Post by Kopiah on Nov 19, 2010 7:05:19 GMT -5
Daripada Yazid bin Abi Maryam r.a berkata : Telah menemuiku 'Ubayah bin Rifa'ah bin Rafi' r.a ketika aku sedang berjalan untuk pergi mengerjakan solat Jumaat, lalu ia berkata : Gembiralah, sesungguhnya langkah kamu ini dihitung di jalan Allah, aku telah mendengar Abu 'Abs berkata : RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam brsabda :
من اغبرت قدماه في سبيل الله فهما حرام على النار
ertinya : Sesiapa yang berdebu kedua kakinya di jalan Allah maka kedua-duanya diharamkan daripada disentuh oleh api neraka.
Diriwayatkan oleh at Tirmidzi dan ia berkata : Hadith Hasan Sahih
Diriwayatkan oleh Imam al Bukhari berkata 'Ubayah:
Dalam riwayat lain :
Dalam riwayat ini tidak disebutkan kata-kata 'Ubayah kepada Yazid.
Keterangan :
Hari Jumaat adalah merupakan penghulu segala hari. satu amalan kebajikan yang dilakukan padanya akan digandakan dengan sepuluh kali ganda berbanding dengan hari-hari yang lain.
Dalamnya terdapat satu waktu yang mustajab doa dan waktu ini adalah tersembunyi dan tidak diketahui secara tepat dan pasti oleh kita. Hikmah Allah Subhanahu wa Ta'ala tidak mendedahkannya ialah supaya kita sentiasa berdoa dan mendekatkan diri kepadaNya di sepanjang siang dan malam Jumaat.
Dalam hadith ini, RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam telah menyatakan bahawa salah satu daripada kelebihan hari Jumaat daripada siksaan neraka dan perjalanannya disamakan dengan berjihad di jalan Allah.
Berdasarkan hadith ini juga ulamak berpendapat bahawa disunatkan ke masjid dengan melalui jalan yang jauh dan pulang dengan jalan yang dekat. Ini kerana makin jauh perjalanan makin banyak kelebihan yang akan diperolehi.
WaLlahua'lam
Rujukan : Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al Banjari Al Makki, Golongan Yang dijamin Bebas Dari Neraka, Cet 1 2010, Kedah

"AKu ditemui oleh Abu 'Abs ketika aku sedang dalam perjalanan untuk mengerjakan solat Jumaat. Dia berkata : Aku telah mendengar RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam bersabda :
من اغبرت قدماه فى سبيل الله, حرمه الله على النار
Ertinya : Sesiapa yang berdebu kedua kakinya di jalan Allah, Allah akan mengharamkannya daripada neraka.
من اغبرت قدماه فى سبيل الله, حرمه الله على النار
Ertinya : Sesiapa yang berdebu kedua kakinya di jalan Allah, Allah akan mengharamkannya daripada neraka.
Dalam riwayat lain :
ما اغبرت قدما عبد فى سبيل الله فتمسه النار
Ertinya : Tidak berdebu dua kaki seseorang hamba pada jalan Allah, lalu ia disentuh neraka.