|
Post by Kopiah on Nov 11, 2011 4:12:22 GMT -5
Tajuk Buku : Bahaya Bebas Mazhab Dalam Keagungan Syariat Islam Tajuk Asal : Alla Mazhabiyyatu Akhtaru Bid'atin Tuhaddidu Asy Syariaata Al Islamiyyah Penulis : Dr Muhammad Said Ramadhan al Buthi Penterjemah :Kyai Haji Abdullah zakiy Al Kaaf Penerbit : CV Pustaka Setia
Boleh didapati di : Fajar Ilmu Baru Ent. Blok A, Tkt 2, Wisma Yakin, Jln Masjid India.
Sinopsis :
Buku ini terjemahan dari kitab yang ditulis oleh Dr Said Ramadhan al Buthi. Di dalam bukunya ini beliau menjelaskan tentang kepentingan mazhab di dalam Islam yang sebenarnya telah wujud sejak zaman salafussoleh lagi. Namun terdapat mereka yang anti kepada mazhab dan mengkafirkan umat Islam yang majoritinya mengikuti mazhab yang 4 (mazhab yang muktabar yang masih diamalkan sehingga kini) antaranya Sheikh Khajandi dan Albani.
Buku ini menjawab penyelewengan ilmiyyah yang dilakukan oleh sheikh khajandi dengan menyertakan teks asal perkataan ulamak yang diubah oleh sheikh khajandi berkenaan.
Alhamdulillah, ia telah dikupas dengan begitu ilmiyyah dan meyakinkan sekali oleh Dr Said Ramadhan al Buthi. Dapatkan di pasaran !
|
|
|
Post by Kopiah on Dec 30, 2011 19:15:03 GMT -5
Tajuk Buku : Sejarah dan keagungan Mazhab Syafi'i
Penulis : K.H Sirajuddin Abbas
Terbitan : Pustaka Tarbiyah
Boleh dibeli di Fajar Ilmu Baru Ent. Blok A, Tkt 2, Wisma Yakin, Jln Masjid India, Kuala Lumpur
|
|
|
Post by Kopiah on Dec 30, 2011 19:19:34 GMT -5
Tajuk Buku : Merungkai Masalah Mencari Jalan penyelesaian Bagi Ummah '6 perkara Asas Memahami Khilafiyyah'
Penulis : Muhadir bin Haji Joll (Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa
Sinopsis : Mengapa Anda Mesti Membaca Buku Ini ?
Ini kerana di dalam buku ini, dikumpulkan persoalan-persoalan yang bersifat khilafiyyah. Walau bagaimanapun, terdapat juga persoalan tentang aqidah dan persoalan yang sudah diijma'kan oleh para ulama'. Ia dimuatkan juga kerana ia sering dibangkitkan dalam masyarakat. Perkara-perkara yang sudah sekian lama diamalkan dalam masyarakat Islam di negara ini dan di dunia Islam amnya, sebenarnya mempunyai dasar dan dalil yang jelas yang dapat dipertanggungjawabkan.
Tidaklah benar jika dikatakan ia tidak berdasarkan tuntutan syariah, lebih=lebih lagi terkeluar dari landasan Islam.
Di dalam buku ini, dibentangkan penjelasan para ulama' muktabar terhadap perkara-perkara atau persoalan yang ditimbulkan, melalui rujukan mereka terhadap al Quran, hadith mahupun sumber-sumber istinbath yang lain.
Terbitan : Mawleed Publishing
|
|
|
Post by Kopiah on Dec 30, 2011 19:24:52 GMT -5
Tajuk buku : Amalan Sunnah Selepas Solat Dan Kelebihannya
Buku ini banyak mendedahkan pelbagai amalan sunnah selepas mengerjakan solat fardu. Amalan-amalan selepas mengerjakan solat fardu ini mempunyai kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri yang tidak ada tolok bandingannya. Penulis telah menghuraikan tentang amalan-amalan sunat selepas solat dengan membawakan beberapa dalil daripada hadis Nabi SAW dan pendapat para ulama muktabar.
Penulis : Ustaz Muhammad Subki Abdul Rahman Dan Ustaz Mohd Rifqi Myidin
Tenaga Pengajar di Pondok Repek Kelantan.
Terbitan : Telaga Biru
|
|