Post by Kopiah on Feb 6, 2014 9:06:41 GMT -5
Perkataan Al-Allamah Prof Dr. Wahbah Az-Zuhaili (Ulama Besar Dunia Lulusan Al-Azhar):
Ketika beliau ditanya tentang hukum sambutan Maulid di rancangan As-Syari'ah Wal Hayah di channel Al Jazeera yang bertajuk "Albida'u wa majalatuha al-mu'asirah", beliau menyatakan
bahawa sambutan ini walaupun tiada di zaman sahabat dan asalnya daripada Fatimiyyun, tetapi ianyan bukanlah bid'ah yang buruk kerana menghidupkan banyak kebaikan seperti membaca AL-Quran, memperingatkan tentang akhlak Nabi SAW, dan mengajak manusia untuk berpegang pada ajaran Islam, dan adab-adab, maka hukumnya menjadi harus dan tidak mengapa.
Kerana jika kita mengatakan perkara ini merupakan bid'ah yang buruk, maka seolah-olah kita mengingkari dakwah Islam.
Salafussoleh tidak menyambut maulid Nabi SAW kerana mereka masih sibuk untuk mengukuhkan kaedah-kaedah asas-asas Islam dan rukun-rukunnya, dan pembukaan-pembukaan kota, penyebaran agama dan mempertahankan Islam dari serangan musuh-musuh serta menghadapi pelbagai halangan dalam dakwah mereka, maka mereka tidak punya waktu untuk mengadakan sambutan ini..bahkan mereka tidak memerlukan sambutan ini kerana Nabi SAW masih hidup bersama mereka, dan mengambil daripada Baginda SAW nasihat-nasihat, galakan, adab-adab yang mulia dll maka ianya belum muncul pada zaman mereka.."
Rujuk Video: Minit ke-28.
Perkataan Imam As-Sya'rawi (Juga salah seorang ulama lulusan Al-Azhar):
Kata Syaikh Muhammad Mutawalli asy-Sya'rawi rahimahullah yang beliau utarakan dalam "Ma-idah al-Fikr al-Islamiyyah" halaman 295 yang bermaksud:-
Begitu juga jika kita lihat dalam risalah para ulama India, ramai di kalangan mereka yang membolehkan amalan ini. Ada satu risalah berjudul 'Al-Muhannad 'Alal Mufannad' karya Imam Al-Muhaddith Khalil Ahmad As-Sahranfuri(w 1346H) pengarang kitab 'Bazlul Majhud Syarah Sunan Abi Daud'.
Risalah beliau ini telah ditunjukkan kepada Syaikhul Azhar ketika itu yang bernama Imam Al-Allamah Syaikh Salim Al-Bisyri, lalu beliau menyetujui fatwa ulama India tersebut.
Imam Khalil Ahmad berkata:
Keadaan-keadaan yang ada kaitan paling sedikit dengan Rasulullah SAW pun, untuk menyebutnya merupakan antara sebaik-baik perkara sunat dan setinggi-tinggi galakan(mustahabb) menurut kami, sama ada mengingati kelahiran baginda SAW, atau kencingnya, tahinya, tidur dan bangunnya, sepertimana dikemukakan di dalam risalah kami berjudul "Al-Barahin Al-Qati'ah" dalam banyak tempat di dalamnya, dan juga dalam fatwa-fatwa guru-guru kami rahimahumullah ta'ala, seperti dalam Fatwa Maulana Ahmad Ali Al-Muhaddith As-Sahranfuri, murid kepada Syah Muhammad Ishaq Ad-Dihlawi kemudian berhijrah, Al-Makki, kami naqalkannya sebagai contoh daripada semua fatwa-fatwa.
Beliau ditanya rahimahullah ta'ala berkenaan majlis sambutan maulid Nabi SAW dengan cara apakah dibolehkan, dan dengan cara apakah tidak dibolehkan?
Maka beliau menjawab,
[Rujuk: Mabahis Fi Aqaid Ahli as-Sunnah Al-Muhannad 'Alal Mufannad karya Imam Khalil Ahmad As-Sahranfuri m/s 78-80 terbitan Dar al-Fath]
Perkataan Imam Al-Hafiz As-Suyuti Dan Imam Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani (Bekas penuntut dan tenaga pengajar di Masjid Al-Azhar As-Syarif, Kaherah):
Imam As-Suyuti menaqalkan tentang hukum menyambut Maulid Nabi SAW oleh gurunya sendiri iaitu Imam Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani ketika ditanya ttg hukum maulid maka beliau menjawab:
وقد سئل شيخ الإسلام حافظ العصر أبو الفضل بن حجر عن عمل المولد فأجاب بما نصه: أصل عمل المولد بدعة لم تنقل عن أحد من السلف الصالح من القرون الثلاثة ولكنها مع ذلك قد اشتملت على محاسن وضدها فمن تحرى في عملها المحاسن وتجنب ضدها كان بدعة حسنة وإلا فلا
Ertinya: “Asal melakukan maulid adalah bid'ah, tidak diriwayatkan dari ulama salaf dalam tiga abad pertama, akan tetapi didalamnya terkandung kebaikan-kebaikan dan juga kesalahan-kesalahan. Barangsiapa melakukan kebaikan-kebaikan(seperti zikir, selawat, dakwah, majlis ilmu, baca sirah) di dalamnya dan menjauhi kesalahan-kesalahan(seperti ikhtilat, membazir, maksiat, konsert dll), maka ia telah melakukan bid'ah yang baik (bid'ah hasanah)(boleh buat) tetapi jika tidak menjauhi kesalahan-kesalahan, maka tak boleh dilakukan.."
( Lihat Al Hawi Lil Fatawa, As Suyuthi, 1/282, Maktabah Asy Syamilah)
Sumber : azamhusni.blogspot.com/2013/01/fatwa-sebenar-ulama-al-azhar-as-syarif.html

“Jika setiap ciptaan yang dijadikan, hatta yang tidak bernyawa sekalipun, bergembira dengan kelahiran Baginda SAW dan semua tumbuh-tumbuhan pun bergembira malahan semua binatang pun bergembira dan semua malaikat pun bergembira dan semua jin Islam bergembira di atas kelahiran Baginda SAW, maka kenapa kamu menghalang kami daripada bergembira dengan kelahiran Baginda SAW ?.”
Begitu juga jika kita lihat dalam risalah para ulama India, ramai di kalangan mereka yang membolehkan amalan ini. Ada satu risalah berjudul 'Al-Muhannad 'Alal Mufannad' karya Imam Al-Muhaddith Khalil Ahmad As-Sahranfuri(w 1346H) pengarang kitab 'Bazlul Majhud Syarah Sunan Abi Daud'.
Risalah beliau ini telah ditunjukkan kepada Syaikhul Azhar ketika itu yang bernama Imam Al-Allamah Syaikh Salim Al-Bisyri, lalu beliau menyetujui fatwa ulama India tersebut.
Imam Khalil Ahmad berkata:
"Moga dijauhkan untuk berkata seorang muslim -apatah lagi kita-,bahawa memperingati kelahiran Nabi SAW bahkan menyebut debu sepatunya dan air kencing keldai baginda SAW merupakan bid'ah buruk yang haram!!
Keadaan-keadaan yang ada kaitan paling sedikit dengan Rasulullah SAW pun, untuk menyebutnya merupakan antara sebaik-baik perkara sunat dan setinggi-tinggi galakan(mustahabb) menurut kami, sama ada mengingati kelahiran baginda SAW, atau kencingnya, tahinya, tidur dan bangunnya, sepertimana dikemukakan di dalam risalah kami berjudul "Al-Barahin Al-Qati'ah" dalam banyak tempat di dalamnya, dan juga dalam fatwa-fatwa guru-guru kami rahimahumullah ta'ala, seperti dalam Fatwa Maulana Ahmad Ali Al-Muhaddith As-Sahranfuri, murid kepada Syah Muhammad Ishaq Ad-Dihlawi kemudian berhijrah, Al-Makki, kami naqalkannya sebagai contoh daripada semua fatwa-fatwa.
Beliau ditanya rahimahullah ta'ala berkenaan majlis sambutan maulid Nabi SAW dengan cara apakah dibolehkan, dan dengan cara apakah tidak dibolehkan?
Maka beliau menjawab,
"Memperingati kelahiran mulia Sayyiduna Rasulullah SAW dengan riwayat yang sahih, dalam waktu yang bebas dari amalan ibadat fardhu, dengan tata cara yang tidak bertentangan dari jalan para sahabat dan golongan 3 kurun pertama yang disaksikan baginya kebaikan, dengan keyakinan/i'tiqad yang tidak membawa kepada syirik dan bid'ah, dengan adab yang tidak bertentangan dengan sirah para sahabat, yang mana mendapatkan pengesahan sabda Nabi SAW: "Apa yang aku berpegang dan para sahabatku", dalam majlis-majlis yang bebas dari kemungkaran syar'ie, membawa kepada kebaikan dan keberkatan, dengan syarat didampingi kebenaran niat dan ikhlas dan berkeyakinan bahawa ianya termasuk dalam kumpulan-kumpulan zikir-zikir yang baik dan sunat serta tidak terikat dengan waktu-waktu tertentu. Sekiranya begitu, maka kami tidak mengetahui siapa pun dari umat Islam yang menghukumkannya dengan tidak dibolehkan atau bid'ah, hingga hujung fatwa.."
Sekiranya bebas dari kemungkaran, maka, moga Allah melindungi kita dari berkata: Bahawa memperingati kelahiran baginda yang mulia adalah mungkar dan bid'ah.. dan bagaimana seorang muslim boleh bersangka dengan kata-kata yang hodoh ini! dan kata-kata hododh ini jika dinisbahkan kepada kami juga adalah tuduhan-tuduhan penipu-penipu besar moga Allah menghina dan melaknat mereka...."