Post by alghazali on Nov 18, 2010 12:52:39 GMT -5
PERISTIWA GAJAH
Setelah Abrahah memerintah Yaman, dia amat cemburu kepada Kaabah yang mulia itu dan cuba untuk memalingkan orang Arab dari menziarahinya, maka dia telah membina sebuah tempat ibadah yang besar sehabis hebat dinamakan dengan Al-Qullais dan membawa orang Yaman menuju kesana dan beribadat di dalamnya, tetapi dia tidak berjaya dan dia bertambah maraha apabila salah seorang Badui bermain main dan mengotorkannya. Dia bersumpah untuk meruntuhkan Kaabah, dia telah menyediakan tentera jalan kaki yang banyak yang mengiringi gajah gajah itu, di hadapannya seekor gajah besar yang termashyur di sisi mereka.
Ababila orang Arab mengentahui niat Abrahah itu mereka menyekatnya, tetapi mereka tidak berjaya untuk menhan kemaraannya, sehinggalah apabila tentera Abrahah sampai ke al Mughammas iaitu sebuah tempat di antara Taifdan Mekah dibawa kepadanya harta Tihamah daripada orang Quraisy dan lainya, harta itu termasuklah dua ratus ekor unta kepunyaan Abdul Mutalib bin Hashim, hampir hampir orang Quraish dan kabilah Arab memerangi Abrahah tetapi mereka dapati diri mereka tidak berupaya untuk menentangnya maka mereka berpecah tanpa berlaku peperangan.
Abrahah telah mengutuskan kepada Abdul Mutalib bahawa kedatangannya bukan datang untuk memerangi mereka tetapi kedatangan mereka adalah untuk meruntuhkan Kaabah, jika kabilah Arab membiarkannnya dan apa yang ia mahu maka ia tidak lagi memerlukan darah mereka, maka Abdul Mutalib pergi berjumpa dengan Abrahah, apabila Abdul Mutalib masuk sahaja Abrahah turun dari katilnya dan duduk diatas hamparan dan mendudukkan Abdul Mutalib disebelahnya memuliakan dan mengagongkannya, maka Abdul Mutalib meminta dari nya supaya mengembalikan kepadanya unta untanya yang diambil itu. Abrahah berkata :”Engkau menghairankan aku ketika aku melihat engkau dan aku bercermat pada mu ketika engkau bercakap kepada ku, engkau meninggal kaabah ia adalah agamamu dan agama datuk nenek mu, aku datang untuk meruntuhkannya dan engkau berkata kepada ku tentang dua ratus ekor unta yang aku ambil dari kepunyaan mu ? Abdul Mutalib menjawab aku adalah tuan unta itu dan kaabah itu tuhan akan menjaganya”.
Abrahah berkata itu tidak menjadi halangan kepada aku, maka Abdul Mutalib menjawab :”Engkau dan unta itu”, kemudian Abrahah memberi balik unta kepada Abdul Mutalib.
Abdul Mutalib memerintahkan orang Quraish keluar daripada Mekah dan berlindung dilereng bukit, Beliau sendiri menuju ke pintu Kaabah dan bergantung di pintu itu bersama dengan beberapa orang Quraisy mereka berdoa kepada Allah dan meminta pertolongannya. Tentera Abrahah telah bertolak ke Mekah, ketika hampir dengan Mekah gajah yang besar itu duduk tidak mahu memasuki Mekah dan mereka telah penat memaksanya untuk menyerang Mekah. Ketika mereka menghalakan gajah ini ke haluan selain dari Mekah, gajah ini bangan dan lari segera.
Kehendak Allah untuk memusnahkan Abrahah dan tenteranya, maka Allah telah utuskan ke atas mereka kumpulam burung, burung burung ini mula melemparkan batu keatas mereka dan mereka semua musnah dan jatuh sepertilah daun daun pokok yang kering dan carik sebagiamana diceritakan oleh Al - Quranul Karim dalam surah Al -Fil yang bermaksud:
“Tidakkah engkau lihat wahai Muhamad, bagaimankah tuhan mu telah lakukan kepada tentera bergajah, Adakah tidak tuhan menjadikan tipu daya mereka itu dalam kesesatan dan Allah utuskan keatas mereka burung “Ababil”, burung burung ini melontarkan kepada mereka dengan batu batu kecil dari tanah keeras maka jadilah mereka seperti daun yang dimakan ulat”.