Post by The Mufakkir on Jun 1, 2011 9:36:27 GMT -5
Assalamu'alaikum ustaz, seorang cikgu Sejarah dan Geografi bernama Hairi Nonchi menyatakan hadith mengenai bacaan al fatihah selepas solat sebagai palsu. Dan Umat Islam yang mengkhususkan bacaan al Fatihah selepas solat dihukumnya sebagai membuat bid'ah sesat. Ini hujjah-hujjahnya :
Maswan An Nur June 1 at 9:47pm Report
Oleh: Mohd Hairi Nonchi @ Cikgu Arie Tarikh: 1-Jun-2011 SOALAN Di kebanyakan masjid apabila telah selesai solat fardhu, imam lazimnya membaca surah al-Fatihah dalam wirid mereka. Persoalannya, adakah amalan ini disyariatkan oleh Allah dan Rasul-Nya? Apakah ada di kalangan imam muktabar Ahlus Sunnah yang menganjurkan amalan demikian? JAWAPAN Imam Ibnu al-Jauzi rahimahullah (597H) menyifatkan bahawa menetapkan bacaan surah atau ayat-ayat tertentu selain ayat al-Kursi, Surah al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Naas pada selepas mengerjakan solat fardhu itu hanyalah merupakan rekaan (bid'ah) atau bersumberkan hadis-hadis yang dha’if (lemah) atau maudhu’ (palsu). Ini termasuklah bacaan surah al-Fatihah selepas solat-solat fardhu. Benar bahawa terdapat beberapa buah hadis yang menganjurkan bacaan surah al-Fatihah setiap kali selesainya mengerjakan ibadat solat-solat fardhu. Akan tetapi tiada satu jua yang sahih mengenainya sehingga yang demikian ianya tidak dapat dijadikan sebagai sandaran dalam mengamalkannya. Berikut dibawah ini akan dipaparkan dua buah hadis palsu berhubung dengan anjuran mengkhususkan bacaan surah al-Fatihah setiap kali selepas mengerjakan solat-solat fardhu. Hadis # 1: لما نزلت الحمد لله رب العالمين، وآية الكرسي، وشهدالله، وقل: اللهم مالك الملك إلى بغيرحساب. تعلقن بالعرش وقلن: أنزلتنا على قوم يعملون بمعاصيك؟ فقال: وعزتي وجلالي وارتفاع مكاني لا يتلوكن عبد دبركل صلاة مكتوبة إلا غفرت له ماكان فيه وأسكنته جنة الفردوس، ونظرت إليه كل يوم سبعين مرة، وقضيت له سبعين حاجة، أدناها المغفرة. Menerusi kitabnya yang berjudul Silsilah al-Ahadith adh-Dha’ifah wa al-Maudhu’ah, Syeikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah (1429H) telah menjelaskan bahawa hadis ini adalah hadis yang palsu (maudhu’). Beliau berkata: Hadis (ini adalah hadis yang) maudhu’. Diriwayatkan oleh ad-Dailami dalam kitab Musnad al-Firdaus dengan sanad dari Muhamad bin Abdur Rahman bin Bahir bin Raisan dari Amr bin ar-Rabi’ bin Thariq dari Yahya bin Ayyub dari Ishaq bin Usaid dari Ya’qub bin Ibrahim dari Muhammad bin Tsabit bin Syarahbil dari Abdullah bin Yazid al-Khathmi dari Abu Ayyub radhiallahu’anh. Riwayat ini telah disebutkan oleh al-Suyuthi dalam kitabnya al-Aali 1/229-230 dengan menyatakannya sebagai saksi penguat hadis sebelumnya. Selain itu dia tidak berkomentar. Sungguh (ini) merupakan kealpaan. Sebab Ibnu Raisan telah disebutkan oleh adz-Dzahabi seperti berikut: Ibnu Raisan telah dituduh oleh Ibnu Adi. Sedangkan Ibnu Yunus menyatakannya sebagai perawi yang tidak kuat dan tidak dapat dipercayai. Bahkan Abu Bakar al-Khatib dengan tegas menyatakannya sebagai pendusta. Wallahu a’lam. - Lihat Silsilah al-Ahadith adh-Dha’ifah wa al-Maudhu’ah wa Atsaruha as-Sayyi’ fi al-Ummah karya Syeikh Muhammad Nashiruddin al-Albani; jld. 2, ms. 175-177, no. 699. Hadis # 2: ان فاتحة الكتاب وآية الكرسي والآيتين من آل عمران: شهد الله أنه، لاأله إلا هو والملائكة وأولوا لعم قائما بالقسط لا إله إلاهو العزيز الحكيم. إن الدين عند الله الإسلام و قل اللهم مالك الملك تؤتي الملك من تشاء وتنزع الملك ممن تشاء و تعز من تشاء، وتذل من تشاء. إلى قوله: وترزق من تشاء بغير حساب. هن مشفعات، مابينهن وبين الله حجاب، فقلن: يارب! تهبطنا إلى أرضك وإلى من يعصيك؟ قال الله: بي حلفت لايقرؤهن أحد من عبادي دبر كل صلاة إلا جعلت الجنة مأواه على ماكان فيه، وإلا أسكنته حظيرة الفردوس، وإلا قضيت له كل يوم سبعين حاجة أدناها المعفرة. Sesungguhnya surah al-Fatihah, ayat al-Kursi dan dua ayat dari surah Ali-Imran (ayat 18-19 , dengan ayat ke-26) adalah ayat-ayat yang memberi syafaat yang tidak ada penghalang antara ayat-ayat itu dengan Allah. Ayat-ayat itu berkata: Wahai Tuhan, Engkau turunkan kami ke bumi-Mu dan di tengah orang-orang yang bermaksiat kepada-Mu? Allah berfirman: Dengan Dzat-Ku Aku bersumpah, tidaklah seorang dari hamba-Ku yang membaca ayat-ayat tadi pada setiap selesai solat kecuali pastilah Aku jadikan baginya syurga tempat kembalinya, atau Aku tempatkan di dalam syurga Firdaus atau Aku penuhi baginya setiap hari 70 keperluan dan yang paling rendah adalah keampunan. Hadis ini adalah hadis palsu. Sumber kepalsuan hadis ini adalah terletak kepada salah seorang rawinya yang bernama al-Harits bin Umair iaitu seorang rawi yang sangat dikenali di sisi ahli hadis sebagai pemalsu hadis. Syeikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah (1420H) menerusi kitabnya Silsilah al-Ahadith adh-Dha’ifah wa al-Maudhu’ah berkata ketika mengomentar hadis di atas: Riwayat ini maudhu’ (palsu). Telah diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dalam kitab al-Majruhin 1/218, Ibnu Sunni (no. 322), dan lainnya dengan sanad dari Muhammad bin Zanbur dari Harits bin Umair dari Ja’far bin Muhammad dari ayahnya dari datuknya dari Abi bin Abi Thalib radhiallahu’anh. Ibnu Hibban mengatakan: Riwayat ini maudhu’ dan tidak ada sumber aslinya yang marfu’ sampai kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Selain itu al-Harits sangat dikenal sebagai pemalsu riwayat (hadis) dengan menisbatkan (hadis palsu ini) kepada para perawi kuat dan tsiqah (terpecaya). Menurut saya (Syeikh al-Albani) banyak perawi yang menyangka bahawa hadis tersebut adalah sahih. Bahkan termasuk Imam al-Nasa’i sendiri salah satu perawi yang terkecoh hingga mengeluarkan hadis ini dalam kitabnya. Pada prinsipnya dari segi sanad hadis ini termasuk (dalam kategori hadis) palsu, yang disebabkan adanya al-Harits yang dikenal oleh kalangan pakar hadis sebagai pemalsu. - Lihat Silsilah al-Ahadith adh-Dha’ifah wa al-Maudhu’ah wa Atsaruha as-Sayyi’ fi al-Ummah, jld. 2, ms. 173-175, no. 698. Sementara itu, Ibnu al-Jauzi rahimahullah setelah membawakan hadis di atas berkata di dalam kitabnya, al-Maudhu'at, jilid 1, ms. 245: Saya telah hadis mendengar ini sejak kecil. Saya mengamalkannya selama 30 tahun, kerana aku menyangka bahawa para perawinya kuat. Ketika saya mengetahui hadis ini maudhu’ (palsu), saya pun meninggalkannya. Seorang berkata kepadaku: Bukankah perbuatan ini baik? Saya menjawab: Kebaikan adalah apa yang telah disyariatkan. Apabila kita mengetahui hal ini merupakan kebohongan, maka ia tidak termasuk yang disyariatkan. Perlu ditegaskan bahawa yang dikatakan bid’ah di sini bukanlah terletak pada ayat-ayat tersebut kerana membacanya adalah termasuk dalam perkara yang disyariatkan oleh agama. Ia hanya dianggap sebagai bid’ah apabila amalan membaca tersebut dikhususkan pada setiap kali selesainya mengerjakan ibadah solat fardhu. Ini bercanggah dengan al-Sunnah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam yang tidak pernah sama sekali menetapkan amalan tersebut sebagai salah satu amalan khusus setiap kali selesainya baginda mengerjakan ibadat solat-solat fardhu. Wallahu a’lam
----
Diharap ustaz dapat membantu menjawab persoalan ini. Jazakallah.