Post by Kopiah on Nov 17, 2010 14:09:39 GMT -5
Ahlan Wa sahlan dan terima kasih diucapkan kepada ahli Ad-Deen yang mendaftar di portal ini.
Kepada ahli Ad Deen yang dirahmati Allah, Kami mengalu-alukan kedatangan sahabat sekalian serta perkongsian ilmu. Diharap dapat memberikan kerjasama mematuhi peraturan yang telah ditetapkan untuk kebaikan kita bersama :
1. Ahli tidak dibenarkan untuk:
1.1. Memulakan thread atau membalas topik dengan HURUF BESAR. Sila mulakan topik seperti ini : Islam Itu Indah
1.2. Melakukan SPAM ( iaitu hanya mengepost sekadar 2 atau tiga perkataan, atau meletakkan ikon senyum semata-mata, Ya, Tidak – diharapkan dapat memberikan input yang bermanfaat)
1.3. Membuka topik atau membalas topik yang dapat menimbulkan perbalahan dan permusuhan dan menyentuh sensitiviti kaum dan agama.
1.4. Membuka topik yang berulang. Diharap dapat menggunakan butang ‘SEARCH’ sebelum membuka topik yang baru.
1.5. Perbincangan yang keluar dari topik yang dibuka.
1.6. Salah meletakkan topik di KATEGORI yang salah. Contoh : bercerita tentang KUCING tetapi diletakkan di kategori KENDERAAN.
1.7. Mengambil artikel tanpa diselidiki kebenaran artikel tersebut sehingga boleh menimbulkan fitnah.
1.8. Memberikan dalil melalui hadith tanpa dinyatakan nama perawi – lebih elok disertakan sekali darjat hadith tersebut samada Sahih, Hasan atau Dhoief. Atau memberikan dalil dari al Quran tanpa dinyatakan surah dan ayatnya.
1.9. Menulis perkataan yang kesat, memaki hamun hingga menimbulkan perkelahian antara ahli.
1.10 Menghantar gambar, video klip dan icon yang berbentuk lucah
1.11. Meletakkan tajuk atau persoalan yang kabur dan tidak jelas sehingga menimbulkan kekeliruan.
1.12. Mereka topik yang mengajak kepada umpatan, (kecuali atas dasar yang penting melibatkan agama dan kemaslahatan ummah).
1.13. Membincangkan isu-isu politik yang berbentuk khabar angin, tidak disertai dengan fakta. Serta menggunakan perkataan yang tiada adab kepada mana-mana parti politik.
1.14. Membuat tuduhan tanpa ada bukti ke atas mana-mana parti politik
1.15. Terlalu taksub dengan parti politik sehingga merasakan parti yang anda ikuti sahaja yang benar.
1.16. TIDAK DIBENARKAN MENDAFTAR LEBIH DARI SATU AKAUN.
Sila gunakan username yang bermaksud baik/elok dan tidak provokatif.
2. Peraturan dalam bahagian Aqidah, Syariah, Tasawuf, Tamadun, dan bahagian lainnya
Ahli TIDAK DIBENARKAN :
2.1. Menuduh bid’ah sesat, mengkafirkan, menghukum musyrik tanpa hak ke atas Ulamak Muktabar, umat Islam dan jemaah Islam yang lain.
2.2. Membuka soalan yang berulang. Sila gunakan butang SEARCH untuk mencari persoalan yang telah dikemukakan oleh ahli Ad-Deen.
Peraturan Tambahan :
2.3. Ustaz/Ustazah atau ahli yang menjawab persoalan agama akan memberi jawapan berdasarkan aqidah Ahlu Sunnah Wal Jama’ah (Asya’irah dan al Maturidiyyah – Majoriti pegangan Umat Islam di Malaysia) dan Mazhab Syafie kecuali sekiranya perlu kepada pandangan dari mazhab lain atau yang berkaitan dengan hukum hakam yang berbentuk kontemporari yang tiada disentuh oleh Mazhab Syafie mengikut keperluan.
2.5. Persoalan yang telah dijawab akan dikunci. Sekiranya timbul persoalan tambahan dari thread yang dikunci, Ahli boleh menghantar PM (Private Message) kepada Moderator untuk menjawab atau membuka kembali thread tersebut.
3. Sekiranya ahli melanggar peraturan ini. Admin/Moderator Ad-Deen berhak untuk
3.1. mengedit tulisan atau topik yang dikirim
3.2. membuang tulisan/topik ahli dari pangkalan data (tindakan DELETE)
3.3. menyingkir ahli (tindakan BAN)
4. Perbuatan ahli yang boleh diberikan tindakan BAN setelah berulang kali dinasihati ialah :
4.1. tidak mengikut peraturan yang telah ditetapkan
4.2. menjatuhkan maruah ahli yang lain
4.3. membangkitkan, mewujudkan permusuhan, kacau bilau di dalam forum
4.4. bersepakat dengan ahli lain untuk menimbulkan permusuhan, kekecohan di dalam forum.
Selamat berforum di Ad-Deen dalam keadaan harmoni dan mengeratkan silaturrahim.
.:Bahagian Pentadbiran:.