|
Post by alghazali on Nov 18, 2010 11:43:39 GMT -5
Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi telah menyimpulkan beberapa punca yang menyebabkan kehancuran pelbagai umat menurut neraca Al-Qur’an dan As-Sunnah, di dalam buku beliau “Al-Islam… hadharah Al-Ghod” (Islam…Tamadun Masa Hadapan) iaitu:
1) Sikap menentang terhadap ayat-ayat Allah s.w.t. dan para Rasul-Nya.
2) Menuruti perintah penguasa yang zalim lagi ganas, yang hidup berpoya-poya, melakukan kerosakan di muka bumi, tanpa melalukan pembaikan, seperti yang dilakukan oleh kaum ‘Ad dan Thamud.
3) Berbangga dengan pengetahuan materialistik, berpaling daripada ilmu wahyu seperti yang diceritakan oleh Allah s.w.t. pada akhir surah Ghafir.
4) Terpesona dengan kekuatan materialistik dan kekayaan harta dengan melupakan kemurkaan Allah s.w.t., seperti yang dilakukan oleh Fir’aun dan Qarun.
5) Kezaliman dan kebongkakan yang keluar dari batas kebenaran, khususnya terhadap orang-orang miskin dan lemah, seperti yang dilakukan oleh bangsa Madyan dan kaum Nabi Syu’aib a.s..
6) Melakukan perkara keji dan kotor, serta mengikuti hawa nafsu seperti penyelewengan seksual yang dilakukan oleh kaum Nabi Lut a.s..
7) Meluasnya kerosakan di bumi dan kemungkaran secara terang-terangan tanpa ada usaha untuk menghentikannya seperti yang dilakukan oleh Bani Israel.
[Sumber: Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, Tamadun Islam dan Alternatif Masa Depan (terjemahan), m/s 139 (Maktabah Qardhawi, Selangor 1999)]
|
|
|
Post by sandrajames on May 18, 2018 2:05:37 GMT -5
Ahli sejarah menawarkan pelbagai kriteria untuk tamadun, tetapi kebanyakan senarai termasuk faktor penting berikut: Penduduk yang besar dan berpusat Lebihan makanan Kerajaan berpusat Perpaduan agama Pembahagian buruh yang kompleks Wang yang dikutip melalui cukai Ada masa ketika mereka akan bekerja tanpa mendapat gaji dan sakit kepala sebelah kanan Ini digunakan untuk menimbulkan banyak masalah untuk mereka.
|
|