|
Post by refah00 on Jan 18, 2011 3:09:27 GMT -5
Assalamualaikum.Buat para Asatizah di sini, saya ada satu soalan.Ada golongan yang kata diorang berpandukan al-Quran saja.Kalau hadis pun terima hadis Qudsi saja.Macam mana kita nak jawab dengan golongan ni?
|
|
|
Post by Kopiah on Jan 20, 2011 3:48:22 GMT -5
Oleh : BAHEIS
PENJELASAN TERHADAP FAHAMAN ANTI HADITH
TUJUAN
Buku ini bertujuan untuk memberi maklumat dan penjelasan kepada orang ramai mengenai fahaman Anti Hadith supaya orang-orang Islam dan masyarakat menjauhi dan tidak terpengaruh dengan fahaman ini dan menyedarkan kumpulan tersebut bahawa fahaman mereka adalah bercanggah dan terkeluar dari ajaran Islam.
LATARBELAKANG
Isu mengenai Anti Hadith di Malaysia bermula pada tahun 1986 ekoran daripada penulisan sebuah buku bertajuk "Hadis Satu Penilaian Semula" tulisan Kassim Ahmad. Di dalam buku tersebut, beliau cuba mengupas masalah perpecahan ummah dan menurutnya keimanan kepada Hadith sebagai sumber rujukan selepas Al-Quran adalah meniadi punca utama perpecahan ummah. Dengan demikian, beliau menggesa umat Islam supaya meninggalkan Hadith kerana menurut beliau Hadith adalah “ palsu " dan " omong-omong " yang menyesatkan manusia dari jalan Tuhan. Beliau sebaliknya menyarankan supaya umat Islam merujuk kepada Al-Quran sahaja sebagai panduan hidup.
Pengarang buku tersebut telah mempersoalkan autoriti hadith dan memberikan beberapa gambaran yang mengelirukan mengenainya. Beliau juga telah menuduh bahawa hadith adalah rekaan semata-mata dan beliau menolak kewibawaan ulama'- ulama' hadith.
Berikutan daripada itu, pada 19 Jun 1986 Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah meneliti secara khusus terhadap buku berkenaan dan seterusnya menyimpulkan bahawa buku tersebut bercanggah dengan ajaran Islam dan orang yang menolak Hadith sebagai sumber hukum adalah terkeluar dari ajaran Islam.
Jawatankuasa Fatwa juga telah mengesyorkan kepada Kementerian Dalam Negeri supaya buku tersebut diharamkan. Pada 10 Julai 1986, Kementerian Dalam Negeri secara rasminya telah mewartakan pengharaman buku tersebut.
KESESATAN FAHAMAN ANTI HADITH
Kesesatan kumpulan yang berpegang kepada fahaman Anti Hadith dapat dilihat penyelewengan mereka dalam bidang- bidang seperti berikut:
1. Aqidah 2. Syariah 3. Akhlak
1. PENYELEWENGAN DARI SUDUT AQIDAH
(a) Menolak Hadith Secara Total Sebagai Sumber Aqidah dan Perundangan Islam
Antara bahan-bahan penulisan mereka yang memuatkan fahaman ini ialah:
(i) Buku "Hadis Satu Penilaian Semula" tulisan Kassim Ahmad:
"Hadis atau Sunnah Nabi suatu ajaran palsu yang muncul antara 200-250 tahun kemudian dan yang dikaitkan dengan Nabi Muhammad" (Hal. 1
"Satu daripada kuasa-kuasa palsu yang dipegang oleh umat Islam lebih seribu tahun ialah Hadis/ Sunnah" (hal. 20)
"Kebanyakan hadis merupakan 'omong kosong' yang menyesatkan manusia dari jalan Tuhan tanpa pengetahuan" (hal. 91).
"Hadis merupakan pandangan dan pendapat manusia yang tidak terjamin kebenaranya. Ia tidak lebih daripada tekaan dan agakkan" (hal. 112).
(ii) Buku "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" tulisan Kassim Ahmad
"Tesis-tesis saya dalam buku ini ialah bahawa umat Islam telah membelakangkan Quran selama kira-kira 1,000 tahun dan ini telah menyebabkan kejatuhan mereka. Dan bahawa ajaran Hadis/Sunnah sebagai sumber hukum merupakan suatu perkembangan dan ajaran baru yang muncul kira-kira tiga ratus tahun setelah Nabi Muhammad wafat, tanpa izin Nabi, dan tidak mempunyai autoriti dalam Quran dan sejarah". (hal. 12)
(iii) Buku "The Computer Speaks: God's Message to The world" tulisan Dr. Rashad Khalifa
"Hadith and Sunnah are false doctrines, and that we shall uphold Quran, the whole Quran and nothing but the Quran".
"Hadith, Sunnah and regulation made up by various imams are false doctrines sponsored by satan". (hal. 507)
iv) Risalah lqra, Syaaban 1415/Januari 1995
"Imam-imam penulis hadis juga telah membawa fahaman baru, iaitu hadis qudsi: ...............kepercayaan seperti ini tidak lain daripada khurafat yang paling dahsyat". (hal. 3)
ULASAN
Al-Quran dan hadith adalah dua sumber rujukan utama umat Islam di dalam kehidupan mereka di dunia ini. Al-Quran sendiri telah memperakui kedudukan sunnah. Allah S.W.T. sendiri telah menentukan tugas Rasulullah s.a.w. di dalam menyampaikan syariatnya. Kelahiran sunnah adalah ketetapan dan arahan wahyu Allah. Antara kedudukan sunnah yang dinyatakan oleh Al-Quran:
(i) Al-Quran memperakui bahawa Nabi Muhammad s.a.w. tidak bertutur mengenai Islam berdasarkan hawa nafsu, malah ia adalah wahyu dari Allah, sepertimana firman Allah yang bermaksud:
"Dan ia (Muhammad) tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakan itu (sama ada Al-Quran atau Hadith) tidak lain melainkan wahyu yang diwahikan kepadanya" (An-Najm ayat 3-4)
(ii) Al-Quran sendiri menyuruh umat Islam menerima segala apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. sebagaimana firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
"....Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasuluilah (s.a.w.) kepada kamu, maka terimalah serta amalkan dan apajua yang dilarangnya kamu melakukannya maka patuhilah larangannya ..................... (Al-Hasyr ayat 7)
(iii) Al-Quran mengarahkan supaya mentaati Rasulullah s.a.w. sesudah mentaati Allah S.W.T. dan Baginda merupakan tempat rujukan dalam menyelesaikan sesuatu masalah, sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasulullah dan kepada Ulil Amri (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah- bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah, (Al-Quran) dan (Sunnah) RasuINya,jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya" (An-Nissa' ayat 59)
(iv) Al-Quran meletakkan Rasulullah s.a.w. sebagai pemutus dan penghukum sesudah Al-Quran tanpa boleh memilih hukum yang lain, sebagaimana firman Alla yang bermaksud:
"Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri, mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata" (Al-Ahzaab ayat 36)
Oleh kerana kedudukan sunnah dan Rasulullah s.a.w. itu sendiri memainkan peranan penting dalam menyempurnakan pelaksanaan syariat Allah dengan pengakuan dari Al-Quran, maka sudah tentu pengawasan terhadap Al-Quran akan melibatkan sama pengawasan kepada sunnah Rasulullah s.a.w. Ini bukanlah bererti bahawa kita tidak mengakui tentang lengkapnya Al-Quran, tetapi persoalannya bahawa manusia (umat Muhammad) tidak akan dapat memahami kandungan Al-Quran tanpa penjelasan dan huraian daripada Rasulullah s.a.w. sendiri. Maka antara tugas Rasul itu ialah menerang, menjelas dan menghuraikan segala perintah dan hukum daripada Allah, yang terkandung di dalam wahyu-Nya kepada seluruh manusia. Dengan sebab itu berdasarkan kepada Al-Quran, sunnah itu sendiri, diletakkan sebagai sumber kedua perundangan Islam.
Al-Sunnah dari segi bahasa bermaksud perjalanan, amalan, method atau cara hidup (l).
Al-Sunnah juga bermaksud membuka atau merintis jalan sama ada yang baik atau yang buruk (2)
Al-Sunnah dari segi istilah Ahli-ahli Hadith ialah apa-apa yang terbit daripada Nabi Muhamad s. a. w. daripada perkataan, perbuatan, pengakuan, sifat, kejadian, akhlak, sejarah sama ada sebelum diutuskan menjadi Rasul atau selepas diutuskan menjadi Rasul (3)
Takrif al-Sunnah di atas juga merupakan takrif Hadith pada pandangan ahli-ahli Hadith. Oleh yang demikian al-Sunnah dan Hadith pada pandangan ahli-ahli Hadith adalah membawa maksud yang sama.
|
|
|
Post by Kopiah on Jan 20, 2011 3:50:35 GMT -5
Sebenarnya Hadith telah wujud di zaman Rasulullah. Pada masa Rasulullah s.a.w.
Hadith disampaikan melalui:
(i) Pengucapan
Dalam masa menyampaikan Hadith, didapati Rasulullah s.a.w. tidak menentukan tempat tertentu. Walau bagaimanapun sudah menjadi kebiasaan bagi Rasulullah s.a.w. menyampaikan Hadith di masjid dan di rumah Rasulullah s.a.w. sendiri.
Oleh kerana apa-apa yang disampaikan begitu penting kepada orang-orang Islam, maka di dalam menyampaikannya, Rasulullah s.a.w.mengulanginya sebanyak tiga kali, supaya apa-apa yang disampaikan itu, senang dihafaz dan diamal oleh para sahabat (4) Sementara bahasa dan nada suaranya pula mengikut keadaan dan suasana. Adakala Rasulullah s.a.w. menyampaikan Hadith dengan nada suara yang tinggi, agar memberi ingatan kepada sahabat bahawa kandungan Hadith itu adalah mustahak dan sebaliknya dalam keadaan tertentu Rasulullah s.a.w. menyampaikan dengan nada suara yang rendah. Ini semua dilakukan supaya menimbulkan keberkesanan kepada orang-orang yang mendengarnya. Dari bukti sejarah ada menunjukkan bahawa pengajaran Hadith bukan sahaja disampaikan kepada kaum lelaki, malah kepada kaum perempuan, walau bagaimanapun penyampaian itu dilakukan di tempat yang berasingan.
(ii) Catatan
Di samping penyampaian Hadith melalui pengucapan, didapati Rasulullah s.a.w. menyampaikan Hadith melalui catatan iaitu pada masa hayatnya, Rasulullah s.a.w. ada memerintah penulis-penulis baginda menulis surat untuk dihantar kepada pemerintah-pemerintah bukan Islam menyeru mereka kepada agama Islam, surat kepada gabenor-gabenor, ketua-ketua tentera dan membuat surat perjanjian. (5)
(iii) Amalan
Ajaran-ajaran agama Islam yang tersirat dalam Hadith tidak memadai disampaikan melalui pengucapan dan catatan sahaja, malah ia memerlukan contoh teladan daripada Rasulullah s.a.w. sendiri. Berdasarkan hakikat inilah, didapati banyak Hadith menggambarkan bagaimana Rasulullah s.a.w. mengajar para sahabat melakukan sembahyang, melakukan ibadat puasa, haji dan lain-lain lagi. Umpamanya dalam ibadat sembahyang, terdapat Hadith yang menegaskan bahawa orang-orang Islam hendaklah menunaikan sembahyang sepertimana baginda bersembahyang. (6)
Berdasarkan huraian di atas, dapatlah disimpulkan:
Pertamanya Rasulullah s.a.w. menyampaikan Hadith melalui pengucapan, amalan dan penulisan. Kedua, oleh kerana Hadith merupakan sumber yang kedua penting di dalam Islam, para sahabat berusaha sedaya upaya untuk memperolehinya. Ketiga, pada masa ini penulisan dan pengumpulan Hadith secara individu telah berlaku, contohnya; Abdullah bin Amr telah mengumpulkan Hadith dalam satu sahifah: al-Sahifah al-Sadiqah (7)
(b) Menolak Dua Kalimah Syahadah
Kumpulan Anti Hadith ini berfahaman bahawa Dua Kalimah Syahadah yang diucapkan oleh umat Islam adalah dilarang oleh Al-Quran, kerana syahadah yang diwajibkan hanyalah A'U@ @i JI '9. Antara penulisan-penulisan mereka yang dikenaipasti mengembangkan fahaman ini ialah:
(i) Buku "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik Tulisan Kassim Ahmad:
"Quran mengajar syahadah dalam tiga buah ayat, iaitu ayat 18, surah 3 yang menyatakan bahawa Tuhan, para malaikat dan orang-orang yang berilmu bersaksi bahawa "Tiada Tuhan melainkan Allah", Ayat 19, Surah 47 yang menegaskan "Ketahuilah bahawa tiada Tuhan melainkan Allah. "dan ayat 1, Surah 63 yang Membatalkan kenyataan orang-orang munafik yang mendakwa, "Kami bersaksi bahawa Muhammad Rasul Allah".
"Dua kalimah syahadah yang diajar dalam hadis itu bercanggah dengan ayat-ayat di atas" (hal. 141).
(ii) Akhbar Utusan Malaysia 14 Julai, 1995, kenyataan oleh Othman Ali:
"Selain itu, tambahnya, Al-Quran turut menyebut bahawa syahadat itu tiada Tuhan Melainkan Allah sedangkan ulama mengajarkan kepada kita bahawa syahadat itu termasuklah juga bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Bukan sahaja syahadat kita salah, malah ia juga mengakibatkan sembahyang kita salah kerana menyebut nama Nabi semasa tahiyat awal dan akhir."
(iii) Buku "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari TuhanMu-Hadith Di dalam Al-Quran", Oleh Idris Abdul Rahman,
"Beriman kepada Nabi pada mereka bermakna beriman kepada Hadithnya. Mereka gunakan dua kalimah syahadah sebagai bukti mereka. Kata mereka syahadah kepada Allah tidak boleh dipisahkan dari syahadah kepada RasuL Ini sahaja mereka sudah mempersekutukan Allah dengan Rasul seolah-olah Allah tidak boleh berdiri dengan sendirinya." (hal. 316)
ULASAN
Agama Islam dibina di atas lima rukun. Mengucap dua kalimah syahadah adalah rukun Islam yang pertama. Ini telah dijelaskan oleh hadith Nabi s.a.w. yang bermaksud:
Daripada Ibnu Umar ra. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Islam itu dibina di atas lima perkara iaitu mengaku bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. Pesuruh Allah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji dan puasa di bulan Ramadan". (Riwayat Ahmad, AI Bukhari, Muslim, Tirmidhi dan An Nasa'i)
Sabda Nabi lagi:
Daripada Umar ra. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya tentang Islam Ialu baginda menjawab, "Islam ialah engkau menyaksikan bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan sesungguhnya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, menditikan sembahyang, menunaikan zaka4 berpuasa di bulan Ramadan dan menunaikan haji jika engkau berkemampuan. Ia berkata "engkau benar "............................" (Riwayat Muslim)
Oleh itu setiap orang yang mengaku dirinya seorang Islam,wajib menerima dan mengakui bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu Rasulullah. la wajib memelihara agama Islamnya daripada segala apa yang boleh merosakkannya.
Di dalam Al-Quran sendiri dijelaskan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah pesuruh Allah yang diutus kepada sekalian manusia. Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
Katakanlah! (Wahai Muhammad): Wahai sekalian manusia! sesungguhnya aku adalah pesuruh Allah kepada kamu semuanya, (diutuskan oleh Allah) yang menguasai langit dan bumi, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang menghidupkan dan mematikan. Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan RasuINya, Nabi yang ummi yang beriman kepada Allah dan kalimah-kalimahnya (Kitab-kitabnya) dan ikutilah dia, supaya kamu beroleh hidayah pertunjuk. (Surah Al-A'raaf ayat 158)
|
|
|
Post by Kopiah on Jan 20, 2011 3:52:02 GMT -5
(c) Menolak Qada' dan Qadar
Kumpulan ini juga menolak kepercayaan kepada Qada' dan Qadar yang merupakan salah satu tonggak keimanan yang wajib dipegang oleh setiap umat Islam. Antara hujah mereka:
(1) "Kepercayaan kepada takdir yang dipegang oleh kebanyakan umat Islam hari ini dimasukkan ke dalam Rukun Iman dan berasal dari Hadis ............... Kepercayaan ini tidak ada, malah dibantah dalam Quran.................. "Tidakkah fahaman ini melumpuhkan daya kreatif umat Islam dan menjadi punca utama kejatuhan mereka?" (Petikan dari IQRA' Jil. 3/Bil. I., Syaaban 1415/Januari 1995, hal.2)
(2) Faham qada'dan qadar ini sebahagian penting dalam teologi kaum Asy'ariah, berasal dari ajaran kaum stoik, dan dimasukkan ke dalam Hadis, kerana ia tidak terdapat dalam Quran, malah ia anti-Quran". (Petikan dari buku "HADIS JAWAPAN KEPADA PENGKRITIK, Kassim Ahmad hal. 90)
(3) Isu Quran itu sebenarnya saintifik dan rasional Contohnya kepercayaan kepada takdir baik dan jahat itu daripada Tuhan yang dirumuskan dalam hadith itu, bercanggah dengan ajaran Quran dan ditolak oleh Quran yang menggesa manusia bekerja kuat kejalan kebaikan. Pegangan kepada hadis ini merupakan suatu punca besar kejatuhan umat Islam. (Petikan dari cerpen "POLITIK" oleh Kassim Ahmad Dewan Sastera keluaran Feb. 1995 hal. 74)
ULASAN
Beriman dengan Qada'dan Qadar ialah mempercayai bahawa segala undang-undang, peraturan dan hukum hakam yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. pada azal serta diputuskan hukum itu berlaku seperti yang telah ditetapkan itu.
Allah telah menetapkan bagi tiap-tiap sesuatu perkara itu, ada pendahuluannya dan sebab musababnya serta bagi tiap-tiap satu tujuan ada jalan untuk mencapainya. Dengan yang demikian, sesiapa yang menunggu berhasilnya sesuatu dengan tidak melalui sebab, pendahuluan dan jalan mencapainya yang ditetapkan dan tentukan oleh Allah, ini bermakna ia telah kufur kerana ia tidak beriman kepada Qada' dan Qadar Allah s.w.t.
Dengan penjelasan tersebut, maka orang yang beriman kepada Qada' dan Qadar ini ialah orang yang rajin berusaha dan beramal mengikut undang-undang, peraturan dan hukum hakam Allah s.w.t. dan giat mencari Qada' dan Qadar yang dapat menjayakan maksudnya.
Qada' dan Qadar adalah salah satu daripada-rukun Iman. Ini dapat dibuktikan melalui hadith Nabi S.A.W. yang bermaksud:
(Riwayat Muslim)
Daripada Jabir r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
(Riwayat Al-Tirmidhi)
Di dalam Al-Quran sendiri telah disebutkan tentang konsep Qada' dan Qadar ini berdasarkan maksud ayat seperti berikut:
"Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad)Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankaniah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu) dan janganiah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) sluatu syariat danjalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing) (al-Maidah: 4
Katakanlah (wahai Muhammad): "Tidak sekali-kali akan menimpa Kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakkal" (at-Taubah: 51)
Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan). (al-Qamar: 49)
|
|
|
Post by Kopiah on Jan 20, 2011 3:53:31 GMT -5
(d) Memesongkan Pengertian Sebenar Ayat-ayat Al-Quran.
Antara penyelewengan paling nyata yang dilakukan oleh Kumpulan Anti Hadith ini ialah menterjemah dan menafsirkan ayat-ayat Al-Quran mengikut "selera" sendiri tanpa memperhitungkan disiplin ilmu Islam yang sebenarnya. Contoh ayat-ayat yang telah diselewengkan tersebut ialah:
(i) Ayat 12, Surah at-Taghaabun.
Ayat ini telah ditafsirkan dengan maksud bahawa taat kepada rasul bermakna taat kepada wahyu (Quran). Penjelasan mengenai ayat ini dikembangkan oleh Kassim Ahmad, di dalam buku "HADIS JAWAPAN KEPADA PENGKRITIK".
"Ayat ini menerangkan bahawa tugas rasul hanyalah menyampaikan wahyu Allah, iaitu Quran . Jadi, taat kepada rasul bermakna taat kepada Allah yang diwakili oleh rasul-Nya dalam Quran, dan berpegang kepada Quran. Jadi, taat kepada rasul dengan sendirinya bermakna taat kepada Allah dan berpegang kepada Quran".
"Bukti-bukti bahawa inilah makna ungkapan tersebut yang sebenar dapat dilihat dari kegunaan perkataan "rasul" dan bukan Muhammad', dan juga dari banyak ayat Qurlain yang memerintah kita supaya tunduk,berpegang dan patuh hanya kepada Tuhan". (hal. 26 & 27)
(ii) Ayat 114, Surah Hud.
Pengertian ayat ini telah diselewengkan dengan maksud bahawa sembahyang hanya tiga kali sehari, iaitu Subuh, Maghrib dan Isyak.
"Othman memberikan contoh surah II : 114 yang berbunyi:
Dan lakukanlah solat pada dua tepi siang dan awal malam. Ayat ini bermakna sembahyang hanya tiga kali sehari, iaitu Subuh, Maghrib dan Isyak ........ (Petikan dari Utusan Malaysia, 14 Julai 1995 Kenyataan oleh Othman Ali).
(iii) Ayat 15, Surah Toha.
Pengertian ayat ini telah diselewengkan dengan maksud bahawa:
"Saat itu (tamatnya dunia) pasti tiba, Aku hampir-hampir merahsiakannya supaya tiap-tiap diri dibalas mengikut kerjanya" (Petikan dari buku "HADIS JAWAPAN KEPADA PENGKRITIK tulisan Kassim Ahmad hal. 57)
Dengan pentafsiran seperti di atas, Kumpulan Anti Hadith ini mendakwa bahawa tarikh akan berlakunya kiamat tidak menjadi rahsia kepada manusia, malah ianya boleh ditentukan dengan menggunakan kaedah Kod 19 (Lihat Perkara e).
ULASAN
Nabi Muhammad adalah Nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah s.w.t. Ini sebagaimana yang dijelaskan oleh firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi. (Al-Ahzaab: ayat 40)
Oleh yang demikian adalah menjadi kewajipan kepada setiap individu yang mengaku dirinya seorang Islam, mentaati Allah dan RasuINya iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Ketaatan kepada Rasul ini ialah dengan mengikuti dan mentaati ajaran Allah yang dilaksanakan dalam peribadi Nabi Muhammad s.a.w. semasa hidupnya dan selepas wafatnya serta mentaati ajaran yang ditinggalkan iaitu Al-Quran dan al-Sunnah. Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan ke"Ulil Amri"(orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (Al-Quran) dan (sunnah) RasuINya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya. (An-Nisaa': ayat 59)
Ayat Al-Quran di at'as jelas menyatakan bahawa setiap individu Islam wajib mentaati Rasulullah s.a.w. tanpa berbelah bagi dan mengakui kerasulannya yang diutuskan oleh Allah sebagai pentafsir kepada Al-Quran. Jika sekiranya timbul sesuatu perselisihan di dalam menyelesaikan sesuatu masalah, perlulah dirujuk kepada Al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w. Inilah garis panduan yang telah diberikan oleh Islam. Mentafsir ayat-ayat Al-Quran dengan menggunakan akal fikiran sendiri dengan sewenang-wenangnya adalah haram. Ini telah disepakati oleh para ulama, berdasarkan hadith Nabi s.a.w. yang bermaksud:
Daripada Ibnu Abbas ra katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang berkata tentang Al-Quran tanpa berdasarkan ilmu pengetahuan, maka hendaklah ia menempah tempat duduknya di dalam neraka" (Riwayat At-Tirmidhi)
|
|
|
Post by Kopiah on Jan 20, 2011 3:54:50 GMT -5
(e) Mempertikaikan Kesahihan ayat-ayat Al-Quran
Selain daripada memesongkan pengertian ayat-ayat Al-Quran, kumpulan ini juga didapati telah mempertikaikan kesahihan ayat 128 dan 129, surah al-Taubah. Kassim Ahmad melalui bukunya "HADIS JAWAPAN KEPADA PENGKIRITIK", ha] 60, pendakwa bahawa terdapat sabotaj dalam penulisan kedua-dua ayat ini kerana ia tidak dapat diselaraskan dengan kod 19.
"Kita tidak boleh meninggalkan bab ini tanpa menyebut suatu lagi pendedahan besar yang telah dibuat oleh Kod 19. Bukhari dan Al-Suyuti (811 T.M.) menyatakan bahawa ketika Khalifah Uthman melantik sebuah suruhanjaya untuk menyemak naskhah-naskhah Quran yang wujud pada waktu itu, termasuk menyemak dengan mereka yang menghafal Quran untuk mengadakan suatu naskhah Quran yang rasmi, suruhanjaya itu mendapati bahawa tiap-tiap ayat Quran disahkan oleh banyak saksi, "kecuali ayat-ayat 128 dan 129, surah 9, ................ Tetapi yang amat memeranjatkan itu bila kita dapati bahawa kedua-dua ayit ini, dari segi huruf, perkataan dan ayat-ditolak oleh Kod 19. Ini bermakna Kod 19 mengesahkan dua kenyataan sejarah oleh Bukhari dan Al-Suyuti yang kita petik tadi bahawa ayat-ayat ini ialah tambahan yang tidak terdapat dalam Quran".
ULASAN
Sumber rujukan umat Islam selepas wafat Rasulullah s.a.w. ialah Al-Quran dan Sunnah. Ini jelas melalui sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: Daripada Abu Hurairah r.a., daripada Nabi s.a.w. sabdanya:
(Riwayat Malik)
Daripada hadith di atas dapatlah difahami bahawa Kod 19 yang menjadi rujukan utama Kumpulan Anti Hadith adalah bercanggah dengan Islam, kerana Kod 19 bukanlah wahyu daripada Allah, malah ianya teori manusia sahaja sebagai penemuan baru. Berbanding dengan Al-Quran dan hadith, kedua- duanya adalah daripada wahyu Allah s.w.t. lanya terjamin sehingga hari kiamat. Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
(Surah An-Najm: ayat 3-4)
Kesahihan ayat-ayat Al-Quran tidak perlu diragui dan dipertikaikan lagi kerana ayat-ayat suci Al-Quran tetap terpelihara daripada sebarang bentuk sabotaj, perubahan dan penyelewengan. Ini bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud:
"Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya" (Surah Al-Hijr: ayat 9)
Susunan ayat-ayat Al-Quran di dalam Mashaf Uthman ini adalah benar-benar daripada penyusunan yang dibuat secara "tauqifi" oleh Malaikat Jibril kepada Nabi s.a.w. dan Nabi Muhammad s.a.w. sendiri mentauqifkan pula kepada penulis wahyu. Sebab itu Saidina Uthman apabila ditanya beliau menjawab bermaksud: "Wahai anak saudaraku, aku tidak mengubah sesuatu dari tempatnya" (. Al-Quran Mashaf Uthman ini juga telah diterima di zaman sahabat sebagai ijma' sahabat tanpa sebarang bantahan dan yakin sampai darjat mutawatir.
Kalau sekiranya kita mempertikaikan kesahihan ayat-ayat Al-Quran, ini menunjukkan kita sendiri tidak berpegang teguh dan mempercayai sepenuhnya terhadap Al-Quran itu sendiri. Sebagai seorang Islam, kita wajib mempercayai kesucian seluruh ayat-ayat Al-Quran yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w., sedangkan Kod 19 yang menjadi rujukan kumpulan Anti Hadith tidak terjamin keasliannya, kerana ia adalah hasil pemikiran manusia yang mempunyai batas-batas ilmu yang sangat terhad, malah Allah s.w.t. Maha Mengetahui dan Maha Kuasa terhadap dunia dan segala yang terkandung di dalam alam ini.
|
|
|
Post by Kopiah on Jan 20, 2011 3:56:08 GMT -5
(f) Mendakwa Kiamat Akan Berlaku Pada 1710H/ 2280M
Kumpulan Anti Hadith ini juga mendakwa kiamat akan berlaku pada 1710H/2280M berdasarkan kepercayaannya kepada Kod 19. Kenyataan ini terkandung di dalam buku "HADIS JAWAPAN KEPADA PENGKRITIK" tulisan Kasim Ahmad.
"Angka 309 ada disebut dalam Quran dalam konteks yang berkaitan dengan tamatnya dunia dan kiamat. Ini bermakna Quran sendiri mengesahkatarikh tamatnya dunia dan kiamat. Oleh yang demikian, dunia ini akan berakhir 309 tahun Hijrah dari 1400 atau 300 tahun masihi dari 1980 pada 1710 T.H. bersamaan dengan 2280 T.M." (hal. 59)
ULASAN
Tidak ada siapa daripada makhluk Allah yang mengetahui tentang bilakah akan berlakunya Hari Kiamat. Perkara ini adalah termasuk di dalam perkara ghaib yang tidak boleh dicapai oleh pancaindera manusia, juga oleh para malaikat. Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
Katakanlah lagi: (Surah An-Naml: Ayat 65)
Nabi-nabi dan Malaikat sendiripun tidak mengetahui bilakah berlakunya hari kiamat. Ini sebagaimana yang dijelaskan oleh hadith Nabi s.a.w. yang bermaksud: Daripada Ibnu Umar ra. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya (oleh Malaikat Jibril)
(Riwayat Muslim)
Allah Maha Berkuasa menentukan bila berlakunya hari kiamat. Manusia tidak dapat meramal waktu dan masanya. Manusia tidak disuruh dan diperintah untuk meramal hari kiamat. Sebaliknya manusia dituntut supaya memakmurkan bumi Allah ini dengan kerja-kerja kebajikan dan bukannya melakukan perkara-perkara yang boleh membantut pembangunan negara dan seterusnya akan memberi kesan buruk kepada masyarakat kerana mereka akan meramalkan sikap "anti establishment". Sikap seumpama ini amat bercanggah dengan ajaran Islam. Islam menuntut umatnya supaya berlumba-lumba mengerjakan amal kebajikan sebagaimana firman Allah s.w.t.:
(Surah Al-Baqarah: ayat 148)
Agama Islam melarang keras umatnya yang menjadi tukang tilik atau menenung nasib seseorang terhadap sesuatu perkara ghaib, kerana perbuatan sedemikian adalah termasuk di dalam perkara keji dan kotor. Ini jelas diperakui oleh Al-Quran melalui firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
(Surah al-Maidah: ayat 90)
Kita sebagai manusia biasa seharusnya insaf dan sedar bahawa kita ini semuanya hamba Allah s.w.t. yang dikurniakan oleh Allah ilmu-ilmu.yang terbatas sahaja dan tidak mampu untuk menjangkau dan memiliki alam ghaib dan sepatutnya kita akur dan tawadhu' bahawa Allah s.w.t. sahaja yang Maha Berkuasa di dalam perkara ini.
|
|
|
Post by Kopiah on Jan 20, 2011 3:57:38 GMT -5
(g) Menolak Berlakunya Siksaan Kubur Selepas Mati
Kumpulan Anti Hadith ini juga didapati menafikan berlakunya perkara 'ghaib selepas mati', contohnya seperti siksaan kubur selepas mati kerana ia tidak disebut di dalam Al-Quran dan hadith-hadith mengenainya adalah palsu belaka.
Contohnya:
"Hamdan takjumpa dalam Quran. Ajaran ada siksa kubur menunjukkan seolah-olah nabi mengajar yang Tuhan itu tak adil dan zalim. Dia melaksanakan hukuman sebelum dihukum atau didengar dan dibuktikan apa-apa kesalahan. Ini semua Hadith Palsu" (Petikan dari buku "PENDEDAHAN KEBENARAN ADALAH DARI TUHAN MU-HADITH DI DALAM AL-QURAN" Idris Abdul Rahman, hal. 269)
Penolakan ini dinyatakan oleh KASSIM AHMAD sendiri melalui akhbar UTUSAN MALAYSIA 14 OGOS 1995:
"Allah tidak akan menghukum manusia sebelum dibicarakan di Padang Mahsyar. Mati ibarat tidur dan jangka waktu di antara mati dengan hari pembalasan bagi mereka (yang sudah mati) adalah terlalu cepat".
ULASAN
Kubur ialah tempat perhentian yang pertama di antara tempat-tempat perhentian alam akhirat yang juga dinamakan "Alam Barzakh", tempat seseorang akan mendapati apa yang dijanjikan dalam hadith di bawah ini menjadi kenyataan kepadanya iaitu: Daripada Uthman bin Affan r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,
(Riwayat At-Tirmidhi dan Ibnu Majah)
Menyakini adanya siksaan kubur selepas mati adalah termasuk sebahagian daripada perkara-perkara samiyyat iaitu beriman dengan perkara-perkara ghaib. Adanya siksaan kubur selepas mati adalah perkara benar dan tetap akan berlaku kepada orang yang telah menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Seseorang yang telah meninggal dunia, tidak akan terlepas daripada siksaan kubur. Ini bertepatan dengan hadith Nabi s.a.w. yang bermaksud: Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah bersabda:
" (Riwayat Al-Bukhari, Tirmidhi dan an-Nasa'i)
Sabdanya lagi yang bermaksud:
Daripada Ummi Mubasysyir r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: (Riwayat Ahmad dan At-Tabrani)
Sabda baginda lagi yang bermaksud,
Dari Al-Bara'bin Aazib ra. katanya, (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An-Nasa'i dan Ibnu Majah)
|
|
|
Post by Kopiah on Jan 20, 2011 3:59:01 GMT -5
(h) Menafikan Kedudukan Nabi Adam Sebagai Manusia Pertama Ciptaan Allah s.wt.
Kassim Ahmad, juga menafikan tentang kejadian Nabi Adam, seperti mana dakwaannya yang disiarkan oleh Akhbar UTUSAN MALAYSIA, 14 Ogos 1995:
"............. NabiAdam bukanlah manusiapertama secara mutlak yang dicipta oleh Tuhan tetapi ia lebih merujuk kepada tiga konsep. Pertama, jelas Dr. Kassim Ahmad, Adam melambangkan manusia, kedua, ia mewakili masyarakat awal tamadun manusia dan ketiga, mewakili rasul-rasul yang pertama dalam masyarakat mereka".
"Sehubungan dengan itu, tambahnya lagi, manusia pertama dicipta oleh Tuhan sebenarnya wujud di beberapa tempat dan mereka boleh dianggap sebagai Adam".
"Ini benda yang belum pasti Adam bukan ada di satu tempat. Ia ada di beberapa tempat. Manusia yang asal, kita kata Adam dan orang yang menjadi guru yang Allah hantar untuk mereka, juga kita namakan Adam".
ULASAN
Di dalam Al-Quran jelas menyatakan tentang sejarah asal usul kejadian manusia pertama yang diciptakan oleh Allah s.w.t. sebagaimana firmannya di dalam surah Al-Hijr ayat 28- 29 yang bermaksud:
(Al-Hijr, ayat 28-29)
Di dalam hal ini, Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang bermaksud:
. (Riwayat Al-Bazzar)
Seluruh agama samawi di dunia ini, mengakui Nabi Adam adalah manusia pertama yang diciptakan oleh Allah s.w.t. Perkara ini adalah benar dan diperakui sendiri oleh Al-Quran. Kalau sekiranya kita berpegang teguh dengan Al-Quran, sewajamya kita menerima dan mengakui bahawa Nabi Adam adalah daripada ciptaan Allah. Kalau sekiranya kita tidak mempercayai perkara ini, dengan sendirinya kita tidak percaya kepada Al-Quran dan secara tidak langsungnya kita telah terang-terang menolak Al-Quran itu sendiri. Sebagai seorang Islam, kita wajib beriman dengan Al-Quran dan segala isi kandungannya.
|
|
|
Post by Kopiah on Jan 20, 2011 4:00:12 GMT -5
(i) Menolak Kemaksuman Para Nabi
Fahaman ini telah dicetuskan oleh Dr. Rashad Khalifa melalui buku
"THE COMPUTER SPEAKS: GOD'S MESSAGE TO THE WORLD".
"And that Mohammad the man committed many mistakes". (hal: 507)
Idea yang menyeleweng ini diperkukuhkan lagi oleh Kassim Ahmad melalui buku "HADIS JAWAPAN KEPADA PENGKRITIK"
"Jika para nabi itu maksum, mereka bukan lagi manusia. Jika mereka bukan manusia, bolehkah mereka menjadi teladan kepada manusia"? (Hal: 4
ULASAN
Allah s.w.t. telah memilih pada masa-masa yang Ialu, Nabi dan Rasul untuk menyampaikan perintah-perintahnya, kepada manusia agar manusia memperolehi kebaikan di dunia dan di akhirat. Kita wajib mempercayai bahawa Allah s.w.t. mengutus para Nabi dan Rasul untuk memberi bimbingan kepada seluruh umat manusia, tetapi di dalam menyampaikan dakwah para Nabi dan Rasul selalu mendapat tentangan daripada kaumnya.
Nabi ialah seorang manusia lelaki yang merdeka yang diwahyukan oleh Allah s.w.t. kepadanya, supaya dia melakukan perbuatan yang baik hanya untuk dirinya sendiri. Dia tidak pula disuruh untuk menyampaikan kepada orang lain. Faedahnya mereka diutus supaya menjadi teladan kepada kaumnya. Sedangkan Rasul iaitu seorang manusia lelaki merdeka yang di wahyukan oleh Allah s.w.t. supaya dia beramal untuk dirinya sendiri kemudian menyampaikan wahyu Allah s.w.t. itu kepada kaumnya. Oleh sebab itu tidaklah Nabi itu Rasul, tetapi setiap Rasul adalah Nabi.
Segala yang disampaikan oleh Rasul bukanlah daripada emosi dan rekaanya semata-matanya bahkan daripada wahyu Allah s.w.t. Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakan itu (sama ada Al-Quran dan Hadith) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya. (An-Najm, ayat 3-4)
Para nabi dan Rasul adalah manusia biasa, Mereka makan, minum, tidur, berkahwin, bekerja dan sebagainya, tetapi mereka mempunyai kedudukan yang istimewa di sisi Allah, kerana Para Rasul ditugaskan oleh Allah untuk menyampaikan segala suruhan dan perintah Allah serta larangan-Nya kepada makhluk Allah.
Nabi Muhammad s.a.w. adalah seorang Nabi dan Rasul terakhir. Baginda juga adalah manusia biasa. Tidak ada lagi Nabi-nabi dan Rasul selepas Baginda. Baginda adalah termasuk dalam kategori "Ulul Azmi" yang paling tinggi darjatnya di kalangan para Nabi kerana paling banyamenerima ujian Allah. Gelaran ini diberikan juga kepada Nabi Noh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Isa. Para Nabi dan Rasul dikurniakan Allah dengan sifat "maksum" terpelihara daripada melakukan sebarang kejahatan dan dosa. Ini dapat dibuktikan melalui Al-Quran mengenai keunggulan peribadi Nabi Muhammad, yang diutuskan oleh Allah ke dunia ini, yang menjadi contoh teladan kepada umat manusia, sepertimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)" (Al-Ahzaab: ayat 21)
Para Nabi dan Rasul mempunyai berbagAl-bagai keistimewaan dan mukjizat yang dikumiakan oleh Allah s.w.t. kepada mereka, berbanding dengan kita manusia sebagai hamba Allah yang tidak ada langsung mukjizat yang boleh mengatasi orang lain. Yang kita ada hanyalah akal fikiran yang diberikan oleh Allah supaya kita tunduk dan patuh kepada segala ajaran Al-Quran dan juga menghayati Sunnah Rasullah s.a.w. Nabi Muhammad s.a.w. diberikan tugas oleh Allah s.w.t untuk menyampaikan syariatnya seperti firman Allah yang bermaksud:
Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Allah (Muhammad s.a.w.) dengan membawa kebenaran dari Tuhan kamu, maka berimanlah kamu (kerana yang demikian itu) amatlah baiknya bagi kamu. Danjika kamu kufur ingkar (maka kekufuran kamu itu tidak mendatangkan kerugian apa-apa kepada Allah, kerana sesungguhnya bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan di bumi; dan Allah sentiasa Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (An-Nisaa": 170)
Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan kepada RasuINya serta kepada penerangan cahaya Al-Quran yang Kami turunkan. Dan (ingatlah) Allah Amat Mendalam PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan. (At-Taghaabun:
"Sesungguhnya aku ini ialah Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu" (Asy-Syuaraa': 107)
|
|