Post by Kopiah on Nov 7, 2011 8:42:13 GMT -5
Oleh : Ustaz Raja Ahmad Mukhlis
Takhrij Hadis “Yasin sebagai Jantung (Hati) Al-Qur’an”
Pendahuluan
Hadis “Yasin sebagai Jantung (Hati) Al-Qur’an” dibincangkan oleh para ulama’ antara dha’if dan hasan jika digabungkan kebanyakan riwayat-riwayatnya. Namun, jika ianya dinilai sebagai dha’if sekalipun, hadis ini boleh digunakan di sisi majoriti ulama’ hadis dalam bab menceritakan kelebihan surah Yasin kerana majoriti ulama’ hadis (bahkan dikatakan ianya sepakat di sisi ulama’ oleh Imam An-Nawawi dan sebagainya) membenarkan periwayatan hadis yang dinilai dha’if dalam bab fadha’il (kelebihan-kelebihan sesuatu) selagimana ianya tidak terlalu dho’if.
Bahkan, hadis “Yasin sebagai jantung (hati) Al-Qur’an” sekadar dinilai dha’if namun mempunyai banyak jalan riwayatnya yang boleh saling kuat menguatkan. Jika tidak demikian sekalipun, ianya tidak sampai tahap maudhu’ atau palsu seperti dakwaan sesetengah pihak yang tidak meluaskan kajian mereka tentang hadis ini.
Nas Hadis “Yasin Jantung Al-Qur’an”
Rasulullah shollallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
إِنَّ لِكُلِّ شَيْءٍ قَلْبًا وَقَلْبُ الْقُرْآنِ يس ، وَمَنْ قَرَأَ يس كَتَبَ اللَّهُ لَهُ بِقِرَاءَتِهَا قِرَاءَةَ الْقُرْآنِ عَشْرَ مَرَّاتٍ
Maksudnya: “Sesungguhnya bagi setiap perkara ada jantung (hati)nya sedangkan jantung (hati) Al-Qur’an adalah Yasin. Sesiapa yang membacanya maka Allah s.w.t. akan menulis baginya dengan bacaannya tersebut, bacaan seluruh Al-Qur’an sebanyak sepuluh kali”.
Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Imam At-Tirmizi dalam kitab Al-Jami’e As-Sunan beliau kitab Fadha’il Al-Qur’an pada Bab Ma Ja’a fi Fadhl Yasin.
Imam At-Tirmizi r.a. berkata tentang hadis ini:
هَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ ، لَا نَعْرِفُهُ إِلَّا مِنْ حَدِيثِ حُمَيْدِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ ، وَبِالْبَصْرَةِ لَا يَعْرِفُونَ مِنْ حَدِيثِ قَتَادَةَ إِلَّا مِنْ هَذَا الْوَجْهِ ، وَهَارُونُ أَبُو مُحَمَّدٍ شَيْخٌ مَجْهُولٌ ، حَدَّثَنَا أَبُو مُوسَى مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى ، حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ سَعِيدٍ الدَّارِمِيُّ ، حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ ، عَنْ حُمَيْدِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بِهَذَا ، وَفِي الْبَابِ ، عَنْ أَبِي بَكْرٍ الصِّدِّيقِ ، وَلَا يَصِحُّ حَدِيثُ أَبِي بَكْرٍ مِنْ قِبَلِ إِسْنَادِهِ ، وَإِسْنَادُهُ ضَعِيفٌ ، وَفِي الْبَابِ ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ .
Maksudnya: “Hadis ini gharib yang mana kami tidak mengetahuinya melainkan daripada Hadis Humaid bin Abdil Rahman. Adapun di Basrah, mereka (ahli hadis) tidak mengetahui hadis Qatadah melainkan dari wajah ini (iaitu riwayat Qatadah kepada sahabat r.a. melainkan kepada Anas r.a.). Adapun Harun Abu Muhammad adalah seorang Sheikh yang majhul (tidak dikenali). Abu Musa Muhammad bin Al-Muthanna telah menceritakan kepada kami bahawasanya Ahmad bin Sa’id Abi Bakr telah menceritakan kepada kami, Qutaibah menceritakan kepada kami daripada Humaid bin Abdil Rahman dengan hadis ini. Adapun dalam bab ini, maka daripada Abi Bakar As-Siddiq r.a. namun tidak sahih hadis (riwayat) Abu Bakar r.. dari sudut sanadnya. Sedangkan, sanadnya dha’if. Dan dalam bab ini juga diriwayatkan juga daripada Abi Hurairah r.a. [Al-Jami’e oleh Imam At-Tirmizi pada kitab Fadha’il Al-Qur’an, Bab Ma Ja’a fi Fadhl Yasin]
Adapun sanad hadis ini sebagaimana dikeluarkan oleh Imam At-Tirmizi adalah:
حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ ، وَسُفْيَانُ بْنُ وَكِيعٍ ، قَالَا : حَدَّثَنَا حُمَيْدُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ الرُّؤَاسِيُّ ، عَنِ الْحَسَنِ بْنِ صَالِحٍ ، عَنْ هَارُونَ أَبِي مُحَمَّدٍ ، عَنْ مُقَاتِلِ بْنِ حَيَّانَ ، عَنْ قَتَادَةَ ، عَنْ أَنَسٍ
Maksudnya: Qutaibah dan Sufian bin Waqi’ telah menceritakan kepada kami (Imam At-Tirmizi) bahawa kedua-duanya berkata: Humaid bin Abdil Rahman Al-Ruwwasi telah menceritakan kepada kami daripada Al-Hasan bin Sholeh daripada Harun Abi Muhammad daripada Muqotil bin Hayyan daripada Qatadah r.a. daripada Anas r.a..
Imam At-Tirmizi r.a. menyebut bahawasanya sanad hadis ini lemah kerana antara sebabnya adalah Harun Abu Muhammad adalah seorang yang majhul. Hadis ini dikeluarkan oleh lebih kurang tujuh belas jalan periwayatan tetapi semuanya melalui jalan Harun Abu Muhammad.
Selain itu, Al-Imam At-Tirmizi menyebut dua jalan lain bagi hadis ini iaitu melalui hadis Saidina Abu Bakar r.a. dan Saidina Abu Hurairah r.a..
Imam Ibn Kathir menyebut mensyarahkan perkataan Imam At-Tirmizi r.a. tentang hadis ini melalui riwayat Saidina Abu Bakar r.a.:
أما حديث الصديق فرواه الحكيم الترمذي في كتابه نوادر الأصول .
Maksudnya: Adapun hadis (Abu Bakar As-Siddiq r.a.), maka ianya diriwayatkan oleh Al-Hakim At-Tirmizi dalam kitabnya Nawadir Al-Usul. [Tafsir Ibn Kathir bagi surah Yasin]
Namun, menurut Imam At-Tirmizi tadi, hadis ini dengan sanad bersambung kepada Saidina Abu Bakar r.a. adalah tidak sahih dan sanadnya lemah.
Untuk perhatian, dalam hadis ini, ada dua struktur lafaz iaitu
Lafaz pertama:
إِنَّ لِكُلِّ شَيْءٍ قَلْبًا وَقَلْبُ الْقُرْآنِ يس
Maksudnya:
Sesungguhnya bagi setiap perkara ada jantung (hati)nya sedangkan jantung (hati) Al-Qur’an adalah Yasin.
Dan:
Lafaz kedua:
وَمَنْ قَرَأَ يس كَتَبَ اللَّهُ لَهُ بِقِرَاءَتِهَا قِرَاءَةَ الْقُرْآنِ عَشْرَ مَرَّاتٍ
Maksudnya: “Sesiapa yang membacanya maka Allah s.w.t. akan menulis baginya dengan bacaannya tersebut, bacaan seluruh Al-Qur’an sebanyak sepuluh kali
Adapun mereka yang meriwayatkan lafaz pertama sahaja tanpa penambahan lafaz kedua adalah seperti Imam Ad-Daruqutni dalam Al-Fawaid Al-Mutaqah, Imam Ibn Qudamah dalam Al-Muntakhab Juzuk 10, Imam Abu Al-Husain Muhammad bin Al-Muhtadi billah dalam Masyikhah beliau, Imam Al-Bazzar dalam Al-Bahr Al-Zakhar bi Musnad Al-Bazzar (no: 7282), Imam Ibn Hajar Al-Asqolani dalam Al-Ittihaf, Imam Al-Khatib Al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad (5: 273) dan sebagainya.
Adapun mereka yang meriwaytkannya dengan penambahan lafaz kedua: Imam Ad-Darimi dalam Sunannya (no: 3416), Imam Al-Mizzi dalam Tahzib Al-Kamal ketika membincangkan tentang Harun Abu Muhammad, Imam As-Syihab dalam Musnadnya (no: 1035), Imam Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman (no: 2245), Imam Al-Jurjani dalam Al-Amali Al-Khamisiyyah, Imam Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq (no: 24068) dan sebagainya.
Perlu disebut di sini juga, bahawasanya, sebahagian ulama’ pula meriwayatkan hadis-hadis dengan lafaz kedua tanpa penambahan lafaz pertama (Yasin adalah jantung Al-Qur’an) dengan sanad yang lebih kuat yang akan dibincangkan kemudian.
Kesemua mereka meriwayatkan hadis ini (iaitu dengan lafaz Yasin adalah jantung Al-Qur’an) daripada hadis Anas bin Malik r.a. melaluin jalan Harun Abu Muhammad. Di samping itu, hadis ini ada jalan lain yang tidak melalui jalan Harun tetapi lebih lemah berbanding jalan ini. Dalam Musnad Ibn Syihab pula menyebut hadis ini dengan lebih panjang melalui hadis Ubay bin Ka’ab tanpa melalui jalan Harun Abi Muhammad ini.
أَخْبَرَنا أَبُو مُحَمَّدٍ عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ مُحَمَّدٍ الأُدْفُوِيُّ ، ثنا أَبُو الطَّيِّبِ ، أَحْمَدُ بْنُ سُلَيْمَانَ الْجُرَيْرِيُّ إِجَازَةً ، أنبا أَبُو جَعْفَرٍ ، مُحَمَّدُ بْنُ جَرِيرٍ الطَّبَرِيُّ ، حَدَّثَنِي زَكَرِيَّا بْنُ يَحْيَى ، ثنا شَبَابَةُ ، ثنا مَخْلَدُ بْنُ عَبْدِ الْوَاحِدِ ، عَنْ عَلِيِّ بْنِ زَيْدِ بْنِ جُدْعَانَ ، وَعَطَاءِ بْنِ أَبِي مَيْمُونَةَ ، عَنْ زِرِّ بْنِ حُبَيْشٍ ، عَنْ أُبَيِّ بْنِ كَعْبٍ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " إِنَّ لِكُلِّ شَيْءٍ قَلْبًا ، وَإِنَّ قَلْبَ الْقُرْآنِ يس وَمَنْ قَرَأَ يس وَهُوَ يُرِيدُ بِهَا اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ غَفَرَ اللَّهُ لَهُ ، وَأُعْطِيَ مِنَ الأَجْرِ كَأَنَّمَا قَرَأَ الْقُرْآنَ اثْنَتَيْ عَشْرَةَ مَرَّةً…
Maksudnya: “Abu Muhammad Abdul Rahman bin Muhammad Al-Arfuni telah mengkhabarkan kepada kami bahawa, Abu At-Tayyib Ahmad bin Sulaiman Al-Jurairi telah menceritakan kepada kami secara ijazah, Abu Ja’far Muhammad bin Jarir At-Tabari telah memberitahu kami bahawa, Zakaria bin Yahya telah menceritakan kepadaku bahawasanya Syababah telah menceritakan kepada kami bahawa, Makhlad bin Abdil Wahid telah menceritakan kepada kami daripada Ali bin Zaid bin Jud’an dan Atho’ bin Abi Maimun daripada Zir bin Hubaish daripada Ubai bin Ka’ab r.a. bahawasanya beliau berkata, Rasulullah shollallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya bagi setiap sesuatu ada jantung (hati) dan sesungguhnya jantung (hati) Al-Qur’an adalah Yasin. Dan sesiapa yang membaca Yasin kerana Allah s.w.t., maka Allah s.w.t. akan mengampuninya serta diberi ganjaran kepadanya sebagaimana orang membaca Al-Qur’an sepuluh kali…” (sehingga akhir hadis).
Abu Muhammad Al-Arfuni dan Abu At-Tayyib Ahmad Al-Jurairi dinilai sebagai dua orang yang majhul (tidak dikenali) di sisi para ulama’ pengkaji sanad hadis. Maka, jalan periwayatan ini lebih lemah berbanding jalan hadis riwayat Imam At-Tirmizi r.a..
Apabila kita melihat komen awal daripada Imam At-Tirmizi r.a., beliau menyebut bahawasanya, ada jalan lain bagi hadis ini iaitu melalui Abu Hurairah r.a.. Jika kita rujuk kitab Kasyf Al-Astar, maka Imam Nuruddin Ibn Hajar Al-Haithami meriwayatkan hadis ini daripada Saidina Abu Hurairah r.a..
حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ الْفَضْلِ ، ثنا زَيْدٌ ، ثنا حُمَيْدٌ ، عَنْ عَطَاءٍ ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " إِنَّ لِكُلِّ شَيْءٍ قَلْبًا ، وَقَلْبُ الْقُرْآنِ يس " . قَالَ الْبَزَّارُ : لا نَعْلَمُ رَوَاهُ إِلا زَيْدٌ عَنْ حُمَيْدٍ . .
Maksudnya: Abdul Rahman bin Al-Fadhl telah menceritakan kepada kami bahwasanya Zaid telah menceritakan kepada kami daripada ‘Atho’ daripada Abi Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah shollallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya bagi setiap perkara ada jantung (hati)nya sedangkan jantung (hati) Al-Qur’an adalah Yasin.”. Imam Al-Bazzar r.a. berkata: “Kami tidak mengetahui hadis ini diriwayatkan melainkan oleh Zaid daripada Humaid.” [Kasyf Al-Astar no: 2174]
Adapun Abdul Rahman bin Al-Fadhl, maka beliau dipercayai oleh Imam Ibn Hibban dan guru kepada Imam Ibn Khuzaimah. Adapun Zaid dalam riwayat tersebut, maka beliau adalah Zaid bin Al-Hubbab At-Tamimi, seorang ulama’ yang dipuji di sisi para pengkaji hadis. Imam Abu Hatim Ar-Razi sendiri berkata tentang beliau: صدوق صالح، ثقة عند جميعهم yang bermaksud: ((orang yang benar lagi soleh. Thiqah di sisi para ulama’ seluruhnya)). Rujuk Tahzib Al-Kamal dan sebagainya.
Adapun Humaid dalam periwayatan ini adalah Humaid Al-Makki, seorang perawi yang dinilai lemah oleh sebahagian ulama’. Imam Az-Zahabi menilai beliau sebagai Layyin. Namun, dalam Tahzib Al-Kamal, Imam Al-Bukhari r.a. menyebut bahawa Humaid Al-Makki ini diriwayatkan oleh Zaid tersebut dan hadisnya tidak kebanyakannya tidak mempunyai mutaba’ah (jalan periwayatan lain) atau bersifat tafarrud (bersendirian dalam periwayatan hadis). Tetapi, bagi hadis Yasin sebagai jantung (hati) Al-Qur’an ini, riwayat Humaid Al-Makki tidak bersendirian kerana ada jalan periwayatan yang lain seperti hadis Anas r.a.. Hatta, Imam At-Tirmizi r.a. juga memberi isyarat dalam hadis Anas r.a. bahawasanya dalam bab ini ada hadis riwayat Abu Hurairah r.a..
Di samping itu juga, ada riwayat berbeza dengan hadis ini iaitu sebagaimana dikeluarkan oleh Al-Imam An-Nasa’ie dalam As-Sunan Al-Kubra dengan sanad yang majhul juga.
أَخْبَرَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ الأَعْلَى ، قَالَ : حَدَّثَنَا مُعْتَمِرٌ ، عَنْ أَبِيهِ ، عَنْ رَجُلٍ ، عَنْ أَبِيهِ ، عَنْ مَعْقِلِ بْنِ يَسَارٍ ، أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : " وَيس قَلْبُ الْقُرْآنِ لا يَقْرَؤُهَا رَجُلٌ يُرِيدُ اللَّهَ وَالدَّارَ الآخِرَةَ إِلا غُفِرَ لَهُ ، اقْرَءُوهَا عَلَى مَوْتَاكُمْ "
Maksudnya:
Muhammad bin Abdil ‘A’la mengkhabarkan kepada kami, bahawa beliau berkata, Mu’tamir menceritakan kepada kami daripada bapanya daripada seorang lelaki daripada bapanya daripada Ma’qil bin Yasar bahawasanya Rasulullah shollallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Dan Yasin adalah jantung Al-Qur’an. Tiadalah seseorang itu membacanya menginginkan Allah s.w.t. dan akhirat melainkan Allah s.w.t. mengampuninya. Maka, bacalah ia pada orang yang sedang mati”.
Hadis ini juga boleh dibahagikan kepada dua struktur lafaz iaitu:-