Post by alghazali on Nov 18, 2010 11:39:01 GMT -5
Firman Allah s.w.t.:
“Ketika orang-orang kafir menanamkan dalam hati mereka kesombongan (yaitu) kesombongan Jahiliyah lalu Allah menurunkan ketenangan kepada Rasul-Nya, dan kepada orang-orang mukmin dan Allah mewajibkan kepada mereka kalimat-takwa (tauhid) dan adalah mereka berhak dengan kalimat takwa itu dan patut memilikinya. dan adalah Allah Maha mengetahui segala sesuatu. (Surah Al-Fath: 26)
Seorang bekas Protestant bernama Herzog (atau nama beliau setelah memeluk Islam adalah Mohammed) yang lama berkhidmat dengan sebuah pusat sosial memberitahu AFP (Agence France-Presse) berkata bahawasanya:
"Many are looking for new lifestyles and some sense of direction"
Maksudnya: “Ramai orang yang mencari gaya hidup yang baru (di Barat) dan sebahagian hala tuju hidup yang lebih terarah”. [http://www.islamawareness.net/Converts/germans.html ]
Laporan umum yang disebut oleh Harun Yahya dalam bukunya Kebangkitan Islam (edisi terjemahan, Penerbit Iqra Insan Press, Jakarta Selatan, 2003), m/s 38:
“Terdapat antara 6 hingga 7 juta kaum muslimin di Amerika Syarikat. Dalam laporan yang lain, terdapat 1209 buah masjid yang baru didirikan di Amerika, yang mana 30% daripadanya dibina pada tahun 90-an dan 32% daripadanya dibina pada tahun 80-an. Statistik lain menunjukan bahawa, jumlah masjid di Amerika Syarikat pada tahun 1994 ialah sebanyak 962 buah masjid, dan mengalami pertambahan sebanyak 25% pada tahun 2000.
“Laporan lain pula menunjukkan bahawa, pada tahun 1994, jumlah umat Islam yang mengerjakan solat jemaah di masjid adalah sebanyak 500 ribu orang, dan jumlah tersebut meningkat kepada 2 juta orang pada tahun 2000 (pertambahan sebanyak 300%). Laporan turut menyatakan bahawa, 30% daripada jumlah orang-orang Islam yang bersolat jemaah di masjid adalah orang-orang yang baru memeluk Islam. Data juga menunjukkan bahawa, setiap tahun, seramai 20 ribu orang memeluk agama Islam sebelum 2001, dan jumlahnya meningkat selepas berlakunya peristiwa 11 September.”
Dalam sebuah laporan lain juga menunjukkan, pada tahun 2005, terdapat 12 juta orang Islam yang tinggal di Amerika Syarikat. Bahkan, laporan turut mengatakan bahawa, setiap tahun, bilangan orang-orang Islam akan bertambah sebanyak dua kali ganda daripada jumlah sebelumnya.[Sumber: isgoc.com/aboutislam/muslimcommunities/]
CNN turut mengemukakan fakta yang sama seperti berikut: "Islam continues to grow in America, and no one can doubt that!" (Islam akan terus-menerus berkembang di Amerika dan tidak ada sesiapapun dapat meraguinya). CNN, 15 Disember 1995. [ibid]
Berdasarkan laporan PBB pada tahun 1999, mendapati bahawa, antara tahun 1989 sehingga tahun 1999, bilangan orang-orang Islam di Eropah bertambah sebanyak lebih daripada 100%. Kini terdapat lebih daripada 13 juta orang Islam di Eropah iaitu, 3.2 juta di Jerman, 2 juta di U.K., 1-5 juta di Perancis dan sebagainya (seperti yang telah dicatatkan dalam bab yang membincangkan mengenai Kesatuan Eropah). Namun, dalam satu maklumat yang lain, pada tahun 1998, umat Islam di Eropah mencecah 30 juta orang.[Sumber: isgoc.com/aboutislam/muslimcommunities/ ]
Sebahagian Faktor Perkembangan Pesat Agama Islam di Barat
Hidup tanpa pedoman adalah kematian sebelum kematian. Oleh sebab itulah, maka, ramai penduduk di belahan dunia Barat yang semakin hari dihimpit kepincangan materialistik akhirnya mula melihat Islam sebagai solusi kepada ketempangan gaya hidup mereka seharian. Itulah antara sebab mengapa Islam adalah antara yang paling cepat berkembang di dunia terutamanya di Barat.
Ada yang mencari ketenangan hakiki, lalu menemuinya dalam Islam. Ada yang mencari kebahagiaan yang sejati, lalu menemuinya dalam Islam. Ada yang mencari persaudaraan yang murni, lalu menemuinya dalam Islam. Ada yang mencari kehambaan diri yang hakiki, lalu menemuinya dalam Islam. Ada yang mencari ajaran ketuhanan yang jelas lalu menemuinya dalam ajaran Islam. Ada yang mencari ajaran yang praktikal lalu menemuinya dalam Islam.
Seorang bekas Protestant dari German bernama Herzog (kini bernama Mohammed) yang memeluk Islam pada tahun 1979 menjelaskan bahawasanya, antara sebab dia memeluk Islam adalah apabila dia mendapati Al-Qur’an telah menghimpunkan segala yang pernah dia percaya selama ini. [Sumber: www.islamawareness.net/Converts/germans.html ]
Menurut Monika Wohlrab-Sahr, seorang profesor di Leipzig University merangkap seorang pengkaji dalam bidang pertukaran agama di German dan Amerika, bahawasanya, ramai orang yang memeluk Islam kerana kesulitan masa silam yang mengundang pelbagai masalah dalam kehidupan mereka, lalu membawa kepada keinginan untuk mencari suatu disiplin dalam kehidupan mereka.” [ibid]
Seorang penyanyi terkenal di UK bernama Cat Steven (kini: Yusuf Islam) juga melalui suatu perjalanan indah dalam mencari sinar hidayah Islam. Beliau sudah mencapai kemuncak kemasyhuran sebagai penyanyi dan kemuncak kemewahan. Namun, itu tidak membawa kepada kebahagiaan dan kepuasan padanya, malah ianya lebih menyemai benih kekeliruan sehingga beliau mencari jawapan-jawapan daripada persoalan-persoalan hidup daripada banyak agama dan ajaran.
Sehinggalah, akhirnya beliau dihadiahkan senaskhah Al-Qur’an versi terjemahan ke dalam bahasa Inggeris oleh saudara kandung beliau, lalu beliau mula membacanya. Beliau benar-benar mendapati betapa Al-Qur’an menjawab persoalan-persoalan tentang hakikat dirinya, hala tuju kehidupan dan sebagainya sehingga akhirnya beliau yakin Islam sebagai agama yang benar. Bahkan, Al-Qur’an juga banyak menjelaskan punca-punca perselisihan antara golongan Yahudi dengan golongan Kristian serta menjelaskan kepincangan ajaran Kristian tentang Nabi Isa a.s.. Akhirnya, setelah setengah tahun mengkaji Al-Qur’an, beliau memeluk agama Islam iaitu pada tahun 1977.
Agama Islam sangat mudah diterima oleh masyarakat Barat yang wujud di tengah-tengah tamadun materialistik yang hampir punah, kerana ajaran Islam sangat menyeluruh dan sesuai bagi seluruh umat manusia. Ia adalah ajaran yang universal serta merangkumi segenap aspek kehidupan.
Menurut Idris Tawfiq, bekas paderi gereja Katholik British (bertaraf priest) yang akhirnya memeluk Islam, Islam adalah ajaran yang sangat sesuai untuk semua manusia. Menurut beliau lagi: “Di sana, tiada pertembungan antara tamadun dan peradaban sama sekali. Ia adalah suatu yang mengarut. Agama Islam ada di dalam rumah pada setiap tamadun. Ia bukan suatu tamadun yang terasing dan tersendiri. Jika anda seorang muslim di Britain, maka anda masih lagi seorang British.” [Sumber: www.whyislam.org/forum/forum_posts.asp?TID=25153 ]