|
Post by Kopiah on Apr 28, 2011 5:29:13 GMT -5
Tajuk Buku : "Menyingkap Tabir Bahagia" : Penulis : Ustaz Raja Ahmad Mukhlis 1. Buku ini menarik dan sesuai untuk dibaca oleh pelbagai peringkat umur. Buku ini juga memberi peluang kepada pembaca untuk meneroka dan menemui sinaran kebahagiaan dalaman yang hakiki. Profesor Madya Dr Nik Hasnaa Nik Mahmood. UTM International Campus Di Johor, buku ini boleh didapati di Plaza Angsana, Badan cemerlang Sdn Bhd. Atau boleh berhubung dengan : Pelima Media Sendirian Berhad (852961-A), 3-1-1, Jalan Medan Pusat Bandar 4A, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA. Nombor Telefon : Telefon Pejabat • +6 (03) - 8926 7746 Fax Pejabat• +6 (03) - 8927 3479 Telefon Bimbit • +6 (016) - 209 9454 Laman Web : www.pelima.com.my/
|
|
|
Post by Kopiah on Dec 30, 2011 19:12:54 GMT -5
Bustanul 'Arifin (Taman Orang-orang Yang Arifin)
Karangan : Imam An Nawawi
Terjemahan : Sheikh Ahmad Fahmi Zamzam
Terbitan : Khazanah Banjariah
|
|
|
Post by Kopiah on Dec 31, 2011 8:59:55 GMT -5
Tajuk Kitab : Da'wah At Tasawwuf Ila Al 'Amal Bi Asy Syari'ati wa Hakikati Al Asya'iroh (Misi Ulama' Tasauf Ke arah Beramal Dengan Syariat dan Hakikat Asya'iroh)
Penulis : Sayyid Muhammad Alwi Al Maliki Al Makky
Penterjemah : Mohammad Nasrul Abdul Shamad
Terbitan : Pustaka Darussalam
Sinopsis :
Ini merupakan himpunan dua risalah ringkas hasil tulisan Sayyid Muhammad Alwi Al Maliki Al Makky. Beliau merupakan salah seorang Ulamak dari Tanah Haram makkah. Risalah yang pertama membicarakan tentang hakikat tasawwuf yang sering ditohmah dengan kesesatan dan disalahertikan ucapan mereka. Hakikatnya, mereka merupakan kelompok yang paling tegas beramal dengan al Quran dan as Sunnah. Di dalam risalah ini penulis menerangkan kembali hakikat tasawuuf yang sebenar berdasarkan lidah ahli tasawwuf sendiri bukan dari mereka yang tersesat dari jalan tasawwuf atau dari ucapan hati busuk yang dengki kepada tasawwuf.
Adapun risalah kedua perbicaraan berkenaan siapakah sebenarnya Ahli Sunnah Wal Jama'ah. Berkurun lama, setiap kali disebut Ahli Sunnah Wal Jama'ah di dalam kitab-kitab ilmu, ia diertikan kepada Asya'iroh. Tetapi fitnah yang berlaku pada hari ini menuduh Asya'iroh bukan dari aqidah ahli Sunnah dan Salaf sedangkan itulah aqidah yang dipegang oleh 2/3 dunia dan ulama terdahulu. Asya'iroh tidak pernah membina aqidah yang baharu bahkan mereka mengukuhkan apa yang dibawa oleh generasi salaf terdahulu. Itulah aqidah yang dipegang oleh Ulama Hanafiah, Malikiyah, Syafiiyyah dan kebanyakan Hanabilah yang terdahulu.
Bila ditanya kenapa dituduh Asya'iroh sebagai aqidah sesat, dijawab kerana ditakwilkan ayat-ayat mutasyabihat. Hakikatnya semua ayat yang ditakwil datang dari takwil Ulama Salaf. Siapakah yang tersesat dan pengikut Salaf sebenarnya ?
Kesimpulannya segala fitnah yang menimpa tasawwuf dan Asya'iroh tidak lebih adalah hikmah daripada Allah untuk memperkenalkan kembali kebenaran dan menutup kebatilan.
|
|