Post by abuzulfiqar on Nov 28, 2010 9:31:33 GMT -5
Tabah Menghadapi Cubaan
“Siapa yang akan beroleh limpahan kebaikan daripada Allah terlebih dahulu akan diberinya cubaan.”
(Buhari & Muslim)
“Tiada satu musibahpun yang menimpa diri seseorang Muslim baik berupa kesusahan dan penderitaan, kesedihan dan kedukaan mahupun penyakit, bahkan kerana sepotong duri yang menyucuk anggotanya kecuali dihapuskan Allah kerana itu sebahagian daripada kesalahan-kesalahannya."
(Bukhari & Muslim)
“Tiada seorang Muslim pun yang ditimpa kesakitan mulai daripada tusukan duri sehingga kepada yang lebih berat daripada itu kecuali dihapuskan Allah kerana itu keslahan-kesalahannya tak ubah seperti pohon yang menggugurkan kayu-kayu dan daun-daunnya.”
(Bukhari)
Fadhilat Menziarahi Orang sakit
“Sesiapa yang menziarahi orang sakit, maka akan terdengarlah seruan dari langit: Baik sekali perbuatan kamu, baik sekali kunjungan kamu, dan kamu telahpun menyediakan satu tempat tinggal di dalam syurga.”
(Muslim)
“Setiap Muslim yang menjenguk Muslim lainnya pada waktu pagi akan didoakan oleh 70,000 malaikat sampai ke petang, dan jika ia menziarahinya pada waktu petang, akan didoakan oleh 70,000 malaikat hingga ke waktu pagi, sedangkan di dalam syurga tersedia buah-buahan yang telah dipetik.”
(Turmizi)
Berubat Menggunakan Mentera & Tangkal
“Semasa jahilliyyah kami melakukan engubatan dengan mentera. Lalu kami tanyakan: Ya Rasulullah, bagaimana pendapat anda dalam hal ini? Jawab baginda: Cuba bawa kepadaku mentera tuan-tuan itu. Mentera tidak apa-apa jika tidak mengandungi kemusyrikan.”
(Muslim & Abu Daud)
“Jika salah seorang daripada kamu menagalami ketakutan di waktu tidur, hendaklah ia mengucapkan doa yang ertinya………….. maka syaitan itu takkan dapat menimpakan bencana kepadanya.”
Abdullah bin Amar ajarkan doa ini kepada anak-anaknya yang telah mengerti. (Anak-anak) yang kecil lagi, ditulisnya di kain lalu digantungnya di leher.”
(Abu Daud, An-Nasa’I, Turmizi & Al Hakim)
Doa dan Zikir di Sisi Mayat
“Jika kamu menjenguk orang yang sakit atau melawat orang yang meninggal, hendaklah kamu mengucapkan kata-kata yang baik kerana para malaikat akan turut mengaminkan apa-apa yang kamu ucapkan itu.”
(Muslim & Ahmad)
Hal-hal yang Sunat Ketika Ajal
* Ajarkan Laailaahaillallah kepada yang tidak berdaya
* Menghadapkannya ke arah kiblat dalam keadaan berbaring pada sisi badan yang kanan
* Baca surah Yaasin
* Tutup kedua matanya
* Tutup dengan kain (boleh cium mayat)
* Bayar hutangnya. Jika mati ada harta- kena bayar hutang. Mati tak ada harta tetapi memang berniat nak bayar- Allah akan bayar. Mati ada harta tapi waris tak bayar- Allah akan bayar.
* Umumkan kematian seseorang kepada kaum kerabat, handai taulan dan orang-orang soleh.
Berkabung
Isteri boleh berkabung selama 3 hari kerana kematian kaum keluarga tetapi mesti dengan izin suami. Kalau suami meninggal dunia, tempoh berkabungnya ialah 4 bulan 10 hari.
Sediakan Makanan
Sunat sediakan makanan untuk keluarga si mati berdasarkan hadith:
“Buatlah makanan untuk keluarga Jaafar kerana mereka sedang ditimpa musibah yang memberatkan mereka (akibat kematian Jaafar).:
(Abu Daud, Muslim & Turmizi)
Kita boleh sediakan kain kafan atau lubang kubur untuk diri kita sendiri. Boleh juga mewasiatkan agar kita ditanam di mana-mana.
bersambung...