|
Post by The Mufakkir on Nov 20, 2010 20:43:58 GMT -5
Assalamu'alaikum,
mutakhir ini, perceraian di kalangan umat Islam (Malaysia khususnya) menjadi-jadi.
Ada yang baru berkahwin 2 minggu sudah bercerai.. bahkan ada yang dapat mengekalkan perkahwinannya berpuluh tahun.. namun akhirnya bercerai juga.
Ada tak cara/tips/langkah-langkah mengelakkan perceraian ustaz ?
Amat membimbangkan !
|
|
|
Post by almukminun on Nov 22, 2010 10:41:15 GMT -5
Terima kasih atas pertanyaan Tuan Zulwaqar.
Tidak dinafikan, kes-kes perceraian semakin meningkat hari demi hari. Untuk rekod, kes-kes yang saya hadapi secara lagsung di pejabat sangat mengusarkan. Majoriti usia di kalangan 20 an - 40 an.
Perihal talaq itu hukumnya diharuskan, apabila ia tidak disertai dengan penganiayaan yang salah. Namun, si isteri pasti berasa duka kerana disakiti atas talaq yang jatuh atasnya, melainkan jika berlaku kesalahan dari pihak isteri, atau timbulnya darurat di pihak suami.
Begitu pula Islam menyantuni para penganutnya agar menjauhi menyakiti hati mukmin lain, waima, jauh sekali Islam membenarkan menyakiti hati bukan Islam.
Maka, Islam hadir dalam kaedah hukum yang bukan bermudah-mudah atau dengan hanya bersandarkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah tanpa beserta ijma ulama. Islam tidak sewenang-wenangnya menghalalkan penceraian.
Firman ALLAH SWT: “Jika isteri-isteri itu mentaati kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menganiayai mereka” [An-Nisa:34]
Saya ringkaskan isu yang sering menjadi pertikaian hingga penceraian dipilih sebagai jalan penyelesaian.
1.Kewangan 2.Suami tidak menjalankan tanggungjawab : rumah/ nafkah kewangan / pakaian. 3.Suami main kayu tiga. Alasannya sudah bosan dengan isteri yang dinikahi. 4.Isteri inginkan kemewahan melebihi kemampuan suami 5.Tidak tahan melayan karenah anak kerana suami dan isteri sudah terlalu sibuk di tempat kerja.
Saya melihat bahawa tewas dengan keinginan nafsu menjadi faktor utama perceraian. Perasaan tidak merasa cukup dengan harta yang dimiliki menimbulkan keresahan yang dicipta sendiri.
Suami, kadangkala suami melihat sesuatu perkara itu sangat kecil, isu remeh, tetapi ingat, beza penciptaan lelaki dan wanita yang sejak azali ALLAH SWT Yang Maha Mulia ciptakan hadir dengan pelbagai perbezaan untuk saling melengkapi. Suami jangan melihat sesuatu isu itu kecil, tetapi harus bersungguh menyelesaikannya mengikut upaya.
Cintailah majlis-majlis ilmu, hadir dan belajar di kalangan guru-guru yang mursyid. Jika dahulu suami atau isteri ketika bujang kerap menghadiri majlis talaqqi dan usrah tetapi apabila berumah tangga budaya ini menjadi lesu. Maka, jiwa menjadi kering dengan inti ilmu. Hati para isteri dan suami perlu dsirami dengan kalam orang-orang sholeh. Kadangkala apabila kita pergi ke majlis-majlis pengajian, mendengar ucapan para ulama membuatkan kita terasa, seolah-olah kitalah orang atau contoh yang dimaksudkan, sedangkan kita tidak pernah menceritakannya kepada orang lain. Inilah yang dinamakan ilmu firasat.
اتقوا فراسة المؤمن ، فإنه ينظر بنور الله
“Takutlah (hati- hatilah) dengan firasat orang yang beriman, sesungguhnya dia melihat dengan cahaya ALLAH. “
apakah dengan mengenal Tuhan, kita selaku hamba akan bermudah-mudah meninggalkan suruhan ALLAH serta melayan mainan nafsu yang mengiginkan kita bercerai?
WALLAHu'alam
|
|
bendol
Rakan Ad-Deen

Posts: 14
|
Post by bendol on Apr 20, 2014 23:26:19 GMT -5
Tips yang paling Utama, ialah
Hendaklah diri menjadi Ikhlas
Ingatlah yang segala yang berlaku itu daripada Allah Gerak dan Diam itu daripada Allah
Maksudnya peliharalah diri masing masing agar terhindar dari, menurutkan Nafsu dan bisikan Syaitan
di hadapan kita, Ialah Ujian Allah, selamatkan diri, dengan kekal berada di dalam sunnah, inshaAllah
|
|