|
Post by alghazali on Nov 19, 2010 1:59:41 GMT -5
Ringkasan Pemerintahan Saidina Abu Bakar r.a. (khalifah Islam yang Pertama: 632-634M)
Di awal zaman pemerintahan Saidina Abu Bakar r.a. banyak puak-puak Arab memberontak dan menentang beliau. Sesetengah daripada mereka enggan membayar zakat manakala ada pula yang kembali kepada menyembah berhala dan mengikut tradisi lama mereka. Puak-puak ini mendakwa bahawa mereka hanya menurut perintah Rasulullah s.a.w. dan memandangkan Rasulullah s.a.w. telah wafat maka mereka tidak perlu lagi mengikut ajaran Islam dan mereka telah bebas. Mereka keluar dari agama Islam. Ada di antara mereka mendakwa bahawa mereka ialah nabi dan rasul. Bagi menumpaskan penghinaan dan perbuatan murtad ini maka Saidina Abu Bakar melancarkan perang terhadap golongan yang digelar golongan Riddah. Hal ini merupakan permulaan Perang Riddah. Antara orang yang mengaku menjadi nabi ialah Musailamah al-Kazzab.
Lalu, Saidina Abu Bakar r.a. melancarkan peperangan terhadap golongan yang murtad, dalam rangka untuk menjaga kesatuan dan keunggulan agama Islam. Panglima Islam yang agung, Khalid Al-Walid berjaya menumpaskan para pengikut Musailimah dalam suatu pertempuran.
Selepas berjaya menumpaskan golongan yang murtad, dan mengembalikan sebahagian daripada mereka kepada Islam semula, Saidina Abu Bakar r.a. mula menghantar panglima-panglima Islam ke utara untuk memerangi Byzantine (Rom Timur) dan Empayar Parsi. Khalid Al-Walid r.a. berjaya menawan Iraq dalam hanya satu kempen ketenteraan. Tentera beliau juga berjaya meluaskan pengaruh sehingga ke Syria.
Dalam zaman pemerintahan Saidina Abu Bakar r.a. juga, berlakunya aktiviti pengumpulan Al-Qur'an, yang merupakan cetusan idea daripada Saidina Umar r.a.. Pengumpulan Al-Qur'an dalam satu mashaf adalah penting bagi menjaga isi kandungan Al-Qur'an, berikutan kematian ramai para penghafal Al-Qur'an dalam beberapa siri peperangan.
|
|
|
Post by alghazali on Nov 19, 2010 2:00:29 GMT -5
Ringkasan Pemerintagan Saidina Umar r.a. (khalifah Islam kedua: 634-644M)
Semasa pemerintah Saidina Umar r.a., empayar Islam semakin berkembang dengan pesat. Tentera Islam telah berjaya menawan Mesopotamia dan sebahagian kawasan Parsi daripada Empayar Parsi yang seterusnya membawa kejatuhan kepada Empayar Parsi itu sendiri. Tentara Islam meluaskan pengaruhnya sehingga memasuki Mesir, Palestin, Syria, Afrika Utara, dan Armenia daripada Byzantine (Rom Timur). Tentera Islam berjaya membuktikan kekuatan mereka terutamanya dalam Perang Yarmuk yang menyaksikan di mana tentera Islam yang hanya berjumlah 40,000 orang, namun masih dapat menumpaskan tentera Byzantine yang berjumlah 120,000 orang. Kekalahan tersebut mengakhiri pemerintahan Byzantine di selatan Asia Kecil.
Pada tahun 637 M, selepas tentera Islam mengepung Baitul Maqdis, akhirnya tentera Islam berjaya menakluk kota tersebut. Paderi besar Baitul Maqdis iaitu Sophronius menyerahkan kunci kota tersebut kepada Saidina Umar r.a..
Saidina Umar banyak melakukan reformasi terhadap sistem pemerintahan Islam seperti menubuhkan pentadbiran baru di kawasan yang baru ditakluk dan melantik panglima-panglima perang yang berkebolehan. Semasa pemerintahan beliau juga, kota Basrah dan Kufah dibina.
Saidina Umar r.a. wafat pada tahun 644 Masihi setelah ditikam oleh seorang hamba yang berasal dari Parsi, ketika Saidina Umar r.a. sedang mengimamkan kaum muslimin dalam solat Subuh dalam Masjid An-Nabawi.
Ringkasan Pemerintahan Saidina Uthman r.a. (khalifah Islam ketiga: 644-656 M)
Saidina Uthman r.a. dilantik menjadi khalifah Islam ketiga setelah kematian Saidina Umar r.a, pada tahun 644 Masihi.
Semasa pemerintahan beliau, keseluruhan Iran, sebahagian daripada Afrika Utara, dan Cyprus menjadi sebahagian daripada empayar Islam. Beliau juga berjaya menghabiskan usaha pengumpulan Al Quran yang dimulakan oleh Saidina Abu Bakar r.a. (khalifah pertama Islam).
Saidina Uthman r.a. juga menyatukan umat Islam dengan menjadikan mashaf yang dihimpunkannya sebagai satu-satunya rujukan bagi Al-Qur'an. Ini bagi mengelakkan pertelingkahan dan kesalahan terhadap teks Al-Qur'an dalam masyarakat Islam di serata dunia Islam yang luas pada ketika itu. Pada tahun 656 Masihi, Saidina Uthman r.a. dibunuh di rumahnya sendiri.
Ringkasan Pemerintaan Saidina Ali r.a. (khalifah Islam keempat: 656-661M)
Di zaman Saidina Ali r.a., berlaku perselisihan antara Saidina Ali r.a. dengan Ummul Mukminin Saidatina Aisyah r.a., dan dua orang sahabat Nabi iaitu Talhah ibn Ubaidillah dan Zubair ibn Awwam. Lalu, tercetuslah Perang Jamal (Perang Unta).
Selepas itu, Saidina Ali melantik gabenor-gabenor baru bagi menggantikan pentadbir-pentadbir yang dilantik oleh Saidina Uthman r.a.. Saidina Ali memindahkan pusat pentadbiran Islam daripada Madinah ke Kufah, Iraq. Manakalah, Kota Damsyik, Syria pula ditadbir oleh Muawiyah, Gabebor Syria dan saudara kepada Saidina Uthman r.a.. Muawiyah telah dilantik sebagai Gabenor pada masa pemerintahan Saidina Umar lagi.
Setelah beberapa masa, perselisihan faham antara Saidina Muawiyah r.a. dengan Saidina Ali r.a. pun semakin melarat. Akhirnya terjadilah Perang Siffin di antara Saidina Muawiyah r.a. dan Saidina Ali r.a.. Dalam peperangan ini, antara para sahabat yang terlibat adalah Amru Al-Ash, Ammar ibn Yasir, Abdullah ibn Amru Al Ash dan Abdullah ibn Abbas. Sebahagian para sahabat yang lain bersikap berkecuali dalam hal ini antaranya adalah Abdullah ibn Umar, Muhammad ibn Maslamah, Sa'ad ibn Abi Waqqas dan Usamah ibn Zaid.
Namun, beberapa siri perdamaian diusahakan dalam rangka untuk membentuk semula kesatuan umat Islam. Dalam perkembangan itu juga, Empayar Islam terus berkembang pesat dalam segenap sektor yang lain, terutamanya dalam sektor pembangunan dan pendidikan.
|
|
|
Post by alghazali on Nov 19, 2010 2:01:08 GMT -5

Post by alghazali on Nov 19, 2010 2:03:34 GMT -5