|
Post by abuzulfiqar on Nov 20, 2011 19:21:40 GMT -5
PERSOALAN : Assalamualaikum... Nak minta tips ketenangan hati, mengawal perasaan dan emosi. JAWAPAN : Wlksm, 1. Jika ada orang bersalah dengan kita sikit-sikit tu, kita niat maafkan kesalahan mereka ketika ini juga. InsyaAllah hati dan minda akan berasa lapang. 2. Selalu-selalu ambil wudhuk, ataupun sekurang-kurangnya basuh muka dan tangan. Sekali sapu air ke muka, sebut "Allahu Akbar" (atau lain-lain) dalam hati. 3 kali sapu air ke muka, maksudnya 3 kali dah zikir. Selalunya kita ambil wudhuk ataupun basuh muka 'kosong' aje kan? Sekarang disertakan dengan zikir khafi (zikir dalam hati). InsyaAllah kita akan berasa wudhuk/ basuh muka kita lebih bermakna. Pahala dapat, segarkan diri dapat, awet muda pun dapat : ) 3. Buat senaman ringan, urut-utur an longgarkan badan, picit-picit kaki dan tapaknya, bernafas dengan tenang dan dalam-dalam... insyaAllah dapat membantu. 4. Cari teman berbual, bual kosong je, jangan bual hal yang berat-berat. Yang ni pun dapat tenangkan hati jugak. 5. Tengok langit (siang/malam), perhatiakn ke serata penjuru. Tengok air mengalir (sungai dan lain-lain) pun membantu jugak. Abu Zulfiqar ikhtiarmuslim.blogspot.com/2011/11/mahu-tips-tenangkan-hati.html
|
|
|
Post by almukminun on Nov 24, 2011 10:10:10 GMT -5
Setuju... Bermawlid, nak ekstrem laie main futsal dengan geng almawlid.. tak gitu Ustaz AZ ?
|
|
|
Post by abuzulfiqar on Nov 26, 2011 10:23:19 GMT -5
Betul betul Ustaz AM.
|
|