Post by alghazali on Nov 18, 2010 11:36:37 GMT -5
Kritikan Para Sarjana terhadap Peradaban Barat Moden
Imam Hasan Al-Banna pernah berbicara tentang kepincangan tamadun Barat yang materialistik ini dengan berkata: “Peradaban Barat adalah peradaban yang menghancurkan apa yang telah dibina oleh agama-agama samawi, bertentangan dengan dasar-dasar yang diajarkan oleh agama Islam, yang menyatukan antara rohani dan kebendaan". [Muhammad Nuroddin, Menanti Detik-detik Kematian Barat, m/a 98]
Sheikh Abul ‘Ala Al-Maududi turut lantang menegaskan bahawa, ‘‘peradaban Barat sedang bunuh diri!’’. Muhammad Nordin: 98]
Dr. Alexis Carel menyatakan bahawa: “Tamadun Barat moden dibentuk tanpa mengenal tabiat kita yang sebenarnya (bercanggah dengan fitrah manusia). Ini disebabkan ia dilahirkan daripada khayalan-khayalan, imaginasi-imaginasi, ideologi-ideologi dan hasrat manusia…Aspek kemanusiaan sewajibnya dijadikan pertimbangan bagi segala sesuatu. Akan tetapi, realiti yang berlaku adalah sebaliknya". [Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, Tamadun Islam: Alternatif Masa Depan, m/s 105-106]
Prof. Renan Dupont menegaskan bahawa: “Kita (Barat) mendakwa bahawa kita hidup pada abad ilmu pengetahuan…Namun, kehidupan yang keluar dari hukum alam yang dijalani oleh manusia pada umumnya pada masa sekarang mencekik dan mematikan interaksi penting yang diperlukan bagi keselamatan mental dan perkembangan sumber daya kemampuam manusia… Dilihat dari banyak aspek, manusia moden lebih mirip dengan “binatang darat” yang menghabiskan hidupnya di dalam zoo! Binatang-binatang tersebut diberi makan dan perlindungan yang cukup, namun tidak memenuhi hajat asasi bagi fungsi fizikal mahupun intelektualnya. Manusia moden bukan sahaja asing dengan alam sekitarnya, bahkan ia terasing daripada realiti dirinya sendiri (erti seorang manusia).” [Dr. Al-Qaradhawi: 110-112]
Fakta-fakta yang Mencerminkan Kepincangan Tamadun Barat
Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menukilkan pebagai penyelewengan yang berlaku di dalam insititusi kekeluargaan masyarakat Barat, di dalam buku beliau (Islam: Hadharatul Ghad). Penyelewengan-penyelewengan tersebut adalah seperti menjual anak, tuntutan nafkah kaum lelaki daripada kaum wanita yang lebih kaya daripada mereka (hasil persamaan hak yang dituntut oleh kaum feminisme), ibu sewaan, menghindari kelahiran (tak mahukan anak), pengguguran anak, menentang konsep perkahwinan, perkahwinan sejenis, keluarga tanpa bapa (untuk pasangan lesbian), dan sebagainya. [Dr. Yusuf Al-Qaradhawi: 47-74]
Beliau turut mengemukakan fakta-fakta yang amat mengejutkan kita, yang bertentangan dengan fitrah manusia dan tradisi masyarakat Timur. Dalam kajian juga, tamadun Barat sebenarnya turut bertanggungjawab dalam melahirkan jenayah-jenayah dalam rumahtangga.
Majalah A.S. News And World Report menukilkan laporan dari Biro Penyelidikan Jenayah mengenai jenayah di Amerika pada tahun 1979: “Satu jenayah yang bahaya dilakukan setiap dua setengah saat, kecurian terjadi pada setiap tiga saat, rompakan pada setiap 10 saat, kecurian kereta pada setiap 29 saat, kes rogol terjadi pada setiap tujuh minit dan pembunuhan terjadi pada setiap 24 minit.” [Dr. Al-Qaradhawi: ibid]
Di sini, penulis turut mengemukan juga fakta-fakta jenayah dan kepincangan yang berlaku dalam keluarga masyarakat Barat, yang dinukilkan dari laman web womensissues.about.com (4 April 2005):
"Hampir 1/3 perempuan-perempuan Amerika pernah melaporkan bahawa, mereka pernah dikasari secara fizikal mahupun secara seksual samada dilakukan oleh suaminya ataupun teman lelakinya di tempat tinggal mereka. Dalam tahun 1992-1993, 5.4 juta perempuan dilaporkan menjadi mangsa jenayah, termasuklah 500 000 kes rogol atau keganasan seksual". [Sumber: womensissues.about.com/od/domesticviolence/a/dvstats2.htm ]