Post by anissophea on Jun 15, 2020 23:29:13 GMT -5
Bermain dengan Bahasa: Tips Mudah dan Cara Nak Pandai Bahasa Inggeris
Anda tahu cara untuk bercakap Bahasa Inggeris.
Anda sudahpun mengetahui asas-asasnya; anda juga mampu untuk bercakap yang mudah-mudah,
Anda boleh menamakan kesemua benda yang anda lihat, anda juga sudah mampu melalui pemeriksaan kastam dan keselamatan di lapangan terbang dan lain-lain lagi.
Tetapi bagaimana caranya untuk terus meningkat dan betul-betul pandai Bahasa Inggeris?
Anda boleh bercakap—ya betul—tetapi bagaimana untuk bercakap dengan penuh keyakinan?
Anda sudah dapat membayangkan tahap kemahiran Bahasa Inggeris yang seterusnya, namun, anda tidak tahu caranya untuk mendaki ke tingkat yang seterusnya. Tambahan pula, anda sudahpun bosan dengan rumitnya grammar……
Jadi apa yang anda perlu buat?
BERHENTI belajar Bahasa Inggeris dan MULA bermain dengannya!
Anda sudahpun menghafal, mengulang-ulang, membuat latihan—maka sekarang adalah masa untuk berseronok! Apabila anda mula bermain dengan sesuatu bahasa, ketahuilah bahawa anda sudahpun semakin hampir untuk menjadi seorang yang benar-benar mahir dalam Bahasa Inggeris.
Seorang applied linguist (pakar bahasa) Guy Cooke percaya bahawa:
Permainan bahasa tidak seharusnya dianggap sebagai aktiviti trivia atau sampingan sahaja, namun ianya adalah teras kepada gaya fikir dan budaya manusia, untuk pembelajaran, memupuk kreativiti dan sifat inkuisitif. Ia juga memenuhi satu fungsi utama bagi bahasa itu sendiri, yang merupakan satu asa kepada kapasiti manusia untuk mengadaptasi; sebagai seorang individu, sekelompok masyarakat dan sebagai satu spesis hidupan (Katalog UK).
Ringkasannya, untuk bercakap dengan lancar di dalam bahasa yang kedua, ketiga malah yang keempat, anda mestilah mampu untuk bermain dengannya. Dan apa yang kami maksudkan dengan bermain dengan bahasa adalah bila mana anda mampu menyelami bahasa sesuatu bahasa itu melalui budaya dan sifat linguistiknya.
Kami rangkumkan di bawah, satu senarai cara-cara yang berbeza, untuk anda gunakan dan bermain dengan Bahasa Inggeris. Tidak kiralah cara apa sekalipun yang anda pilih, namun, pastikan ianya seronok dan disukai anda. Jika tidak, ia bermakna yang anda tidak akan betul-betul bermain dengannya!
Teruskan mencuba cara yang berlainan sehingga menjumpai sesuatu yang betul-betul serasi dengan diri anda. Cara-cara yang dinyatakan dibawah akan membantu anda menjadi seorang yang betul-betul pandai dan mahir dan berbahasa inggeris. Ianya akan membantu anda menyelami bukan sahaja gaya bahasanya, namun, budayanya sekali. Ada sebahagian daripadanya boleh dilakukan secara bersendirian, namun, terdapat juga permainan seperti latihan percakapan yang memerlukan anda mecari rakan atau pasangan.
Namun begitu, apa sekalipun, pastikan anda berseronok!
Learn a foreign language with videos
1) Cuba bermain dengan beberapa Tongue Twisters
Apa yang anda bakal pelajari: Pronunciation, ketepatan sebutan.
Biarkan rakan anda berasa kagum mendengar anda menyebut perkataan-perkataan dari Tounge Twister. Jangan bimbang sekiranya anda memrlukan masa untuk mengulang-ulang ayat-ayat ini, kerana Tounge Twister ini juga terbukti sukar sungguhpun buat para penutur asli.
Contoh: “If two witches would watch two watches, which watch would which witch watch?”
Adakah anda berjaya untuk menyebutnya dengan tepat?
Ikuti link ini untuk mendapatkan lebih daripada 600 tongue twister yang lain, dan mungkin juga anda boleh cuba untuk mencipta ayat lembut lidah anda sendiri!
....baca lebih lanjut di... MyCambridge.blogspot.com
.