|
Post by barubelajar73 on Dec 17, 2010 3:09:04 GMT -5
) Bila Tuhan menjadikan Adam, Dia menurunkan aku dalam dirinya(Adam). Dia meletakkan aku dalam Nuh semasa di dalam bahtera dan mencampakkan aku ke dalam api dalam diri Ibrahim. Kemudian meletakkan aku dalam diri yang mulia-mulia dan memasukkan aku ke dalam rahim yang suci sehingga Dia mengeluarkan aku dari kedua ibu-bapa ku. Tiada pun dari mereka yang terkeluar. Ibn Abi `Umar al-`Adani meriwayatkan dalam 'Musnad' dan, al-Tilimsani
2)Ali ibn al-Husayn daripada bapanya daripada datuknya berkata bahawa Rasullullah s.a.w berkata: "Aku adalah cahaya dihadapat Tuhanku selama empatbelas ribu tahun sebelum Dia menjadikan Adam a.s.
o Imam Ahmad dalam Fada'il al-sahaba (2:663 #1130), o Dhahabi dalam Mizan al-i`tidal (1:235), dan o al-Tabari dalam al-Riyad al-nadira (2:164, 3:154).
|
|
|
Post by alghazali on Jan 1, 2011 11:55:45 GMT -5
) Bila Tuhan menjadikan Adam, Dia menurunkan aku dalam dirinya(Adam). Dia meletakkan aku dalam Nuh semasa di dalam bahtera dan mencampakkan aku ke dalam api dalam diri Ibrahim. Kemudian meletakkan aku dalam diri yang mulia-mulia dan memasukkan aku ke dalam rahim yang suci sehingga Dia mengeluarkan aku dari kedua ibu-bapa ku. Tiada pun dari mereka yang terkeluar. Ibn Abi `Umar al-`Adani meriwayatkan dalam 'Musnad' dan, al-Tilimsani Ia adalah suatu hadis riwayat Saidina Ibn Abbas r.a. sebagaimana dalam kitab-kitab hadis. Lafaznya: إِنَّ قُرَيْشًا كَانَتْ نُورًا بَيْنَ يَدَيِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ قَبْلَ أَنْ يَخْلُقَ آدَمَ بِأَلْفَيْ عَامٍ ، يُسَبِّحُ ذَلِكَ النُّورُ ، فَتُسَبِّحُ الْمَلَائِكَةُ بِتَسْبِيحِهِ ، فَلَمَّا خَلَقَ اللَّهُ آدَمَ ، جَعَلَ ذَلِكَ النُّورَ فِي صُلْبِهِ ، قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " فَأَهْبَطَهُ اللَّهُ إِلَى الْأَرْضِ فِي صُلْبِ آدَمَ ، فَجَعَلَهُ فِي صُلْبِ نُوحٍ فِي السَّفِينَةِ ، وَقُذِفَ فِي النَّارِ فِي صُلْبِ إِبْرَاهِيمَ ، وَلَمْ يَزَلْ يَنْقِلُنِي مِنْ أَصْلَابِ الْكِرَامِ إِلَى الْأَرْحَامِ , حَتَّى أَخْرَجَنِي مِنْ بَيْنِ أَبَوَيَّ ، لَمْ يَلْتَقِيَا عَلَى سِفَاحٍ قَطُّ " . Sesungguhnya Quraisy adalah suatu cahaya di sisi Allah sebelum Allah menciptakan Adam dalam tempoh dua ribu tahun. Cahaya tersebut bertasbih kepada Allah lalu para malaikat bertasbih dengan tasbih Quraisy tersebut. Setelah Allah ciptakan Adam, Allah s.w.t. jadikan cahaya tersebut dalam sulbinya. Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah s.w.t. menurunkan aku dalam dirinya(Adam). Dia meletakkan aku dalam Nuh semasa di dalam bahtera dan mencampakkan aku ke dalam api dalam diri Ibrahim. Kemudian meletakkan aku dalam diri yang mulia-mulia dan memasukkan aku ke dalam rahim yang suci sehingga Dia mengeluarkan aku dari kedua ibu-bapa ku. Tiada pun dari mereka (nasab Nabi s.a.w. ke atas) yang lahir daripada perbuatan kotor (zina). Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ibn Hajar Al-Asqolani dalam Al-Matlab Al-'Aliyyah (no: 4209). SAnadnya adalah Menurut Ibn Hajar: Ibn Abi Umar meriwayatkan daripada Umar bin Khalid daripada Muhammad bin Abdillah Al-Halabi daripada Abdillah bin Al-Furat daripada Uthman bin Ad-Dhahhak daripada Ibn Abbas r.a.. Begitu juga Kitab As-Syariah oleh Imam Al-Ajurri. Riwayat ini mengandungi perawi bernama Abdullah bin Al-Furat dan Uthman bin Ad-Dhahhak. Berkenaan Abdullah bin Al-Furat maka Imam Az-Zahabi menyebutnya sebagai orang yang tidak kurang dikenali atau nakirah. Adapun Uthman bin Ad-Dhahhak maka Imam Abu Ubaid Al-Ajurri berkata, saya bertanya Abu Daud tentang Ad-Dhahhak bin Uthman maka beliau berkata: Ad-Dhahhak adalah thiqah dan anaknya Uthman adalah dhaif. Pun begitu, Imam Ibn Hibban menyebut namanya dalam kitab At-Thiqqat. Rujuk kitab Tahzib Al-Kummal. Miuhammad bin Abdillah Al-Halabi pula adalah seorang yang majhul (tidak dikenali) di sisi para pengkaji hadis. Imam Abu Hatim berkata, aku tidak mengenalinya. Maka, hadis ini diriwayatkan oleh orang yang diperselisihkan ulama' mengenainya seperti Uthman bin AD-Dhahhak dan orang yang tidak dikenali seperti Muhammad Al-Halabi dan Abdullah bin Al-Furat. Dengan sebab inilah mungkin ada para ulama' menganggap hadis ini dhaif. Walaupun begitu, hadis dhaif boleh digunakan dalam fadha'il iaitu kelebihan amalan atau kelebihan sesuatu kaum dan sebagainya. Wallahu a'lam...
|
|
|
Post by alghazali on Jan 1, 2011 12:16:45 GMT -5
2)Ali ibn al-Husayn daripada bapanya daripada datuknya berkata bahawa Rasullullah s.a.w berkata: "Aku adalah cahaya dihadapat Tuhanku selama empatbelas ribu tahun sebelum Dia menjadikan Adam a.s. o Imam Ahmad dalam Fada'il al-sahaba (2:663 #1130), o Dhahabi dalam Mizan al-i`tidal (1:235), dan o al-Tabari dalam al-Riyad al-nadira (2:164, 3:154). Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Fadha'il As-Sahahbah (no: 1130) dengan lafaz: كُنْتُ أَنَا وَعَلِيٌّ نُورًا بَيْنَ يَدَيِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ ، قَبْلَ أَنْ يَخْلُقَ آدَمَ بِأَرْبَعَةَ عَشَرَ أَلْفَ عَامٍ ، فَلَمَّا خَلَقَ اللَّهُ آدَمَ قَسَمَ ذَلِكَ النُّورَ جُزْءَيْنِ ، فَجُزْءٌ أَنَا ، وَجُزْءٌ عَلِيٌّ عَلَيْهِ السَّلامُ " . Maksudnya: "Aku dan Ali adalah cahaya di hadapan Allah sebelum Allah s.w.t. menciptakan Adam selama 14 ribu tahun... begitulah seterusnya" Ia juga diriwayatkan oleh Imam Ibn 'Asakir dalam tarikh DImasyq (no hadis: 16772) Dalam riwayat ini mengandungi seorang perawi bernama Al-Hasan Al-'Adawi. Al-Jurjani berkata: ضع الحديث...وللعدوي على أهل البيت أحاديث قد وضعها غير ما ذكرت Beliau adalah pemalsu hadis.... Bagi al-Adawi ini ada hadis tentang ahlul bait yang dia reka tanpa aku sebutkan di sini... Imam Ibn Hibbah berkata: لا يشك أن حديثه موضوع Maksudnya: Tidak syak lagi bahawa hadisnya palsu. Imam Ad-Darqutni berkata: متروك Maksudnya: Orang yang Ditinggalkan Rujuk Mizan Al-I'tidal dan sebagainya. Maksudnya, dengan jalan Al-Hasan Al-'Adawi ini, maka hadis ini tidak boleh digunakan kerana perawinya adalah pemalsu hadis dan ianya membawa kepada darjat maudhu' iaitu hadis palsu. Imam AS-Syaukani juga menyebut hadis seumpama ini sebagai maudhu' direka oleh Syiah [Al-Fawa'id Al-Majmu'ah, no hadis: 1077] Begitu juga oleh Imam As-Suyuti dalam Al=La'ie Al-Masnu'ah. Wallahu A'lam..
|
|