. Lalu apabila apa yang ada di dalam genggaman akhirnya hilang, terlepas, hancur binasa - kita sukar hendak menerima kenyataan. Ada yang hilang pedoman. Emosinya terganggu dan fikirannya bercelaru.
Bila kita mengenal ALlah, barulah kita sedar bahawa segala yang ada di hadapan mata kita ini akan fana' (hancur binasa, akan mati).
Baqa' ertinya kekal, sentiasa ada, tiada akhir. ALlah adalah kekal wujudnya tanpa kesudahan. Kekal yang hakiki yang tidak akan fana' buat selama-lamanya. Dan bukan kekal ardhi seperti perkara yang telah ditentukan oleh syarak berdasarkan al Quran dan Hadith.
Seperti :
1. Nikmat syurga 2. azab neraka 3. jasad sekalian nabi 4. jasad orang yang mati syahid 5. ruh 6. arasy 7. kursi 8. Luh mahfuz 9. Qalam
Dalil Aqli (Akal) :
Jika ALlah tidak bersifat baqa' tentulah ALlah akan binasa (fana'). Sedangkan fana' itu sifat baharu.
Akal menerima bahawa ALlah bersifat qidam (sedia). Andainya ALlah tiada bersifat baqa' maka tentulah ALlah juga tidak bersifat qidam. Hakikat ini tidak dapat diterima oleh logik akal.
|
|
|
Post by Kopiah on Nov 18, 2010 2:19:53 GMT -5
ALLah Tidak Sama Dengan Segala Yang Baharu (Mukhalafatuhu ta'ala lil hawadith)
Dalil Naqli
Firman ALLah :
ۚ (Surah As Syura :11)
Allah Ta'ala tidak sama dengan yang baharu pada sifatNya :
1. Sifat ALlah ta'ala memang sudah sedia ada bersamaNya.
2. Ta'aluq sifat ALlah menyeluruh, tetapi makhlukNya adalah terbatas pada setengah-setengah perkara.
ALlah Ta'ala tidak sama dengan yang baharu(makhlukNya) pada perbuatan :
1. Perbuatan ALlah ta'ala memberi kesan, manakala perbuatan makhluk tidak memberi apa-apa kesan ia adalah sekadar usaha sahaja.
2. Perbuatan ALlah ta'ala tidak berkehendak (tidak memerlukan) apa-apa perantaraan atau alat atau sebagainya.
3. Perbuatan ALlah ta'ala tidak memerlukan pembantu.
4. ALlah ta'ala tidak mengambil faedah daripada perbuatanNya.
5. Perbuatan ALlah Ta'ala tidak sia-sia.
ALlah tidaklah sama dengan segala makhlukNya bahkan dengan apa yang kita fikirkan samada dari segi sifat, zat dan perbuatan.
ALLah tidak sama dengan makhlukNya dari segi zat :
1. Zat ALlah bukan Jauhar - Benda yang halus yang boleh dibahagi seperti ruh dan angin
2. Zat ALlah bukan Jirim - Benda yang memerlukan ruang seperti manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan
3. Zat ALlah bukanlah Aradh - Iaitu sifat makhluk seperti besar dan kecil
4. Zat ALlah bukan berbentuk Juz'iyyah - Bahagian-bahagian yang membentuk sesuatu benda. Contohnya : Manusia mempunyai anggota badan seperti tangan, kaki, mata, tubuh badan yang membentuk diri mereka.
5. Zat ALlah tidak berjisim - iaitu benda nyata dan berbentuk seperti benda hidup dan benda mati.
6. Zat ALlah tidak berpihak - tidak berarah seperti hadapan, belakang, kiri dan kanan.
7. ALlah tidak bertempat - tidak memerlukan ruang tempat (jirim dan aradh)
8. Zat ALlah tidak bermasa - tidak memerlukan masa (jirim dan aradh)
Dalil aqli
Sekiranya ALlah sama atau serupa dengan yang baharu, maka ALlah ta'ala juga baharu. Logik akal tidak dapat menerima hakikat ini kerana ALlah ta'ala bersifat dengan sifat qidam (sedia) dan baqa' (kekal). Oleh itu, ALlah ta'ala tetap bersifat dengan Mukhalafatuhu ta'ala lil hawadith.
|
|
|
Post by Kopiah on Nov 18, 2010 4:14:41 GMT -5
ALlah bersifat Qiyamuhu Ta'ala bi nafsihi
Dalil Naqli :
Firman ALlah : (Surah Muhammad : 38)
dan Firman ALlah lagi : (Surah al Ankabut: 6)
ALlah ta'ala Maha Hebat, Maha Berkuasa. ALlah ta'ala tidak berkehendak (tidak memerlukan) kepada zat yang lain.
ALlah tidak memerlukan kepada apapun. Hanya makhlukNya (yang bersifat baharu) memerlukan kepada ALlah.
Dalil Aqli :
Jika ALlah tidak berdiri dengan sendirinya, tentulah Ia memerlukan zat yang lain. Maka ia adalah mustahil bagi ALlah. Jika ALlah memerlukan kepada yang menjadikanNya, ini membawa erti ALlah adalah baharu. Tentulah ia tidak dapat diterima oleh akal. Maha Suci ALlah daripada perkara tersebut.
|
|
|
Post by iqmalhakim on Nov 18, 2010 11:37:12 GMT -5
Alhamdulillah...syukran..
boleh akhi Kopiah kaitkan sifat 20 dengan Asma ul Husna ? setelah habis pelajaran ini...
kerana ana mendapati mereka2 yg men'kondem' sifat 20 ini mengatakan antaranya "mereka (Asyai'rah) hanya mempelajari sifat-sifat Allah tanpa mempelajari Nama-namaNYA.."
|
|
|
Post by Kopiah on Nov 18, 2010 11:51:03 GMT -5
Alhamdulillah...syukran.. boleh akhi Kopiah kaitkan sifat 20 dengan Asma ul Husna ? setelah habis pelajaran ini... kerana ana mendapati mereka2 yg men'kondem' sifat 20 ini mengatakan antaranya "mereka (Asyai'rah) hanya mempelajari sifat-sifat Allah tanpa mempelajari Nama-namaNYA.." Insya Allah, ulasan ini ustaz al ghazali boleh menjawabnya. Beliau lebih pakar mengenainya. JazakaLlah ^_^
|
|
|
Post by Kopiah on Nov 19, 2010 7:09:58 GMT -5
Wahdaniyah (Esa atau Tunggal)
Dalil Naqli
Firman ALlah : ]. (Surah al Baqarah : 163)
(Surah al Anbia' :22)
ALlah ta'ala esa pada zat, sifat dan perbuatan. Hakikat ini menafikan berbilang-bilang ALlah ta'ala pada zat, sifat dan perbuatan-Nya.
Keterangan yang berikut dapat dimanfaatkan untuk menolak segala kepercayaan yang membawa kepada menyekutukan ALlah ta'ala (syirik) yang menyamakan sesetengah sifat dan perbuatan manusia dengan sifat dan perbuatan ALlah ta'ala yang akhirnya membawa kepada kerosakan iman.
Huraian
ALlah Maha Esa pada zat
1. Zat ALlah ta'ala tidak tersusun secara organik sperti ada tulang, daging, darah dan sebagainya yang disebut kam muttasil pada zat.
2. Tidak ada zat yang lain sama atau serupa dengan zat ALlah ta'ala yang disebut kam munfasil pada zat.
ALlah Maha Esa pada sifat
1. Sifat ALlah ta'ala tidak berbilang pada satu-satu jenis seperti dua qudrah (dua kuasa) yang disebut kam muttasil pada sifat.
2. Tidak ada sifat yang lain sama dengan sifat ALlah ta'ala yang disebut kam munfasil pada sifat.
ALlah Maha Esa pada Perbuatan
1. Tidak ada perbuatan lain yang sama atau serupa dengan perbuatan ALlah ta'ala disebut kam munfasil pada perbuatan.
Dalil Aqli.
Jika ALLah ta'ala tidak esa, maka perbuatan ALLah juga tidak esa; iaitu ada kalanya bekerjasama dan adakalanya tidak bekerjasama. Jika bekerjasama umpamanya tuhan pertama membuat langit dan tuhan kedua membaut bumi. Maka nyatalah sifat lemah pada tuhan sebab perlu saling tolong menolong. Jika tidak bekerjasama tentu ketika itu ada tuhan berkuasa dan ada tuhan yang lemah.
Maka logik akal tidak dapat menerima tuhan yang lemah, dan jelaslah ALlah Maha Esa pada zat, sifat dan perbuatan-Nya. Kewujudan alam ini menjadi bukti keesaan ALlah ta'ala.
|
|
|
Post by alghazali on Nov 20, 2010 0:13:37 GMT -5
Alhamdulillah...syukran.. boleh akhi Kopiah kaitkan sifat 20 dengan Asma ul Husna ? setelah habis pelajaran ini... kerana ana mendapati mereka2 yg men'kondem' sifat 20 ini mengatakan antaranya "mereka (Asyai'rah) hanya mempelajari sifat-sifat Allah tanpa mempelajari Nama-namaNYA.." Ilmu Sifat 20 susunan para ulama' Kalam berteraskan dalil naqli dan aqli tentang sifat-sifat zat Allah s.w.t.. Sedangkan, kebanyakan Asma' Al-Husna adalah berkaitan dengan sifat-sifat af'aal (perbuatan) Allah s.w.t. yang mana sifat-sifat perbuatanNya kembali kepada sifat qudrah Allah s.w.t.. Ada juga para ulama' Asya'irah yang membahaskan tentang Asma' Al-Husna antaranya adalah seperti Imam Al-Baihaqi dalam kitab Al-ASma wa As-Sifat, Imam Al-Ghazali dalam kitab Al-Maqsad Al-Asna dan sebagainya. Maka, hendaklah kita faham beza perbahasan ilmu sifat 20 yang berkaitan khusus kepada sifat-sifat zat dengan perbahasan asma' al-husna yang lebih umum. Hati-hati dengan mereka yang sibuk mengetengahkan perbahasan "tauhid asma' wa sifat" namun perbahasan tersebut mengandungi unsur-unsur tajsim (menjisimkan Allah s.w.t.) dengan memahami nas-nas mutasyabihat dengan makna zahir. Wallahu a'lam...
|
|
|
Post by Kopiah on Nov 23, 2010 9:31:39 GMT -5
Qudrah ertinya berkuasa.
Dalil Naqli
1. Dalil Sifat Qudrah (berkuasa) ALlah ta'ala :
إِ(Surah al Baqarah :20)
Sifat yang qadim lagi azali yang berdiri pada zat ALlah ta'ala. Sifat ini memberi erti bahawa ALlah Robbul Jalil mempunyai kuasa untuk mengadakan atau meniadakan sesuatu yang mumkin (berkemungkinan) dengan berkesan, selaras dengan iradah-Nya (kehendak ALLah).
Kekuasaan ALlah memerintah dan mentadbir sekalian makhluk-Nya dengan sendirinya. ALLah berkuasa untuk menentukan dan mengubah perjalanan alam dan seluruh makhluk tanpa kecuali. Dan ALlah jualah yang menentukan dan mengubah nasib manusia.
Perbezaan di antara qudrah (kuasa) ALlah ta'ala dengan qudrah manusia.
Qudrah ALLah ta'ala
1. Qadim lagi azali (memang sudah ada pada zat ALLah ta'ala) 2. Hakiki (berkuasa mutlaq) 3. Memberi kesan dan bekas 4. Bersendiri (Tidak dikongsi dengan apa juapun) 5. Tiada batasan
Qudrah manusia
1. Baharu (akan hancur, binasa, tidak kekal) 2. Ikhtiyari (manusia hanya mampu berusaha memilih dan tetap tertakluk pada kekuasaan ALlah) 3. Tidak memberi bekas atau kesan atas apa yang dibuatnya. - contoh : perbuatan manusia makan nasi tidak akan memberi kekenyangan kecuali atas kekuasaan ALlah yang memberi kenyang. 4. Berharap pada yang lain. - contoh : Manusia memerlukan pertolongan, alat bantuan, pancaindera, dan amat bergantung kepada ALlah. 5. Ada batasan.
***
Qudrah ALlah ta'ala yang menentukan keberkesanan usaha dan ikhtiyar manusia. Walaupun manusia mempunyai daya akal dan daya tenaga dengan berbagai-bagai penciptaan. Namun daya manusia tidak dapat memastikan keberkesanannya.
Belum tentu apa yang dibuat oleh manusia berjaya, memberi kesan, dapat mengubah sesuatu. Bahkan banyak yang dilihat adalah kegagalan dan akhirnya hancur binasa. Sekiranya berjaya ia adalah dengan izin ALlah. Ini kerana manusia adalah amat lemah. Kita kenyang kerana ALLah yang memberi kita kenyang, kita sakit dan memerlukan ubat sedangkan ubat dan apa jua tidaklah memberi kesembuhan melainkan kekuasaan ALlah yang memberi kesembuhan. Lihatlah berapa ramai yang tidak sembuh dari sakitnya. Ada manusia yang ingin mengubah wajahnya agar menjadi cantik, tetapi cantiknya itu akan pudar juga dan pasti akan hancur bila berada di dalam kubur. Sedang kecantikan itu tiada manfaat pada dirinya di alam kubur.
Manusia berusaha mencari jalan agar berumur panjang, bahkan ada juga yang tidak mahu memikirkan kematian kerana terlalu disibukkan dengan dunia. Malangnya kematian sentiasa berlaku tanpa mengira masa, kerana kekuasaan-Nya yang mencabut segala kelazatan yang ada pada diri kita.
Oleh itu, yang menentukan kejayaan hidup manusia bukanlah manusia atau alat-alat ciptaannya, tetapi ALlah ta'ala. Sebab itu kita berusaha bersungguh-sungguh, dengan bersungguh-sungguh kita berdoa dan bertawakal kepada ALLah ta'ala.
|
|
|
Post by Kopiah on Dec 2, 2010 4:32:42 GMT -5
ALlah bersifat Iradah (Berkehendak)
Iradah ertinya berkehendak, berkemahuan, berkeinginan.
Dalil naqli :
(Surah al Qasas : 68)
Sifat iradah suatu sifat yang qadim lagi azali yang berdiri pada zat ALlah ta'ala. Dengan sifat ini ALlah ta'ala menghendaki pada menentukan segala yang mumkin (sesuatu yang mungkin ada atau tiada, yang hidup atau mati) .
ALlah yang menghendaki samada telah berlaku sedang berlaku atau akan berlaku. Jelasnya iradah adalah kemahuan untuk menentukan sesuatu perkara.
Manakala Qudrah (kuasa) yang menentukan iradah (kehendak atau kemahuan) berlaku atau terjadi.
Manusia juga mempunyai kehendak (kemahuan dan keinginan), namun tidak semua kehendak tercapai. Hanya apabila kehendak itu diizinkan ALlah dengan iradah-Nya barulah kehendak manusia itu menjadi kenyataan.
|
|
|
Post by Kopiah on Dec 2, 2010 4:34:49 GMT -5
ALlah Maha Mengetahui (Ilmu)
Firman ALlah ta'ala yang bererti :
(Al Baqarah:29)
Ilmu ertinya mengetahui. Iaitu sifat yang qadim lagi azali yang berdiri pada zat ALlah ta'ala. ALlah ta'ala mengetahui dengan nyata dan terang akan tiap-tiap sesuatu. Samada yang maujud (ada) atau yang ma'dum (tiada).
ALLahu ALlah... Dialah yang mengetahui apa yang tersembunyi, yang tersirat di dalam jiwa manusia, jin dan segala makhluk-Nya. Tiada satupun yang terlepas dari pengetahuan ALlah. Tentunya jika manusia menyedari kehebatan ALlah yang Maha Mengetahui ini, makin dekat diri dengan ALlah. Semakin banyak berfikir sebelum berbuat sesuatu perkara yang boleh menimbulkan kerosakan di mukabumi.
Apa yang belum ada atau yang telah ada, yang nyata atau tidak nyata, walau bagaimana halus atau besar sekalipun. Dari sekecil-kecil atom (itu yang baru diketahui manusia) bahkan lebih dari itu ALlah amat mengetahui tentangnya.
Ilmu manusia - amatlah terbatas. Kita tidak boleh berbangga dengan ilmu yang sedikit kerana ia adalah kepunyaan ALlah. Semua ilmu yang kita tahu selama ini rupa-rupanya adalah berpunca dari ALlah. Siapalah kita dibanding dengan ALlah sehingga boleh menjadi seorang yang bongkak dan takbur.
Tentulah mereka yang menyedari sifat ALlah ini akan sedar dirinya adalah terlalu kerdil dan hamba.
|
|
|
Post by Kopiah on Dec 20, 2010 2:33:18 GMT -5
Allah bersifat Hayat (Hidup)
Dalil Naqli
1. Dalil sifat hayat (Hidup) ALlah ta'ala :
"(surah al Baqarah : 255)
Hayat ertinya hidup. Sifat hayat adalah suatu sifat yang qadim lagi azali yang berdiri pada zat ALlah ta'ala.
ALlah hidup tanpa nyawa, nafas. Tidak juga dengan bertubuh badan dan tidak makan serta minum.
Sifat Hayat (Hidup) menjadi punca atau asas bagi sifat-sifat ALlah yang lain iaitu Qudrah, Iradah, Ilmu, Sama', Basor dan Kalam (Sifat Idrak). Tanpa Hayat maka sifat-sifat lain juga tiada.
Perbezaan hayat (hidup) ALlah ta'ala dengan hayat (hidup) manusia :
Hayat ALlah Ta'ala
1. Qadim lagi azali 2. Tiada tempoh masa (kekal) 3. Tidak bernyawa 4. Tidak bernafas 5. Tidak bertubuh badan 6. Tidak makan dan minum 7. ALlah menghidupkan makhluk yang lain
Hayat Manusia
1. Bersifat baharu (pasti hancur, musnah, mati) 2. Ada tempoh masa 3. Bernyawa 4. Bernafas 5. Bertubuh Badan 6. Makan dan Minum 7. Dihidupkan
Dalil Aqli
Jika ALlah ta'ala tidak bersifat dengan sifat Qudrah, Iradah, Ilmu dan Hayat. Maka tentulah tidak ada alam ini dan segala yang baharu (makhluk). Hendak mengatakan tiada alam ini adalah mustahil kerana alam ini telah ada. Maka pastilah dengan logik akal ALlah ta'ala bersifat dengan keempat-empat sifat tersebut. Kerana dengan qudrah, iradah. ilmu dan hayatnya ALlah ta'ala dapat mencipta alam ini.
|
|
|
Post by Kopiah on Dec 28, 2010 9:55:52 GMT -5
Allah Maha Mendengar dan Maha Melihat (Sifat sama’ dan Basar)
Dalil Naqli :
Firman Allah yang bererti :
Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat (Surah al Haj : 61)
Sama’ = ertinya mendengar
Basar = ertinya melihat.
Sifat sama’ dan basar ialah sifat yang qadim lagi azali berdiri pada zat Allah ta’ala. Dengan sifat ini, Allah mendengar tanpa telinga dan melihat tanpa mata dengan jelas dan nyata segala yang ada.
Tidak ada yang dapat menghalang pendengaran penglihatan ALLah ta’ala, tidak ada batasan jauh atau dekat pendengaran dan penglihatan dan tidak ditentukan bunyi atau objek dan tidak ditentukan oleh cuaca terang atau gelap.
Semuanya dapat dilihat dan didengar oleh ALah ta’ala.
Manusia juga dapat mendengar dan melihat, tetapi pendengaran dan penglihatan manusia ditentukan oleh berbagai-bagai alat bantuan dan terbatas.
Perbezaan pendengaran dan penglihatan di antara Allah dan manusia :
Pendengaran dan Penglihatan ALLah :
tidak dengan telinga dan mata tidak dengan suara atau objek tanpa halangan tanpa batasan tidak terpengaruh dengan keadaan dan suasana tanpa alat Bantu.
Pendengaran dan Penglihatan manusia :
dengan telinga dan mata dengan suara dan objek ada halangan ada batasan dipengaruhi oleh keadaan dan suasana memerlukan alat bantu
|
|