|
Post by The Mufakkir on Nov 20, 2010 4:24:51 GMT -5
Assalamu'alaikum, mohon ustaz yang ahli dapat menerangkan tentang khalaf.
terima kasih daun keladi.. ;D
|
|
|
Post by alghazali on Nov 20, 2010 13:31:05 GMT -5
Dalam lisan Al-Arab ada menyebut:
قال ابن الأَثير:الخَلَفُ، بالتحريك والسكون، كل من يجيء بعد من مضى،
Imam Ibn 'Athir berkata: Al-Khalaf dengan tahrik dan sukun, iaitulah setiap yang datang setelah orang yang berlalu.
Begitu juga disebutkan:
والخَلَفُ والخَلْفُ: ما جاء من بعدُ
Maksudnya: KHalaf dan Khalf iaitu apa yang datang setelah itu...
Dari sudut istilah, khalaf adalah generasi dalam kalangan umat Islam yang hidup setelah berakhirnya kurun ketiga hijrah yang mana kurun pertama sehingga kurun ketiga hijrah dikenal sebagai masa "Salaf" yang diberkati.
Khalaf adalah penerus bagi salaf dan tidak ada pertentangan manhaj dan aqidah antara para ulama' salaf yang muktabar dengan para ulama' khalaf yang muktabar. Orang yang mengetengahkan idea "pertentangan antara ulama' khalaf dengan ulama' salaf" adalah orang yang tidak memahami tradisi ilmu Islam secara menyeluruh.
|
|
|
Post by The Mufakkir on Nov 20, 2010 13:38:52 GMT -5
Assalamu'alaikum,
Alhamdulillah, terima kasih ustaz atas jawapannya ;D
|
|
fah
Ahli Baru
Posts: 5
|
Post by fah on Nov 21, 2010 5:38:27 GMT -5
Salaf dan khalaf ada berkaitan dengan masa sebagaimana disebut di atas iaitu :
Salaf ialah generasi yang diberkati bermula dari kurun pertama sehingga kurun ketiga hijrah ... iaitu sehingga ke 300 hijrah.. Merekalah para sahabat Nabi Radiyallahu'anhum, zaman para tabi'in dan tabi' tabi'in..
Mafhum dari apa yang Nabi sallallohu 'alaihi wasallam : "Sebaik-baik kurun adalah kurunku, kemudian yang mengikutinya dan kemudian yang mengikutinya lagi.." Aw kama Qaal..
jika kita meluaskan pembacaan kita dalam kitab rijal atau kitab sejarah maka kita boleh mendapati nama-nama yang termasuk dalam golongan ulama salaf ini.
Selepas 300 hijrah sehingga lebih kurang 900 hijrah atau tidak lebih menurut sesetengah pendapat maka itulah generasi Khalaf. Antara ulama Khalaf yang akhir yang hidup sehingga 911 hijrah ialah Imam as-Suyuti Radiyallahu 'anhu dan ramai lagi.
-jika salah tersalah harap perbetulkan-
|
|