Post by Kopiah on Mar 9, 2011 6:35:12 GMT -5
Artikel ini bukan ingin menghalangi anda dari membaca Sahih Muslim. Sebaliknya, tulisan ini hanya ingin menempatkan Sahih Muslim di tempat yang sepatutnya.
Kitab Sohih Muslim (tajuk aslinya: Al-Musnad Al-Shahih Al-Mukhtasar min Al-Sunan bi Naql al-’Adl ’an al-’Adl ’an Rasululillah Saw) adalah antara mahakarya dalam ilmu hadis yang paling unggul. Hadis-hadis yang tercantum di dalamnya berasal dari 300 ribu hadis yang telah disaring dengan teliti, lalu diperlihatkan kepada berbagai pakar hadis di masanya untuk penyemakan silang. Hasilnya, kitab Sahih Muslim menjadi salah satu rujukan terpenting untuk mendapatkan hadis-hadis yang sahih berasal dari Nabi Saw.
Dari Abu Hamid Ibn Al-Syarqi, berkata Imam Muslim:[1]
Berkata Makki bin ‘Abdan: Aku mendengar Muslim berkata:[2]
***
Apabila membaca Sahih Muslim, saya yakin bahawa kitab ini murni berorientasi hadis, bukan fiqh. Maksud saya, perhatian utama Imam Muslim apabila menyusun kitab ini lebih tertuju kepada memastikan kesahihan suatu riwayat ketimbang istinbat hukum yang terkandung di dalamnya. Maka hanya pembaca yang menguasai logik dan perspektif ahli hadis sahaja yang dapat memahami isyarat-isyarat Imam Muslim dalam kitab ini dan menggali imu-ilmu yang tersembunyi di dalamnya. Adapun pembaca yang pikirannya hanya tertuju kepada istinbat hukum, apalagi orang awam yang tidak mengkaji ilmu alat dengan sempurna, maka keduanya tidak mungkin dapat menggunakan kitab ini sepertimana yang diinginkan oleh penulisnya sendiri.
Kitab Sahih Muslim berbeza dengan Sahih Al-Bukhari. Jika Al-Bukhari sangat aktif memperlihatkan “ijtihad pribadinya” setiap kali meriwayatkan hadis, seperti yang terlihat dalam tajuk-tajuk babnya, Muslim menulis kitabnya tanpa bab-bab bertajuk. Siapa yang mengkaji kitab ini pasti yakin bahawa Imam Muslim mengelompokkan hadis-hadisnya dalam suatu kelompok tertentu, namun beliau tidak menamakan kelompok itu dengan tajuk tertentu.[3] Beliau hanya menyebutkan nama kitab (misal: kitab Solat) lalu mengisinya dengan hadis-hadis dari berbagai sanad. Para ulama terkemudian, salah satunya Imam Al-Nawawi, menamakan kumpulan menjadi bab-bab yang bertajuk tertentu.[4]
Susunan (tertib) hadis-hadis dalam sahih muslim diiktiraf memiliki nilai ilmiah yang sangat tinggi sehingga sebahagian ahli hadis menempatkan kitab ini di atas Sahih Al-Bukhari karenanya. Imam Muslim biasa membuka kumpulan hadis (atau bab) dengan hadis-hadis bermutu tinggi (dikenal dengan istilah usul), lalu mengiringinya dengan hadis-hadis lain yang memiliki kandungan yang mirip namun dengan sanad yang berbeza (mutabaat dan syawahid). Jaminan sahih hanya diberikan kepada hadis-hadis kategori usul, sementara mutabaat dan syawahid nilainya sangat beragam. Sebahagiannya sahih, namun tidak sedikit juga yang daif karena ‘illat yang terkandung di dalamnya.
Membezakan hadis-hadis usul daripada mutabaat dan syawahid sangat penting disadari oleh setiap orang yang membaca dan mengkaji kitab ini untuk tujuan istinbat hukum. Kebanyakan, kalau tidak semua, kritikan yang ditujukan kepada sahih Muslim tertuju kepada hadis-hadis dalam kategori mutabaat dan syawahid.[5] Sementara hadis-hadis usul, kalaupun ada kritikan yang tertuju kepadanya, maka kebenaran selalunya memihak kepada Imam Muslim. Kegagalan membezakaan hadis-hadis Sahih Muslim ini hanya akan membawa kekeliruan dalam menilai hadis, selanjutnya menyebabkan kesalahan dalam membangun akidah dan fiqh pegangan kita.
Dan, harus diakui, hanya para pakar hadis yang dapat melakukan tugasan ini dengan baik, bukan orang yang tidak pernah mengkaji ilmu hadis dengan mendalam ataupun orang awam. Imam Abu Ismail Abdullah bin Ahmad Al-Ansari (w. 481H) pernah berkata:[6]
***
Anda mungkin bertanya: Jika benar ada hadis-hadis mutabaat dan syawahid di dalam Sahih Muslim, apa sebenarnya maksud dan tujuan Imam Muslim meriwayatkan hadis-hadis ini?
Jawapan untuk soalan ini sangat beragam dan berbeza satu hadis dengan yang lain. Di bawah ini, saya akan menyebutkan sebahagian daripada motif-motif tersebut sebagaimana pengamatan saya apabila membaca hadis-hadis yang terkandung di dalam kitab ini. Saya akan menyebutkan satu misal yang diambil dari kitab Sahih Muslim untuk menjelaskan perkara ini secara lebih praktikal.
1. Sebagai Penguat Kandungan Hadis Usul.
Ini adalah motif utama Imam Muslim meriwayatkan hadis-hadis mutabaat dan syawahid selepas hadis usul, yakni sebagai penyokong sekaligus bukti bahawa hadis usul yang ia riwayatkan ini tidak syadz, malah memiliki jalur yang cukup banyak.
Motif ini jelas sekali dapat kita temukan dalam berbagai tempat di Sahih Muslim. Salah satunya dalam kitab bersuci (al-Taharah), Imam Muslim meriwayatkan hadis Ibn ‘Uyainah, dari Abu Al-zinad, dari Al-A’raj, dari Abu Hurairah, bahawa Nabi Saw bersabda:[7]
Beliau lalu menyokong hadis ini dengan riwayat Abdurazzaq, dari Ma’mar, dari Hammam, dari Abu Hurairah, dari Nabi Saw:[8]
Selanjutnya, diikuti dengan hadis Malik, dari Ibn Syihab, dari Abu Idris Al-Khaulani, dari Abu Hurairah, bahawa Nabi Saw bersabda: “Sesiapa yang berwudhu, maka masukkanlah air di hidungnya. Dan sesiapa yang beristinja dengan batu, maka ganjilkanlah.” Riwayat ini dikuatkan dengan riwayat Yunus, dari Ibn Syihab, dari Abu Idris, dari Abu Hurairah, dari Nabi Saw dengan lafaz yang serupa.[9]
Hadis ini lalu diikuti dengan hadis Ibn Al-Had, dari Muhammad bin Ibrahim, dari ‘Isa bin Talhah, dari Abu Hurairah, bahawa Nabi Saw bersabda:[10]
Bab ini lalu ditutup dengan riwayat Abdurazzaq, dari Ibn Juraij, dari Abu Al-Zubair, dari Jabir, bersabda Nabi Saw:[11]
Semua riwayat yang disebutkan ini sahih dan saling menyokong satu sama lain. Imam Muslim menyusunnya dengan sangat teliti dan menempatkan sanad yang terkuat sebelum sanad yang lebih rendah daripadanya.
Dalam kitab Al-Radha’ (susuan), Imam Muslim meriwayatkan dari Sufyan Al-Thauri, dari Muhammad bin Abi Bakar, dari Abdul Malik bin Abi Bakar bin Abdurahman bin Al-Harith bin Hisyam, dari bapanya, dari Umi Salamah bahawa Nabi Saw apabila mengawininya menetap bersama selama tiga hari.[12] Hadis ini bersambung (muttasil) dari awal hingga ke akhirnya.
Setelah hadis ini, Imam Muslim lalu meriwayatkan dari Malik, dari Abdullah bin Abi Bakar, dari Abdul Malik bin Abi Bakar, dari Abdul Malik bin Abi Bakar, dari Abu Bakar bin Abdurahman, dari Nabi Saw.[13] Hadis ini mursal sebab ia tidak menyebutkan sahabat yang menghubungkan antara Abu Bakar bin Abdurahman dan Nabi Saw. Riwayat ini disokong oleh riwayat Sulaiman bin Bilal, dari Abdurahman bin Humaid, dari Abdul Malik bin Abu Bakar yang meriwayatkannya secara mursal seperti riwayat Malik.[14]
Ini menunjukkan adanya ikhtilaf di dalam sanad hadis ini, adakah ianya muttasil ataukah mursal. Kenyataan Imam Muslim mendahulukan hadis Sufyan yang muttasil menunjukkan bahawa beliau memilih untuk mensahihkan hadis ini dan menerima sanad Sufyan sebagai ziyadah thiqat. Beliau lalu menyokongnya dengan riwayat Abdurahman bin Ziyad, dari Abu Bakar bin Abdurahman, dari Umi Salamah di akhir bab.[15]
Kebalikan daripada kes ini adalah hadis yang diriwayatkan Imam Muslim di Mukaddimah Sahih-nya, dari Muadz Al-‘Anbari dan Ibn Mahdi, keduanya dari Syu’bah, dari Khubaib bin Abdirahman, dari Hafs bin ‘Asim, bahawa Nabi Saw bersabda: “Cukuplah seseorang berdusta, jika ia menceritakan semua yang ia dengar.”[16] Hadis ini mursal sebab Hafs bin ‘Asim bukan seorang sahabat, jadi tidak pernah berjumpa dengan Nabi Saw.
Imam Muslim lalu meriwayatkan setelahnya hadis dari ‘Ali bin Hafs, dari Syu’bah, dengan sanad dan matan seperti di atas, hanya sahaja ia berkata: dari Hafs bin ‘Asim, dari Abu Hurairah, dari Nabi Saw.[17] Jadi, ‘Ali bin Hafs menyebutkan di dalam sanad hadis ini nama Abu Hurairah, sementara murid-murid Syu’bah yang lain tidak menyebutkannya.
Imam Muslim mengisyaratkan bahawa tambahan ini lemah dan tertolak dengan meletakkan hadis mursal riwayat Mu’az dan Ibn Mahdi sebelum hadis ‘Ali bin Hafs. Hadis ini, dengan begitu, adalah mursal menurut Imam Muslim.[18]
Kitab Sohih Muslim (tajuk aslinya: Al-Musnad Al-Shahih Al-Mukhtasar min Al-Sunan bi Naql al-’Adl ’an al-’Adl ’an Rasululillah Saw) adalah antara mahakarya dalam ilmu hadis yang paling unggul. Hadis-hadis yang tercantum di dalamnya berasal dari 300 ribu hadis yang telah disaring dengan teliti, lalu diperlihatkan kepada berbagai pakar hadis di masanya untuk penyemakan silang. Hasilnya, kitab Sahih Muslim menjadi salah satu rujukan terpenting untuk mendapatkan hadis-hadis yang sahih berasal dari Nabi Saw.
Dari Abu Hamid Ibn Al-Syarqi, berkata Imam Muslim:
“Tidaklah aku mencantumkan hadis di dalam Musnad ini melainkan dengan hujjah. Dan tidaklah aku menggugurkannya melainkan dengan hujjah.”
Berkata Makki bin ‘Abdan: Aku mendengar Muslim berkata:
“Aku perlihatkan kitab Musnad-ku ini kepada Abu Zur’ah. Setiap hadis yang beliau katakan mengandungi ‘illat, maka aku tinggalkannya. Dan setiap hadis yang beliau katakan sahih dan tidak ada ‘illat, maka itulah yang aku cantumkan. Andai seorang ahli hadis menulis hadis selama 200 tahun, niscaya ia hanya akan berputar di sekitar kitab Musnad ini juga.”
***
Apabila membaca Sahih Muslim, saya yakin bahawa kitab ini murni berorientasi hadis, bukan fiqh. Maksud saya, perhatian utama Imam Muslim apabila menyusun kitab ini lebih tertuju kepada memastikan kesahihan suatu riwayat ketimbang istinbat hukum yang terkandung di dalamnya. Maka hanya pembaca yang menguasai logik dan perspektif ahli hadis sahaja yang dapat memahami isyarat-isyarat Imam Muslim dalam kitab ini dan menggali imu-ilmu yang tersembunyi di dalamnya. Adapun pembaca yang pikirannya hanya tertuju kepada istinbat hukum, apalagi orang awam yang tidak mengkaji ilmu alat dengan sempurna, maka keduanya tidak mungkin dapat menggunakan kitab ini sepertimana yang diinginkan oleh penulisnya sendiri.
Kitab Sahih Muslim berbeza dengan Sahih Al-Bukhari. Jika Al-Bukhari sangat aktif memperlihatkan “ijtihad pribadinya” setiap kali meriwayatkan hadis, seperti yang terlihat dalam tajuk-tajuk babnya, Muslim menulis kitabnya tanpa bab-bab bertajuk. Siapa yang mengkaji kitab ini pasti yakin bahawa Imam Muslim mengelompokkan hadis-hadisnya dalam suatu kelompok tertentu, namun beliau tidak menamakan kelompok itu dengan tajuk tertentu.[3] Beliau hanya menyebutkan nama kitab (misal: kitab Solat) lalu mengisinya dengan hadis-hadis dari berbagai sanad. Para ulama terkemudian, salah satunya Imam Al-Nawawi, menamakan kumpulan menjadi bab-bab yang bertajuk tertentu.[4]
Susunan (tertib) hadis-hadis dalam sahih muslim diiktiraf memiliki nilai ilmiah yang sangat tinggi sehingga sebahagian ahli hadis menempatkan kitab ini di atas Sahih Al-Bukhari karenanya. Imam Muslim biasa membuka kumpulan hadis (atau bab) dengan hadis-hadis bermutu tinggi (dikenal dengan istilah usul), lalu mengiringinya dengan hadis-hadis lain yang memiliki kandungan yang mirip namun dengan sanad yang berbeza (mutabaat dan syawahid). Jaminan sahih hanya diberikan kepada hadis-hadis kategori usul, sementara mutabaat dan syawahid nilainya sangat beragam. Sebahagiannya sahih, namun tidak sedikit juga yang daif karena ‘illat yang terkandung di dalamnya.
Membezakan hadis-hadis usul daripada mutabaat dan syawahid sangat penting disadari oleh setiap orang yang membaca dan mengkaji kitab ini untuk tujuan istinbat hukum. Kebanyakan, kalau tidak semua, kritikan yang ditujukan kepada sahih Muslim tertuju kepada hadis-hadis dalam kategori mutabaat dan syawahid.[5] Sementara hadis-hadis usul, kalaupun ada kritikan yang tertuju kepadanya, maka kebenaran selalunya memihak kepada Imam Muslim. Kegagalan membezakaan hadis-hadis Sahih Muslim ini hanya akan membawa kekeliruan dalam menilai hadis, selanjutnya menyebabkan kesalahan dalam membangun akidah dan fiqh pegangan kita.
Dan, harus diakui, hanya para pakar hadis yang dapat melakukan tugasan ini dengan baik, bukan orang yang tidak pernah mengkaji ilmu hadis dengan mendalam ataupun orang awam. Imam Abu Ismail Abdullah bin Ahmad Al-Ansari (w. 481H) pernah berkata:
“Kitab Al-Tirmidzi menurutku lebih bermanfaat daripada kitab al-Bukhari dan Muslim. Sebab kedua kitab ini tidak dapat dikeluarkan faedah (ilmu-ilmu) daripadanya melainkan oleh seorang ulama yang sangat pakar. Adapun kitab Al-Tirmidzi, maka semua orang boleh mengambil faedah daripadanya.”
***
Anda mungkin bertanya: Jika benar ada hadis-hadis mutabaat dan syawahid di dalam Sahih Muslim, apa sebenarnya maksud dan tujuan Imam Muslim meriwayatkan hadis-hadis ini?
Jawapan untuk soalan ini sangat beragam dan berbeza satu hadis dengan yang lain. Di bawah ini, saya akan menyebutkan sebahagian daripada motif-motif tersebut sebagaimana pengamatan saya apabila membaca hadis-hadis yang terkandung di dalam kitab ini. Saya akan menyebutkan satu misal yang diambil dari kitab Sahih Muslim untuk menjelaskan perkara ini secara lebih praktikal.
1. Sebagai Penguat Kandungan Hadis Usul.
Ini adalah motif utama Imam Muslim meriwayatkan hadis-hadis mutabaat dan syawahid selepas hadis usul, yakni sebagai penyokong sekaligus bukti bahawa hadis usul yang ia riwayatkan ini tidak syadz, malah memiliki jalur yang cukup banyak.
Motif ini jelas sekali dapat kita temukan dalam berbagai tempat di Sahih Muslim. Salah satunya dalam kitab bersuci (al-Taharah), Imam Muslim meriwayatkan hadis Ibn ‘Uyainah, dari Abu Al-zinad, dari Al-A’raj, dari Abu Hurairah, bahawa Nabi Saw bersabda:
“Apabila salah seorang kamu beristinja dengan batu, maka beristinjalah tiga kali. Dan jika seseorang kamu berwudhu, maka masukkanlah air di hidungnya lalu hembuskanlah.”
Beliau lalu menyokong hadis ini dengan riwayat Abdurazzaq, dari Ma’mar, dari Hammam, dari Abu Hurairah, dari Nabi Saw:
“Jika salah seorang kamu berwudhu, maka masukkanlah air ke hidungnya lalu hembuskanlah.”
Selanjutnya, diikuti dengan hadis Malik, dari Ibn Syihab, dari Abu Idris Al-Khaulani, dari Abu Hurairah, bahawa Nabi Saw bersabda: “Sesiapa yang berwudhu, maka masukkanlah air di hidungnya. Dan sesiapa yang beristinja dengan batu, maka ganjilkanlah.” Riwayat ini dikuatkan dengan riwayat Yunus, dari Ibn Syihab, dari Abu Idris, dari Abu Hurairah, dari Nabi Saw dengan lafaz yang serupa.[9]
Hadis ini lalu diikuti dengan hadis Ibn Al-Had, dari Muhammad bin Ibrahim, dari ‘Isa bin Talhah, dari Abu Hurairah, bahawa Nabi Saw bersabda:
“Jika salah seorang kamu bangkit dari tidurnya, maka masukkanlah air ke hidungnya tiga kali. Sebab setan menginap di lubang hidungnya.”
Bab ini lalu ditutup dengan riwayat Abdurazzaq, dari Ibn Juraij, dari Abu Al-Zubair, dari Jabir, bersabda Nabi Saw:
“Apabila salah seorang kamu beristinja dengan batu, maka ganjilkanlah.”
Semua riwayat yang disebutkan ini sahih dan saling menyokong satu sama lain. Imam Muslim menyusunnya dengan sangat teliti dan menempatkan sanad yang terkuat sebelum sanad yang lebih rendah daripadanya.
2. Menunjukkan Tambahan (ziyadah) Di Dalam Sanad.
Dalam kitab Al-Radha’ (susuan), Imam Muslim meriwayatkan dari Sufyan Al-Thauri, dari Muhammad bin Abi Bakar, dari Abdul Malik bin Abi Bakar bin Abdurahman bin Al-Harith bin Hisyam, dari bapanya, dari Umi Salamah bahawa Nabi Saw apabila mengawininya menetap bersama selama tiga hari.[12] Hadis ini bersambung (muttasil) dari awal hingga ke akhirnya.
Setelah hadis ini, Imam Muslim lalu meriwayatkan dari Malik, dari Abdullah bin Abi Bakar, dari Abdul Malik bin Abi Bakar, dari Abdul Malik bin Abi Bakar, dari Abu Bakar bin Abdurahman, dari Nabi Saw.[13] Hadis ini mursal sebab ia tidak menyebutkan sahabat yang menghubungkan antara Abu Bakar bin Abdurahman dan Nabi Saw. Riwayat ini disokong oleh riwayat Sulaiman bin Bilal, dari Abdurahman bin Humaid, dari Abdul Malik bin Abu Bakar yang meriwayatkannya secara mursal seperti riwayat Malik.[14]
Ini menunjukkan adanya ikhtilaf di dalam sanad hadis ini, adakah ianya muttasil ataukah mursal. Kenyataan Imam Muslim mendahulukan hadis Sufyan yang muttasil menunjukkan bahawa beliau memilih untuk mensahihkan hadis ini dan menerima sanad Sufyan sebagai ziyadah thiqat. Beliau lalu menyokongnya dengan riwayat Abdurahman bin Ziyad, dari Abu Bakar bin Abdurahman, dari Umi Salamah di akhir bab.[15]
3. Menunjukkan Kesalahan Perawi di Dalam Sanad.